Pemerolehan perluas skala dan keupayaan Park Place Technologies, kukuhkan penawaran perkhidmatan kepada pelanggan
CLEVELAND, 9 Oktober 2018 /PRNewswire/ - Park Place Technologies mengumumkan hari ini ia telah menyelesaikan pengambilalihan Solid Systems CAD Services (SSCS), penyedia perkhidmatan penyelenggaraan pihak ketiga (TPM) yang berpangkalan di Houston. Ini menandakan pengambilalihan kesembilan Park Place Technologies yang dilaksanakan sepanjang 24 bulan lalu. Dengan memperoleh SSCS dan pejabat serantaunya di UK, Jerman, Belanda, Malaysia, Singapura, Brazil, Finland dan Jepun, Park Place Technologies akan terus membezakan syarikatnya dalam industri dengan lebih baik berdasarkan keupayaan perkhidmatan dan perkhidmatan pelanggannya.
"Sebagai penyedia penyelenggaraan pihak ketiga yang veteran, SSCS dihormati kerana pasukannya yang sangat berbakat dan berpengalaman, termasuk para pemimpin yang berperanan penting dalam pembentukan asas industri kami," kata Chris Adams, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Park Place Technologies. "SSCS telah membentuk hubungan pelanggan yang mantap dan berkekalan hasil daripada pendekatannya terhadap kecemerlangan perkhidmatan dan keupayaan untuk memacu nilai perniagaan yang bermakna. Pendekatan SSCS sangat mengagumkan dan selari dengan cara penglibatan kami dengan pelanggan."
Tahap perkhidmatan yang didokong oleh SSCS mencerminkan kepakaran jurutera lapangannya dan komitmen yang mantap kepada para pelanggannya, yang merupakan salah satu daripada banyak persamaan antara SSCS dan Park Place Technologies dan akan menjadikan peralihan sesuatu yang lancar. Melalui pengambilalihan ini, Park Place Technologies akan meluaskan skalanya dalam industri TPM, menghasilkan faedah tambahan untuk pelanggan globalnya, termasuk tahap perkhidmatan dan sokongan operasi yang tinggi, ketersediaan sumber yang lebih tinggi dan peningkatan kecekapan.
"Pelanggan dan pekerja kami sentiasa menjadi panduan untuk perniagaan kami. Kami telah membuat penyelesaian yang disesuaikan dengan teliti dan telus untuk pelanggan kami dan memperluaskan tahap perhatian dan tujuan ini kepada penubuhan pasukan kami," kata Gahlen Carpenter, Presiden, Pengasas Bersama dan Pemilik, SSCS. "Keputusan untuk diambil alih oleh Park Place Technologies merupakan sesuatu yang telah dipertimbangkan sebaik-baiknya dan mewakili kepentingan terbaik para rakan kongsi dan pekerja kami. Ia merupakan satu penghormatan untuk menjadi sebahagian daripada SSCS dan perubahan ini membawa peluang besar kepada organisasi dan pelanggan kami kerana Park Place Technologies mendokong nilai dan budaya yang telah kami terapkan dalam syarikat kami sejak dari awal."
Dengan lebih 30 tahun pengalaman, SSCS kekal sebagai syarikat penyelenggaraan pihak ketiga yang canggih dengan terus mengembangkan penawaran perkhidmatannya untuk memenuhi keperluan pelanggan Fortune 500nya. SSCS menyediakan penyelenggaraan pihak ketiga dan sokongan perkakasan perusahaan IT dengan satu pasukan yang mempunyai purata tempoh 14 tahun dalam syarikat. Hasil daripada pengambilalihan, para pelanggan SSCS akan mendapat manfaat daripada keupayaan perkhidmatan storan perusahaan Park Place Technologies dan perkhidmatan penyelenggaraan proaktif syarikat yang memenangi anugerah, ParkView®, yang mempercepatkan tindak balas dan masa penyelesaian untuk kerosakan perkakasan.
Ini ialah pengambilalihan ketiga untuk Park Place Technologies dalam tahun 2018, susulan Origina Technology Services dan Axentel Technologies, yang sama-sama memperluas kehadiran Park Place Technologies di Eropah dan Asia. Pengambilalihan ini mewakili komitmen Park Place Technologies untuk memenuhi keperluan pelanggan global yang semakin meningkat.
Latar Belakang Park Place Technologies
Park Place Technologies ialah penyedia utama penyelenggaraan perkakasan pusat data dan komited untuk memberikan perkhidmatan yang unggul yang melebihi jangkaan pelanggan. Ditubuhkan pada tahun 1991, Park Place Technologies menyediakan alternatif pasca-waranti untuk penyimpanan, pelayan dan penyelenggaraan perkakasan rangkaian untuk pusat data IT. Dengan akses 24 jam ke pusat hubungan global, sokongan daripada jurutera industri yang paling maju dan pelbagai industri terkemuka dan perkhidmatan memenangi anugerah seperti ParkView, Park Place Technologies mendayakan pelanggan untuk meningkatkan kelajuan operasi dan memaksimumkan masa operasi.
Melalui usaha gigih untuk kecemerlangan, Park Place Technologies berbangga dengan penawaran pengalaman pelanggan dan kelebihan operasi yang luar biasa untuk perniagaan daripada kerajaan, pendidikan tinggi, dan institusi penjagaan kesihatan kepada pembekal perkhidmatan awan, syarikat SMB dan Fortune 500.
Dengan lebih daripada 13,000 pelanggan, termasuk semua OEM tahap-satu, perkhidmatan Park Place Technologies tersebar di 35,000 pusat data di lebih 115 negara.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.parkplacetechnologies.com
Latar Belakang SSCS
Sejak tahun 1988, SSCS telah menyediakan penyelenggaraan perkakasan dan sokongan pihak ketiga kepada jabatan IT perusahaan dan kepimpinan pusat data. Sebagai alternatif kepada sokongan OEM, SSCS merupakan sumber untuk pengurangan kos, menawarkan nilai dengan memanjangkan hayat peralatan yang boleh digunakan dan perkhidmatan pelanggan yang unggul. Beribu pejabat di Houston, SSCS telah berkembang menjadi sebuah syarikat multinasional yang menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh dunia.
Media Park Place Technologies
Michael Miller
mmiller@parkplacetech.com
440-683-9426
Michele Mendelson
parkplacetechus@kwtglobal.com
646-747-7163
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/535647/Park_Place_Technologies_Logo.jpg