omniture

Ketel One Inspirasikan Pelayan Bar Cipta Koktel Lebih Lestari

Ketel One
2018-10-08 08:48 1313

BERLIN, 8 Oktober 2018 /PRNewswire/ --

Mengapa Apabila Melakukan Kebaikan, Terasa Lebih Baik 

Hujung minggu ini di pertandingan pelayan bar terbesar di dunia, vodka[1] kegemaran pelayan bar, Ketel One memperkenalkan beberapa kemungkinan yang dapat menjadikan dunia minuman sebagai tempat yang lebih lestari dan lebih baik. Meskipun dunia semakin popular dengan penyedut minuman mesra alam, vodka buatan keluarga percaya bahawa banyak lagi yang dapat dilakukan oleh industri minuman.

Bob Nolet, the 11th generation of the Nolet family, talks to Johann Bödecker, co-founder and CEO of Pentatonic, who helped co-create the Ketel One Vodka sustainable bar.
Bob Nolet, the 11th generation of the Nolet family, talks to Johann Bödecker, co-founder and CEO of Pentatonic, who helped co-create the Ketel One Vodka sustainable bar.

 

Nothing goes to waste when making the Ketel Espresso – even the sacks from the coffee beans are reused to make these table tops.
Nothing goes to waste when making the Ketel Espresso – even the sacks from the coffee beans are reused to make these table tops.

 

Bartender with garnishes The Ketel One ‘Better’ serves inspire bartenders to rethink their recipes of popular cocktails, by using locally sourced, natural ingredients to enhance the flavour.
Bartender with garnishes The Ketel One ‘Better’ serves inspire bartenders to rethink their recipes of popular cocktails, by using locally sourced, natural ingredients to enhance the flavour.

Dalam pertandingan Bertaraf Dunia yang berprestij, dianjurkan di Berlin pada tahun ini, bar yang diperbuat daripada kayu tebus guna dan perabot kitar semula; kerusi diperbuat daripada botol plastik tujuan semula, DVD lama dan telefon bimbit yang dibuang yang sepatutnya berada di tapak kambus tanah; meja yang diperbuat daripada bekas yogurt yang dimampatkan; dan pastinya Ketel One Bloody Mary yang diperbuat daripada bahan-bahan yang diperoleh dari kawasan tempatan, ditanam secara kritikal di kawasan tempatan, dan bukannya diimport, menggalakkan orang ramai dan pelayan bar untuk memikirkan bagaimana persiapan minuman mereka dapat membantu mereka melakukan lebih baik.

Komitmen untuk melakukan 'lebih baik' tidak terhenti di sini, Ketel One menyasarkan untuk menginspirasikan pelayan-pelayan bar seluruh dunia untuk memikirkan semula resipi minuman mereka yang paling popular bagi memberi impak yang lebih positif terhadap masyarakat mereka. Espresso Martinis, Bloody Marys, Vodka dan Soda serta Dutch Mules kesemuanya ditakrifkan semula menggunakan sisa yang sedikit, bahan-bahan semula jadi dan bahan hiasan yang diperoleh di kawasan tempatan untuk membangkitkan rasanya.

Usaha tersebut memperlihatkan anjakan yang lebih luas dalam budaya yang menyaksikan pengurangan orang ramai minum namun demikian, mereka minum dengan lebih baik, mencari jenama-jenama yang bersifat lestari atau berikhtiar memberi kesan positif kepada dunia di sekeliling mereka [2].

Alexandre Rodrigues, Pengarah Jenama Global Ketel One menjelaskan mengapa mereka banyak melabur dalam anjakan ini: "Orang ramai semakin mencari penambahbaikan premium dan kualiti yang realistik, ringkas dan jujur. Pencarian terhadap suatu yang 'lebih baik' ini bukan sekadar terhadap bahan-bahan, tetapi pengalaman dan impak jenama kepada masyarakat secara keseluruhan.

"Kesedaran budaya menjadi keutamaan Ketel One dan atas sebab itulah kami memutuskan untuk membantu menginspirasikan pelayan-pelayan bar serta bar-bar seluruh dunia tentang cara mereka dapat menawarkan pengalaman minuman yang lebih baik."

Kejutan sebenar ialah, tidak sama sekali kelihatan seperti projek kraftangan, minuman dan bar lestari pasti ada tempatnya di mana-mana bar terkemuka di dunia. Bob Nolet, generasi ke-11 dalam keluarga Nolet, pencipta Ketel One, menjelaskan mengapa beliau amat bersemangat untuk menginspirasikan pelayan bar serta bar dalam gerakan ini:

"Keluarga saya telah menyuling minuman beralkohol sejak tahun 1691 dan dari saat itu, kami sentiasa mencari keseimbangan yang sempurna antara komitmen terhadap rasa, komitmen terhadap pelayan bar dan komitmen kepada dunia di sekeliling kami.

"Kami membina kincir angin yang terbesar di dunia bagi membantu memberi kuasa kepada kilang penyulingan kami, dan keluarga kami masih merasa dan memberikan kelulusan setiap kelompok vodka sebelum ia meninggalkan kilang penyulingan kami bagi memastikan standard kualiti yang tertinggi. Kami ingin menggalakkan pelayan-pelayan bar untuk mempunyai sikap yang sama: sentiasa memberi minuman terbaik yang dapat mereka lakukan di samping turut memberi impak positif terhadap masyarakat mereka. Inilah yang memotivasikan saya dan keluarga saya saban hari."

Johann Bödecker, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Pentatonic, yang bersama-sama membantu mencipta bar lestari Ketel One berkata: "Pentatonic berkolaborasi dengan jenama-jenama pengguna seluruh dunia. Sama ada barangan elektrik pengguna, fesyen mahupun automotif, peralihan kepada model pusingan yang menghindari bahan buangan dan menggunakan semula bahan-bahan pasca pengguna ialah keutamaan tertinggi untuk semua jenama pengguna yang berpandangan jauh.

"Bersama-sama rakan-rakan kongsi jenama kami, kami membuat kemajuan sebenar dengan menukar bahan, proses dan paling penting, tabiat. Menjalinkan kerjasama dengan Ketel One untuk merealisasikannya merupakan pengalaman yang hebat. Industri minuman berkembang pesat dan sekiranya kami dapat menjadi peneraju dalam menunjukkan kepada industri-industri lain bagaimana untuk menukarkan sisa menjadi sesuatu yang dapat meningkatkan pengalaman pengguna serta amalan perniagaan, ketika itu, kami mula membawa perubahan."

Kedua-dua bar lestari Ketel One dan hidangan minuman 'Lebih Baik' akan digunakan untuk menginspirasikan pelayan-pelayan bar seluruh dunia sepanjang tahun hadapan.

1.  Laporan Jenama-jenama Minuman Antarabangsa 2018 http://drinksint.com/news/fullstory.php/aid/7481/Brands_Report:_Vodka.html

2. Neilson https://www.nielsen.com/eu/en/press-room/2015/consumer-goods-brands-that-demonstrate-commitment-to-sustainability-outperform.html

Forbes https://www.forbes.com/sites/taranurin/2018/01/31/ten-trends-that-will-determine-your-drinking-in-2018/#77ae1bca2992

Photo - https://mma.prnewswire.com/media/755144/Ketel_One.jpg 
Photo - https://mma.prnewswire.com/media/755145/Ketel_One.jpg 
Photo - https://mma.prnewswire.com/media/755146/Ketel_One.jpg

Source: Ketel One
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages New products/services