omniture

Next Hotels dan Kafnu bakal Dibuka di Colombo City Centre Sri Lanka menjelang 2019

Next Story Group
2018-10-09 21:09 1220

COLOMBO, Sri Lanka, 9 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Next Hotel Colombo dan Kafnu Colombo akan membuka pintu mereka bagi mengalu-alukan kedatangan tetamu pada suku ketiga tahun 2019. Ini akan menandakan penembusan Next Hotels dan Kafnu ke Sri Lanka, destinasi pelancong yang pesat berkembang. Next Hotel Colombo, dengan Kafnu menjadi sebahagian daripadanya, terletak di Colombo City Centre yang ikonik, destinasi gaya hidup unggul di Sri Lanka. Dimiliki dan dibangunkan bersama-sama oleh Next Story Group dan Abans Group, Colombo City Centre ialah pembangunan guna campur yang terdiri daripada Next Hotel, pangsapuri mewah dan pusat membeli belah antarabangsa pertama di negara ini.

"Kami berasa amat teruja untuk memperkenalkan jenama Next Hotels kami dan Kafnu secara serentak ke dalam pasaran Sri Lanka, sebagai sebahagian daripada destinasi gaya hidup unggul negara, iaitu Colombo City Centre," kata Anand Nadathur, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Next Story Group. "Kawasan bandar patut diperbaharui semula agar sepadan dengan cara pengguna menetap, bekerja, bermain dan berada dalam era digital baharu. Penyepaduan fungsi-fungsi ini ke dalam siri ruang direka dengan baik & pengalaman yang koheren & menarik membolehkan kami mencipta & memupuk komuniti yang unik dan berkembang maju. Tawaran kami menerusi Next Hotels dan Kafnu melaksanakan penyepaduan ini, yang kami berharap akan menyumbang kepada pewujudan komuniti yang berkembang maju di Colombo City Centre. Ia turut menekankan komitmen kami untuk mengubah kawasan bagi mencapai pengalaman yang positif untuk pengguna serta memberi pulangan pelaburan yang lebih kukuh untuk pemilik-pemilik hartanah."

Next Hotel Colombo akan menempati kawasan di tingkat ke-9 hingga ke-20 pada bangunan setinggi 48 tingkat dalam Colombo City Centre. Ia akan menonjolkan keunggulan jenama Next Hotels, yang mencipta semula perjalanan perniagaan moden dengan kemewahan inovatif yang direka bagi menginspirasikan kreativiti dan kecekapan. Dikuasakan oleh teknologi, jenama Next Hotels menawarkan hospitaliti yang moden serta inovatif dan menumpu pada perkhidmatan empati dan berkesan demi memberikan pengalaman menarik yang unik dengan setiap kunjungan.

Next Hotel Colombo akan menerima tetamu di lobi tingkat 9 yang menyediakan pemandangan latar langit bandar dan Lautan Hindi yang mengagumkan. Sebanyak 164 bilik dan suit akan turut memberikan pemandangan yang serupa. Tetamu-tetamu dapat memilih untuk menjamu selera di restoran hidangan makanan sepanjang hari dengan 120 tempat duduk atau di Grill Restaurant dengan 75 tempat duduk yang terletak di teres luaran, menghadap Tasik Beira. The Lounge Bar akan menawarkan hidangan kegemaran klasik dan koktel kontemporari. Tetamu-tetamu dapat berenang dalam kolam renang atau bersenam di gimnasiumnya. Ia juga merupakan lokasi ideal untuk mengadakan mesyuarat korporat dan majlis sosial. Next Hotel Colombo akan menyertai portfolio dengan hampir 40 hotel di Asia Pasifik.

Next Hotel Colombo akan membawakan Kafnu pertama dalam Next Hotel. Dikonsepsikan sebagai desa bandar untuk generasi pencipta baharu, Kafnu ialah batu loncatan fizikal, intelektual dan sosial untuk perintis hari ini. Ia direka untuk ahli-ahli agar dapat Bekerja, Belajar, Bermain dan Tinggal dalam persekitaran yang terbuka dan memberi sokongan yang meningkatkan potensi individu dan kolektif mereka. Ahli-ahli Kafnu menikmati akses kepada perkongsian strategik, perkhidmatan premium dan acara persendirian. Kafnu Colombo akan turut serta dalam jaringan Kafnu yang akan melibatkan Hong Kong, Taipei, Bangalore, Sydney, Bandar Raya Ho Chi Minh dan Mumbai.

Latar Belakang Next Story Group

Next Story Group mencipta dan mengubah kawasan bandar menjadi masyarakat berkembang maju dengan memanfaatkan kuasa imaginasi manusia dan inovasi. Kini, kumpulan ini memiliki, mengurus dan memfrancaiskan hampir 40 hotel dan pusat peranginan di Australia dan Thailand seta mengurus dua lokasi Kafnu di Taipei dan Hong Kong. Ia mempunyai himpunan mencakupi lebih 10 hartanah di seluruh Asia Pasifik. Untuk maklumat lanjut: www.nextstory.com

Hubungi:

Joanna Ong
Komunikasi Korporat Kumpulan
Next Story Group
+65-6595-9440
joanna.ong@nextstory.com

Source: Next Story Group
Keywords: Commercial Real Estate Hotels and Resorts Real Estate Travel Corporate Expansion New products/services Future Events