omniture

Huawei Cloud Percepat Kadar Globalisasi

Huawei
2018-10-12 08:48 1664

Menjelang akhir September 2018, Huawei Cloud sediakan perkhidmatan di Asia Pasifik, Afrika, dan perkhidmatan awan awam dengan Pembawa di Eropah, Amerika Latin, selain pasaran China. Huawei Cloud dan awan awam rakan kongsi tersedia di 14 negara dan wilayah serta di kebanyakan kawasan seluruh dunia menjelang akhir tahun 2018. 

SHANGHAI, 12 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- HUAWEI CONNECT tahunan ketiga, acara global untuk industri ICT, membuka tirainya semalam di Shanghai. Bertemakan "Activate Intelligence (Aktifkan Kepintaran)", acara tahun ini menumpu pada AI: cabaran, peluang, inovasi dan amalan.

Pada acara tersebut, Huawei melancarkan strategi AI yang komprehensif dan portfolio AI susunan penuh untuk semua senario yang direka bentuk bagi menyediakan sokongan hebat kepada Huawei Cloud EI (Perisikan Perusahaan) dan HiAI. Huawei bersedia untuk bekerjasama dengan semua pemegang berkepentingan untuk mengubah AI menjadi realiti praktikal, menjadikannya inklusif serta tersedia untuk setiap individu, kediaman dan organisasi.

Deng Tao, Naib Presiden Huawei Cloud BU memperkenalkan Huawei Cloud EI, platform perkhidmatan AI untuk perusahaan dan kerajaan, dilancarkan pada September 2017. Huawei Cloud EI akan berupaya menyediakan portfolio susunan penuh untuk pelanggan perusahaan dan kerajaan.

"Kami mungkin bukan yang terbaik hari ini, namun kami perlu menjadi pengusaha yang paling pantas berkembang dalam industri awan," kata Deng Tao.

Ditubuhkan pada Mac 2017, Huawei Cloud BU telah memperkenalkan lebih 120 perkhidmatan awan dalam 18 kategori utama yang telahpun terbukti. Ini mencakupi lebih 60 penyelesaian umum termasuk SAP, pengkomputeran berprestasi tinggi (HPC), Internet Komunikasi Benda (IoT), Sekuriti, DevOps dan lebih 80 penyelesaian senario industri meliputi pembuatan, e-dagang, permainan, kewangan, Internet Komunikasi Kenderaan (IoV).

Merujuk kepada globalisasi Huawei Cloud dan langkah seterusnya, Deng Tao berkata, "Huawei Cloud diglobalisasikan pada awal penubuhannya. Bagi memenuhi keperluan pelanggan yang pelbagai, kami menyediakan produk dan teknologi dalam bentuk perkhidmatan awan melalui Huawei Cloud dan perkhidmatan awan awam bersama rakan-rakan kongsi seperti Deutsche Telekom (Jerman), Orange (Perancis), Telefonica (Sepanyol) dan China Telecom. Kami terus menginovasi melalui jalinan kerjasama dan melancarkan perkhidmatan awan awam di Eropah, Amerika Latin dan China, termasuk Open Telecom Cloud, Flexible Engine, Telefonica Open Cloud dan China Telecom Cloud. Berasaskan 30 tahun pengalaman infrastruktur ICT Huawei dan hampir 10 tahun usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berterusan dalam teknologi pengkomputeran awan, Huawei Cloud dapat menyediakan penyelesaian sehenti kepada perusahaan besar, menangani cabaran mereka dalam transformasi digital dan awan serta untuk syarikat-syarikat bersaiz kecil dan sederhana yang berhasrat untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Pada tahun 2018, HUAWEI CLOUD secara rasminya melancarkan Hong Kong Station, Russia Station dan Thailand Station. Pada lewat September 2018, Huawei Cloud telah menyediakan perkhidmatan di Asia Pasifik dan perkhidmatan awan awam rakan kongsi di Eropah, Amerika Latin, selain pasaran China. Huawei Cloud dan awan awam rakan kongsi Huawei disediakan di 14 negara dan wilayah serta akan tersedia di kebanyakan kawasan seluruh dunia menjelang akhir tahun 2018.

Pada masa depan, HUAWEI CLOUD akan terus memanfaatkan kelebihan perkakasan dan perisiannya untuk meningkatkan pengalaman pengguna perkhidmatan awan, kecekapan operasi dan penyelenggaraan (O&M) serta keupayaan sekuriti. Di samping itu, Huawei akan bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi untuk menyediakan penyelesaian terbaik kepada perusahaan-perusahaan.

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications New products/services