OAK BROOK, Illinois, 8 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- BWAY, MAUSER Group, National Container Group (NCG) dan Industrial Container Services (ICS) dengan sukacitanya mengumumkan penubuhan sebuah syarikat, iaitu Mauser Packaging Solutions yang menggabungkan empat peneraju dalam industri pempakejan ke dalam sebuah syarikat.
Mauser Packaging Solutions yang baru ditubuhkan ini menggabungkan kekayaan sejarah serta inovasi BWAY dan MAUSER Group berserta keupayaan pengumpulan semula dan pemulihan semula bertaraf global NCG dan ICS, lalu menjadikan syarikat ini sebagai yang pertama seumpamanya untuk menyediakan produk dan perkhidmatan dengan andal dan mampan merentasi seluruh kitaran hayat pempakejan untuk pelanggan di serata dunia.
Slogan baharu syarikat -- "Menakrif Semula Kelestarian" -- mencerminkan dedikasi Mauser Packaging Solutions untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna daripada keempat-empat syarikat legasi dengan keupayaan yang mencakupi setiap fasa dalam proses pempakejan. Ia turut memperlihatkan visi baharu organisasi ini terhadap masa depan.
Bermula dengan pempakejan baharu yang diperbuat daripada bahan dikitar semula, kepada pemulihan semula, penggunaan semula dan pengitaran semula, Mauser Packaging Solutions membawakan kelestarian sebenar secara meluas kepada syarikat-syarikat di seluruh dunia.
"Sewaktu membangunkan strategi pertumbuhan kami, kami menyedari bahawa pelanggan tercari-cari rakan kongsi global untuk menyediakan penyelesaian pempakejan mampan dan memeterai perjanjian bermula dengan pembelian hinggalah kepada penggunaan semula," kata Ketua Pegawai Eksekutif Mauser Packaging Solutions Ken Roessler. "Buat julung kalinya, sesebuah perniagaan mempunyai rakan kongsi tunggal yang dapat menyediakan portfolio produk dan perkhidmatan yang utama dalam industri, dengan kualiti tertinggi dan pilihan paling luas, di seluruh dunia. Ahli-ahli pasukan kami juga merupakan yang terbaik dalam industri, bersemangat, inovatif dan komited untuk menangani cabaran pelanggan yang rumit dan membina hubungan yang panjang berdasarkan perkhidmatan. Kami benar-benar teruja dan fokus pada masa depan."
Ibu pejabat global Mauser Packaging Solutions terletak di Oak Brook, Illinois dan menggaji lebih 11,000 ahli pasukan di seluruh dunia. Pendapatan disatukan syarikatnya mencecah $4 bilion U.S. Mauser Packaging Solutions ialah sebuah syarikat Stone Canyon Industries LLC (www.stonecanyonllc.com). Stone Canyon Industries ialah sebuah syarikat pemegangan perindustrian global yang berpangkalan di Los Angeles, California.
Mauser Packaging Solutions boleh didapati secara dalam talian di laman sesawang baharu syarikat, mauserpackaging.com.
Latar Belakang Mauser Packaging Solutions
Mauser Packaging Solutions ialah peneraju global bagi penyelesaian dan perkhidmatan mencakupi kitaran hayat pempakejan, menyediakan logam bersaiz besar dan kecil, plastik, gentian dan pempakejan hibrid seluruh dunia kepada syarikat-syarikat dalam industri-industri bermula dengan makanan, minuman, penjagaan peribadi dan farmaseutikal kepada bahan kimia, petrokimia, agrokimia dan cat. Menghimpunkan yang terbaik daripada empat syarikat legasi -- BWAY, MAUSER Group, NCG dan ICS -- Mauser Packaging Solutions menawarkan pelanggannya dengan kelestarian sebenar secara meluas. Layari mauserpackaging.com.