Teknologi digital terkemuka untuk lif dan eskalator tingkatkan pengalaman penumpang dan mendorong inovasi
SINGAPURA, 6 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Schindler Lifts Singapore Pte Ltd. hari ini mengumumkan bahawa platform mobiliti bandar pintar Schindler, Schindler Ahead, kini tersedia di Singapura, membawakan penyelesaian digital yang lengkap untuk lif dan eskalator ke salah sebuah bandar paling inovatif di dunia. Melalui teknologi Internet Komunikasi Benda (IoT) yang canggih, Schindler Ahead bakal mengubah industri.
Sebagaimana yang diterangkan oleh Jujudhan Jena, Ketua Pegawai Eksekutif Jardine Schindler group, "IoT, pengkomputeran pinggir dan analitik termaju generasi akan datang Schindler mencipta produk dan penyelesaian terhubung yang pintar. Wawasan hebatnya bukan sahaja merevolusikan kualiti perkhidmatan tetapi juga menyokong penambahbaikan dan pengoptimuman berterusan melibatkan prestasi peralatan dengan lebih lanjut. Tatkala teknologi terus berkembang maju, Schindler Ahead tidak ketinggalan, beradaptasi dan berevolusi untuk berfungsi dengan lebih baik demi pelanggan dan penumpang kami."
"Kami berasa gembira untuk membawa Schindler Ahead ke Singapura, salah sebuah bandar yang paling maju secara digital di dunia. Dianggarkan bahawa dua pertiga daripada populasi dunia akan tinggal di bandar-bandar menjelang tahun 2050[1], membentuk semula landskap bandar secara mendadak serta meningkatkan kebergantungan kita terhadap infrastruktur kritikal seperti lif dan eskalator. Schindler Ahead sudahpun berupaya menangani beberapa cabaran yang wujud dalam pembandaran pesat, memberikan hasil yang positif untuk pemilik-pemilik aset di Singapura dan seluruh dunia. Di Schindler, kami melihat Singapura sebagai hab inovasi dan pasaran utama untuk IoT. Pelanggan kami merupakan pengguna awal dan setakat ini pasaran amat responsif terhadap teknologi baharu ini," kata Dr. Qiu Hai, Pengarah Urusan, Schindler Lifts Singapore.
Dengan platform digital daripada Schindler Ahead, isu-isu perkhidmatan yang mungkin timbul diramalkan dan diselesaikan sebelum ia berlaku, mengoptimumkan keandalan peralatan dan mengurangkan masa henti. Aplikasi Tersuai membolehkan pemilik bangunan dan pengurus kemudahan memeriksa operasi, prestasi dan data komersial untuk mengurus portfolio peralatan mereka dengan lebih baik. Inovasi-inovasi daripada ekosistem rakan kongsi Schindler Ahead memastikan peralatan adalah moden dengan kemas kini Melalui Udara (Over The Air, OTA) melalui Schindler Cloud. Menerusi kemas kini secara berterusan serta teknologi-teknologi yang diaplikasikan seperti tembok api, pengkapsulan program dan teknik penyulitan, Schindler Ahead mematuhi piawaian tertinggi bagi privasi data seperti ISO 2700X dan Institut Piawaian Kebangsaan bagi menjamin keselamatan data peralatan.
"Di Singapura, Schindler Ahead akan turut membantu menangani cabaran pasaran tenaga kerja yang paling mendesak pada hari ini," kata En. Nima Bahadori, Pengarah Perkhidmatan, Schindler Lifts Singapore. "Seperti yang telah dilaporkan kepada umum, kira-kira 1,000 juruteknik lif dan eskalator tambahan akan diperlukan di Singapura sepanjang dekad akan datang[2]. Schindler Ahead akan melengkapkan kemahiran Juruteknik Perkhidmatan ini dengan menyediakan mereka pemahaman yang lebih mendalam tentang keadaan dan operasi lif. Sistem gelung tertutup kami akan turut membantu membina pengetahuan kehidupan sebenar yang kemudiannya dapat digabungkan dalam penyelenggaraan prediktif masa depan dan terdahulu," tambah En. Bahadori.
Lanjutkan kepimpinan inovasi perindustrian Schindler menuju masa depan
Schindler Ahead merupakan era baharu dalam perjalanan digital Schindler yang bermula lebih 10 tahun lalu. Melalui tiga fasa utama iaitu rasionalisasi IT, Kecemerlangan Operasi dan Perniagaan Digital Termaju, syarikat telah merevolusikan mobiliti bandar di samping mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam inovasi perindustrian. Melalui teknologi Internet Komunikasi Benda (IoT) termaju, platform ini akan mengubah industri, meningkatkan keselamatan dan keandalan peralatan serta mempertingkat pengalaman pelanggan.
Majukan strategi Negara Pintar Singapura
Singapura ialah pasaran yang dijangkakan untuk Schindler Ahead, dengan adanya kepimpinan negara kota terhadap teknologi digital. Platform mobiliti pintar daripada Schindler akan merangsang strategi Negara Pintar oleh Kerajaan Singapura dengan bertindak balas terhadap cita-cita untuk mobiliti bandar pintar dan infrastruktur awam didayakan IoT.
[1] Sumber: https://www.un.org/development/desa/en/news/population/2018-revision-of-world-urbanization-prospects.html |
[2] https://www.bca.gov.sg/newsroom/others/PR_ITEscholarship2017_130217.pdf |
Latar Belakang Schindler
Ditubuhkan di Switzerland pada tahun 1874, Schindler Group ialah penyedia utama global untuk lif, eskalator dan perkhidmatan berkaitan. Penyelesaian mobiliti Schindler menggerakkan lebih daripada satu bilion orang setiap hari di seluruh dunia. Di sebalik kejayaan syarikat berdirinya lebih 60,000 kakitangan di lebih 100 negara.
Latar Belakang Schindler Singapura
Schindler mula beroperasi di Singapura semasa tahun 1960-an. Pada tahun 1975, Schindler Lifts (Singapore) Pte. Ltd. ditubuhkan, setahun selepas Jardine Matheson dari Hong Kong dan Schindler Holding Ltd. dari Switzerland memulakan satu usaha sama. Schindler Lifts (Singapore) Pte Ltd. turut menyokong operasi-operasi Schindler di Myanmar.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181004/2255144-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181004/2255144-1-b
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141111/8521406714LOGO