omniture

Jawatankuasa Pemilihan Brand Stars umum 'Jenama Wakilan Gelombang-Korea 2018'

Brand Stars Selection Committee
2018-10-08 10:21 1364

SEOUL, Korea Selatan, 8 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Jawatankuasa Pemilihan Brand Stars mengumumkan wakilan tertinggi bagi jenama-jenama Gelombang-Korea tahun 2018.

Jenama-jenama terkemuka ini diumumkan serentak melalui saluran-saluran media utama di China dan negara-negara Asia lain bagi menghubungkan pengguna dengan barangan dan perkhidmatan Korea yang berkualiti tinggi, yang akhirnya dapat meningkatkan kepuasan pelanggan serta memberi maklumat yang mencukupi.

Pemilihan ini dibuat pertamanya dengan menggabungkan ulasan pelanggan dan media dari laman-laman utama termasuk Google dan Baidu, seterusnya melalui analisis akademik dan pakar untuk proses pemilihan akhir. Pemilihan ini menumpu pada pelancongan, kosmetik, makanan, kesihatan dan beli belah, iaitu kategori-kategori utama yang popular dalam kalangan pengguna di banyak negara Asia.

Pulau Jeju, Myung dong dan jalan raya Hong-dae di Seoul mencuri tumpuan dalam kategori pelancongan dan produk-produk wakilan perindustrian. Siri Samsung Galaxy Note, Whisen dan Tromm LG, Lemona daripada Gyung Nam Pharmaceuticals, Cass OB Beer dan Bacchus Dong-A Pharmaceutical kesemuanya mendahului.

Kedai-kedai Lotte Duty Free and Department, Doo-ta Mall dan ABC Mart dipilih sebagai wakil-wakil dalam kategori "beli belah". The Nanta Show dan The Sky Water Show menggamit perhatian dalam kategori "konsert dan pertunjukan".

The History of Fo, Sulwhasoo dan Medytox Innisfree Bio-medical dipilih untuk kategori "Kecantikan Korea"; Olive Young dalam kategori "Kedai Kecantikan"; LG Pra.L untuk teknologi pengeluaran perkakasan diperakui dalam kategori "Peranti kecantikan rumah".

Paris Baguette, Lotteria, Bibigo, Banana-Milk, Ottugi Cup Rice dan Domino's Pizza dipilih sebagai "jenama-jenama popular"; Bul Dak Bbokummyeon dan Sinjeon Tokppoki dipilih untuk mewakili rasa pedas tradisional Korea.

Kategori "pelancongan perubatan rawatan kesihatan" diwakili oleh Cha Hospital dalam kategori jagaan umum, Hospital St.Peter's di Gangnam untuk pakar-pakar tulang belakang, manakala Jung-Gwan Jang dan Frombio dipilih sebagai wakil bagi jenama-jenama "makanan kesihatan"; dan Bodyfriend mengambil tempat terakhir untuk "alatan mengurut".

Source: Brand Stars Selection Committee
Keywords: Advertising Publishing/Information Service Retail Survey, Polls & Research