omniture

FISCO BCOS: Cabar Hyperledger Fabric dengan Rantaian Konsortium dari China

FISCO BCOS
2018-10-19 21:31 1892
  • FISCO BCOS (seterusnya masing-masing dirujuk sebagai BCOS) ialah platform rantaian blok sumber terbuka yang dibangunkan oleh Pasukan Petugas (ahli-ahli pasukan terkemuka termasuk WeBank, Tencent Cloud dan Shenzhen Securities Communication) Financial Blockchain Shenzhen Consortium (FISCO).   

SHENZHEN, China, 19 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Perbalahan sama ada untuk membiarkan rantaian konsortium bersifat terbuka atau persendirian (rantaian blok Tanpa Kebenaran atau Dibenarkan) telah lama dibahaskan. Meskipun Teknologi-teknologi Lejar Teragih yang terkenal seperti Hyperledger Fabric dan R3 Corda memilih laluan konsortium persendirian tanpa wang, FISCO BCOS, satu platform sumber terbuka dari China, memutuskan agar tidak menggunakan wang dan terbuka kepada orang awam. Mulai 12 November hingga 14 November, BCOS akan membuat kemunculan sulung peringkat antarabangsa di Festival Teknologi Kewangan Singapura.

Pasukan Petugas Financial Blockchain Shenzhen Consortium (FISCO)
Pasukan Petugas Financial Blockchain Shenzhen Consortium (FISCO)

FISCO BCOS Blok Binaan untuk Rantaian Konsortium Terbuka

FISCO BCOS dikendalikan oleh FISCO, salah satu konsortium rantaian blok terbesar di China. Ahli-ahli pengasas terdiri daripada WeBank (bank digital yang dimulakan oleh Tencent), Tencent dan Huawei, antara lain dan sejak itu keahlian telah bertambah menjadi lebih 100 ahli, termasuk bank-bank besar. Rantaian Konsortium Terbuka merupakan konsep yang pertama kali diperkenalkan oleh WeBank. Ia bukanlah rantaian blok tunggal, sebaliknya sejenis ekosistem aplikasi rantaian blok baharu, iaitu satu set aplikasi rantaian blok yang bertujuan untuk menawarkan perkhidmatan kepada orang awam.

FISCO BCOS ialah platform rantaian blok pertama yang dibangunkan khusus untuk memenuhi keperluan pengawalseliaan dan permintaan perkhidmatan dalam industri kewangan. Meskipun teknologi rantaian blok telah lama dikagumi atas kebolehan uniknya menyediakan konsensus dalam merekodkan transaksi, ia juga dianggap mempunyai keserentakan rendah, penangguhan yang lama dan penyelesaian yang bergantung pada kebarangkalian. Dalam persekitaran perniagaan yang amat kompetitif masa kini, ini merupakan kelemahan-kelemahan yang perlu ditangani.

BCOS mencapai hal ini melalui beberapa cara.

Reka Bentuk Platform:

  • Seni bina dioptimum meningkatkan lagi keupayaan pengendalian transaksi. Rantaian tunggal dapat mengendalikan ribuan transaksi sesaat (>1000 TPS) dengan pengesahan sekelip mata. Ini dapat menangani keperluan transaksi besar oleh institusi-institusi kewangan.
  • Seni bina yang dinaik taraf dan pengoptimuman setempat kepada rantaian tunggal akan memungkinkan pengiraan serentak & pengembangan selari yang selamat dan cekap. Dengan itu, pembangun dapat membina pelayan tambahan dengan mudah untuk memenuhi keperluan perniagaan tertentu.
  • Melalui kombinasi mekanisme had terima kegagalan Byzantine (BFT), seni bina berbilang rantaian dan interaksi rentas rantaian, masalah akses serentak dan limitasi akaun berfrekuensi tinggi dapat diselesaikan, menghapuskan sebarang halangan melibatkan pertukaran maklumat berfrekuensi tinggi dengan berkesan.

Sekuriti:

  • Kawalan nod akses, pengurusan utama dan pengurusan CA membantu menyediakan sekuriti maksimum bermula dengan pengehosan, perangkaian, penyimpanan kepada aplikasi.
  • Ia turut menyokong fungsi-fungsi yang melindungi privasi pengguna, termasuk bukti Sifar-pengetahuan, penyulitan Homomorfik, tandatangan Kumpulan dan tandatangan Lingkaran.

Sokongan Pengawalseliaan:

  • Pengawal selia dan juruaudit dapat mengakses dan memantau aliran data waktu nyata melalui nod-nod pemerhatian.
  • Pelbagai antara muka pembangunan memberi kemudahan kepada pembangun untuk menulis dan memindahkan kontrak pintar.

Sejak pelancaran BCOS, berpuluh-puluh senarai tindakan telah dibangunkan, bermula dengan kewangan dan timbang tara kepada hak cipta dan perekrutan. BCOS memudahkan inisiatif dan idea inovatif, termasuk kolaborasi rentas konsortium, Ekosistem Rantaian Terbuka dan Model Perniagaan Teragih. Selain inisiatif-inisiatif ahli persendirian, banyak ahli awam melancarkan aplikasi dalam rantaian bekalan, kewangan, kewangan pelancongan, transaksi hak cipta, perekrutan dan permainan sejak BCOS menjadi sumber terbuka.

Untuk maklumat lanjut tentang BCOS dan senarai guna sebenar, klik di sini.

Untuk mengesan BCOS semasa pelancaran festival Teknologi Kewangan Singapura mereka, ikuti akaun Twitter rasmi mereka @FiscoBcos.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181018/2271948-1

Source: FISCO BCOS
Keywords: Banking/Financial Service Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications New products/services Financial Technology