omniture

Berkunjung 60-Saat ke Sculpture by the Sea, Bondi 2018 Ikonik Sydney

Destination NSW
2018-10-25 14:56 871

Rakaman Video Dron Kini Tersedia untuk Sculpture by the Sea, Pantai Bondi, Sydney

SYDNEY, 25 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Destination NSW hari ini menyiarkan rakaman dari udara Sculpture by the Sea, Bondi yang memukau, merangkumkan pameran arca luar yang mengagumkan di salah sebuah pantai yang paling ikonik di dunia, Pantai Bondi, Sydney.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: https://www.prnasia.com/mnr/sxs2018.shtml

Sculpture by the Sea, Bondi, iaitu pameran arca luar percuma untuk orang awam secara tahunan yang terbesar di dunia, mengubah sebahagian daripada pinggir pantai Sydney menjadi taman arca 2km panjang dan menampilkan lebih 100 arca oleh artis dari Australia dan seluruh dunia.

 

Sebagai salah satu acara terbaik Sydney untuk dihadiri (dan diambil gambar), Sculpture by the Sea, Bondi menarik kira-kira 450,000 pengunjung sepanjang tempoh 18 hari dan menandakan permulaan musim panas di Sydney. Acara ini berlangsung mulai hari ini sehingga 4 November 2018.

Salah satu kemuncak acara ini ialah pameran lapan hasil kerja oleh alumni daripada institusi seni Cina, Central Academy of Art (CAFA) di Beijing, termasuk figura montok setinggi 3m, Horizon by Mu Boyan, yang diletakkan di tanjung tinggi Bondi selatan di Marks Park. Pameran ini turut mempamerkan hasil kerja daripada pengarca-pengarca Australia yang terkemuka iaitu Hossein Valamanesh, Ron Robertson-Swann OAM dan Wendy Teakel.

Video tersedia untuk dimuat turun daripada pautan di bawah: 
Video Sculpture by the Sea -- 60 saat -- KLIK DI SINI 
Imej Sculpture by the Sea --
 KLIK DI SINI 

Fakta Ringkas Pameran

  • Bilangan arca: 107
  • Bilangan negara (termasuk Australia): 21
  • Bilangan artis Australia: 70 (3 dari ACT, 37 dari NSW, 1 dari QLD, 2 dari SA, 1 dari TAS, 15 dari VIC, 11 dari WA)
  • Bilangan artis antarabangsa: 37 (1 Austria, 2 Kanada, 8 China, 1 England, 1 Perancis, 9 Jepun, 3 New Zealand, 1 Norway, 1 Portugal, 2 Slovakia, 1 Afrika Selatan, 1 Sepanyol, 1 Sweden, 1 Wales UK, 3 AS, 1 Korea Selatan)
  • Pameran memasuki tahun ke-22 -- bermula pada tahun 1997, sebuah acara selama satu hari yang mempamerkan 64 arca dan dihasilkan oleh para sukarelawan di sebuah ruang istirehat dengan jumlah belanjawan sebanyak $11,000 - 25,000 orang hadir.

#ILoveSydney

Latar Belakang Destination NSW

Destination NSW ialah agensi Kerajaan NSW utama untuk industri pelancongan dan acara utama Negara serta bertanggungjawab merangka dan melaksanakan strategi-strategi untuk mengembangkan ekonomi pengunjung Negara. Tumpuan khusus kami adalah untuk memacu pelancongan serta memperoleh dan membangunkan acara-acara sukan dan kebudayaan utama untuk Sydney serta wilayah NSW. Di samping itu, Destination NSW ialah pelabur utama dalam Business Events Sydney dengan matlamat untuk memperoleh lebih banyak konvensyen antarabangsa, program ganjaran perjalanan insentif, acara korporat dan juga pameran.

Video - http://cdn4.prnasia.com/002071/201810/dnsw/video.mp4

Source: Destination NSW
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Computer/Electronics Entertainment Leisure/Travel/Hotels Multimedia/Online/Internet Travel