omniture

Whale Cloud lancar jenama baharu dan rancang labur satu bilion yuan dalam penyelidikan teknologi sepanjang tiga tahun akan datang

Whale Cloud
2018-10-10 01:01 1048

HANGZHOU, China, 10 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Whale Cloud Technology Co., Ltd ("Whale Cloud") melancarkan jenama, logo dan strategi baharu di Muzium Ekspo West Lake di Hangzhou. Eksekutif-eksekutif Whale Cloud, rakan-rakan kongsi global, rakan media dan pakar-pakar daripada industri tersebut kesemuanya hadir bagi menyaksikan peristiwa yang penting ini.

 

Sebuah syarikat perisikan data yang terkemuka di dunia, Whale Cloud ditubuhkan pada tahun 2003 sebagai subsidiari terbesar ZTE dan terlibat dalam pemprosesan data telekomunikasi serta domain ICT selama 15 tahun. Pada awal tahun 2018, ia menjadi rakan kongsi strategik Alibaba Cloud. Hari ini, Whale Cloud menyediakan teknologi dan perkhidmatan transformasi digital untuk pengendali telekomunikasi, kerajaan dan perusahaan di lebih 80 negara dan wilayah di dunia.

"Tumpuan ekonomi digital ialah data dan kami percaya bahawa kami akan dapat mengatasi pesaing-pesaing kami sekiranya kami mempunyai keupayaan pengkomputeran data yang hebat. Ikan paus ialah simbol kuasa dan kebijaksanaan. Menamakan syarikat kami sebagai Whale Cloud memperlihatkan misi kami untuk meneroka nilai data tanpa had," kata Bao Zhongjun, Ketua Pegawai Eksekutif Whale Cloud.

Slogan "Perisikan data wujudkan kemungkinan tanpa had" menunjukkan kedudukan unik syarikat.

Merenungkan apa yang dimaksudkan sebagai kedudukan unik dalam pasaran, Zhou Yong, Naib Presiden Whale Cloud, menambah: "Kami merupakan satu-satunya syarikat yang berpengalaman dalam menyediakan perkhidmatan digital bukan sekadar untuk industri syarikat telekomunikasi, tetapi juga dalam kerajaan dan industri-industri lain. Menerusi perkongsian dengan Alibaba, kini kami mempunyai infrastruktur untuk memanfaatkan teknologi Alibaba Cloud dan keupayaan syarikat telekomunikasi kami untuk meluaskan perniagaan kami daripada ICT kepada industri-industri vertikal."

En. Yang Ming, Naib Presiden Whale Cloud berkongsi strategi "321" syarikat, yang menjelaskan mengenai insiatif masa depan Whale Cloud untuk membangunkan kekuatannya dalam "3" bidang, iaitu, teknologi, model perniagaan dan penyelidikan asas serta menumpu pada "2" segmen pasaran yang diberi keutamaan (perusahaan dan bandar) dalam transformasi digital demi mencapai "1" matlamat akhir untuk mencipta nilai buat pelanggannya.

Whale Cloud memperuntukkan sebanyak 1 bilion yuan ($145.3 juta) sepanjang tiga tahun akan datang untuk tujuan penyelidikan dalam teknologi terasnya. Ia turut merancang untuk melancarkan AI lab, institut penyelidikan rangkaian bandar dan program pembangunan aplikasi pengkomputeran awan bagi memastikan inovasi berterusan dan pelaksanaan pantas teknologi dan juga produk baharu.

Video - https://cdn4.prnasia.com/002071/mnr/201810/whalecloud/video.mp4

 

Source: Whale Cloud
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Data Analytics