omniture

Tinjauan Herbalife Nutrition Mendedahkan Rahsia Penuaan Sihat dan Mengumumkan Jelajah Kesejahteraan untuk Memulakan Perjalanan Penuaan Sihat Pengguna di Perantauan Asia Pasifik

Herbalife Nutrition Asia Pacific
2018-10-22 12:50 1804

HONG KONG, 22 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Sebagai sebuah syarikat yang tujuannya adalah untuk menjadikan dunia lebih sihat dan lebih bahagia, syarikat pemakanan global unggul, Herbalife Nutrition, hari ini telah menyiarkan hasil penemuan daripada Tinjauan Penuaan Sihat Asia Pasifik 2018. Dijalankan pada Ogos 2018 dengan 5,500 responden berumur 40 tahun ke atas dalam 11 pasaran termasuk Australia, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam, tinjauan ini mendedahkan pandangan tentang maksud penuaan secara sihat, kepentingan perubahan gaya hidup demi penuaan yang sihat serta pendorong dan pengaruh utama terhadap penuaan secara sihat.

Hasil Penemuan Utama Tinjauan Penuaan Sihat APAC 2018
Hasil Penemuan Utama Tinjauan Penuaan Sihat APAC 2018

Tinjauan ini mendedahkan bahawa kebanyakan (66 peratus) pengguna Asia Pasifik menakrifkan maksud penuaan sihat sebagai "berada dalam keadaan aktif secara fizikal dan mental ketika saya meningkat usia". Meskipun penuaan merupakan proses yang tidak dapat dielakkan, majoriti lebih besar (92 peratus) daripada responden percaya bahawa langkah-langkah aktif dapat diambil untuk membantu mereka meningkat usia secara sihat, bahkan, 76 peratus daripada mereka telah mula mengambil langkah ke arah penuaan yang sihat.

Walau bagaimanapun, ada sebahagian kecil di kalangan pengguna Asia Pasifik percaya bahawa seseorang perlu memulakan langkah penuaan yang sihat dengan lebih awal, dengan hanya lebih sedikit daripada separuh (54 peratus) bersetuju bahawa usia yang sesuai untuk mula mengambil langkah ke arah penuaan sihat adalah antara 40 hingga 45 tahun.

Menurut Pusat Risiko Asia Pasifik, Asia Pasifik merupakan rantau yang mengalami penuaan terpantas di dunia dengan lebih 200 juta orang dijangka beralih ke dalam kategori warga tua (berusia 65 tahun ke atas) bermula dari waktu ini hingga tahun 2030. "Dengan peningkatan populasi meningkat usia yang pantas menimbulkan cabaran sosial dan ekonomi yang belum pernah terjadi di rantau ini, kami percaya bahawa para pengguna perlu dididik berhubung keperluan untuk mula mengambil langkah-langkah aktif ke arah penuaan sihat melalui penambahbaikan pemakanan dan aktiviti fizikal," kata Stephen Conchie, Naib Presiden Kanan dan Pengarah Urusan, Asia Pasifik, Herbalife Nutrition. "Di Herbalife Nutrition, ahli-ahli terlatih kami, digabungkan dengan produk-produk pemakanan bersasaran kami, menyediakan pengguna dengan penyelesaian komprehensif serta diperibadikan untuk memulakan perjalanan penuaan sihat mereka dengan lebih awal."

"Membuat Pilihan Pemakanan Lebih Baik" Perubahan Gaya Hidup Paling Penting untuk Penuaan Sihat

Apabila ditanya tentang perubahan gaya hidup paling penting bagi membolehkan penuaan yang sihat, 81 peratus daripada responden memilih "membuat pilihan pemakanan yang lebih baik" mengatasi "terlibat dalam aktiviti fizikal dengan lebih kerap" (75 peratus) dan "terlibat dalam aktiviti yang lebih merangsang minda" (71 peratus). Walau bagaimanapun, sebahagian kecil daripada responden telahpun mengambil langkah-langkah untuk mengamalkan tabiat gaya hidup yang penting ini, seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah:

Peratusan Pengguna yang

Menganggap Perubahan Gaya Hidup Penting

untuk Penuaan Sihat

Peratusan Pengguna

yang Telahpun Membuat Perubahan Gaya Hidup

untuk Penuaan Sihat

81 peratus

Membuat pilihan pemakanan lebih baik

74 peratus

75 peratus

Terlibat dalam aktiviti fizikal dengan lebih kerap

73 peratus

71 peratus

Terlibat dalam aktiviti yang lebih merangsang minda

59 peratus

53 peratus

Membuat pemeriksaan kesihatan dengan lebih kerap

61 peratus

47 peratus

Mengambil makanan tambahan yang membantu penuaan sihat

52 peratus





Protein Diremehkan Peranannya dalam Menyokong Penuaan Sihat

Dari segi jenis makanan tambahan yang sedang diambil oleh pengguna Asia Pasifik, tinjauan ini mendedahkan bahawa kebanyakan pengambilan makanan tambahan tertumpu pada multivitamin (75 peratus) dan kalsium (53 peratus). Walau bagaimanapun, hanya tiga daripada 10 pengguna mengambil protein sebagai sebahagian daripada campuran makanan tambahan mereka demi penuaan sihat. Dengan protein menjadi nutrien utama yang menyokong pembentukan otot untuk penuaan yang sihat apabila digabungkan dengan gaya hidup yang aktif, penemuan daripada tinjauan ini menunjukkan bahawa peranan protein dalam menyokong penuaan sihat kurang mendapat perhatian.

Pengambilan Makanan Tambahan Semasa Di Kalangan Pengguna Asia Pasifik

Yang Sedang Mengambil Makanan Tambahan demi Penuaan Sihat

75 peratus

Multivitamin

53 peratus

Kalsium

43 peratus

Antioksidan

42 peratus

Minyak Ikan

38 peratus

Serat

30 peratus

Protein

Pendorong dan Pengaruh Utama Pengaruh Bagi Menggalakkan Pilihan Pemakanan Lebih Baik

Tinjauan ini turut mendedahkan tiga pendorong utama untuk menggalakkan pengguna Asia Pasifik membuat pilihan pemakanan yang lebih baik demi penuaan yang sihat. Ini termasuk:

  • Mempunyai pemahaman lebih baik tentang peranan pemakanan yang baik dalam penuaan sihat (66 peratus);
  • Akses mudah kepada pilihan dan produk makanan untuk penuaan sihat (46 peratus); dan
  • Adanya rakan taulan dan keluarga yang berada dalam perjalanan penuaan sihat yang sama (35 peratus).

Keluarga memberi pengaruh terbesar apabila membabitkan penuaan sihat:

Peratusan Pengguna

Yang Menganggap Individu Berpengaruh Berikut Memberi Pengaruh Positif kepada Mereka untuk Penuaan Sihat

Ahli-ahli keluarga

69 peratus

Rakan-rakan

47 peratus

Para Doktor

45 peratus

Keluarga dan rakan taulan turut muncul sebagai saluran utama untuk pengguna-pengguna Asia Pasifik mendapatkan panduan penuaan sihat, dengan 51 peratus memilih keluarga dan rakan-rakan mereka, mengatasi media dalam talian (49 peratus) dan TV (43 peratus).

Jelajah Kesejahteraan Asia Pasifik Herbalife Nutrition

Herbalife Nutrition bakal membawakan Jelajah Kesejahteraan Asia Pasifik kali kesepuluhnya ke rantau ini, menampilkan beberapa siri simposium perubatan dan ceramah pemakanan mulai September hingga Oktober di bandar-bandar serata Hong Kong, Indonesia, Macau, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan dan Thailand. Jelajah ini akan menjadi tuan rumah kepada pakar-pakar Herbalife Nutrition serta ahli-ahli Lembaga Penasihat Herbalife Nutrition (NAB) yang akan berkongsi kepakaran mereka dalam pelbagai topik berkaitan kesihatan serta mendidik orang awam tentang kepentingan mengambil langkah-langkah aktif ke arah penuaan yang sihat.

Latar Belakang Herbalife Nutrition

Herbalife Nutrition ialah sebuah syarikat pemakanan bertaraf global yang bertujuan untuk menjadikan dunia lebih sihat dan lebih bahagia. Syarikat telah melaksanakan misi untuk pemakanan - mengubah kehidupan orang ramai menerusi produk dan program pemakanan yang hebat - sejak tahun 1980. Bersama-sama ahli-ahli bebas Herbalife Nutrition, kami komited untuk menyediakan penyelesaian terhadap masalah pemakanan yang kurang sihat dan obesiti di seluruh dunia, populasi yang semakin tua, kos penjagaan kesihatan awam yang semakin meningkat dan peningkatan dalam keusahawanan bagi semua peringkat umur. Herbalife Nutrition menawarkan produk yang berkualiti tinggi berasaskan sains yang kebanyakannya dihasilkan di kemudahan yang dikendalikan oleh Syarikat, bimbingan secara peribadi dengan ahli bebas Herbalife Nutrition dan pendekatan komuniti sokongan yang memberi inspirasi kepada pelanggan untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan lebih aktif. 

Produk pemakanan bersasaran, pengurusan berat badan, tenaga dan kecergasan serta produk penjagaan diri Herbalife Nutrition disediakan secara eksklusif kepada dan melalui ahli-ahli bebasnya di lebih 90 negara.

Melalui usaha tanggungjawab sosial korporat, Herbalife Nutrition menyokong Herbalife Nutrition Foundation (HNF) dan program-program Casa Herbalife untuk membantu memberikan pemakanan yang baik kepada kanak-kanak yang memerlukan. Herbalife Nutrition juga berbangga untuk menaja lebih 190 orang atlet, pasukan dan acara bertaraf dunia di seluruh dunia, termasuk Cristiano Ronaldo, LA Galaxy dan pelbagai pasukan Olimpik.  

Herbalife Nutrition mempunyai lebih 8,300 kakitangan di seluruh dunia, dan sahamnya didagangkan di Bursa Saham New York (NYSE: HLF) dengan jualan bersih kira-kira sebanyak US$4.4 bilion pada tahun 2017. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari Herbalife.com atau IAmHerbalife.com.

Herbalife Nutrition turut menggalakkan para pelabur untuk mengunjungi laman sesawang perhubungan pelaburnya di ir.herbalife.com memandangkan maklumat kewangan dan maklumat lain dikemas kini dan maklumat baharu turut disiarkan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Herbalife Nutrition Asia Pasifik
Daliea Mohamad-Liauw
Naib Presiden, Komunikasi Korporat, Asia Pasifik
DID: +852 3589 2643
Emel: dalieal@herbalife.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181011/2265000-1

Source: Herbalife Nutrition Asia Pacific
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Supplementary Medicine Survey, Polls & Research