omniture

Huawei Lancar Perkhidmatan Awan IoT 2.0 Dayakan IoT Perindustrian dengan Gabungkan Ketersambungan, Awan dan Kepintaran

Huawei
2018-10-26 09:13 798

SHANGHAI, 25 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Di HUAWEI CONNECT 2018, Huawei secara rasminya melancarkan Perkhidmatan Awan IoT 2.0 dan mengumumkan strategi IoTnya (Sediakan Infrastruktur IoT dan Bangunkan satu Ekosistem). Melalui sambungan, perkhidmatan awan dan AI yang diperluas, Huawei komited untuk membangunkan IoT perindustrian yang lebih berkuasa dan mendayakan pendigitan industri.

Michael Ma, President of Huawei Cloud Core Network Product Line, releasing IoT Cloud Service 2.0 at HUAWEI CONNECT 2018
Michael Ma, President of Huawei Cloud Core Network Product Line, releasing IoT Cloud Service 2.0 at HUAWEI CONNECT 2018

Menurut laporan Wawasan Industri Global (GIV) 2025 yang dikeluarkan oleh Huawei, bilangan peranti terhubung akan mencecah 100 bilion menjelang tahun 2025. Sejumlah besar sambungan bernilai tinggi akan muncul dalam aplikasi industri. Data yang diperoleh daripada kesedaran dan persepsi semua benda akan digunakan sepenuhnya oleh setiap industri bagi mempromosi IoT perindustrian, meningkatkan kecekapan industri dan mempertingkat penaiktarafan industri.

Keperluan utama untuk membangunkan infrastruktur IoT adalah untuk meluaskan sambungan, meningkatkan perkhidmatan awan dan memajukan keupayaan AI. Huawei menyasarkan untuk merealisasikan kesalinghubungan semua benda yang andal, memberi sokongan untuk pelancaran perkhidmatan yang pantas dan kebolehcapaian global melalui perkhidmatan awan serta memajukan keupayaan AI untuk rakan-rakan kongsi industri menjana pendapatan daripada aplikasi IoT mereka. Huawei dapat merealisasikan usaha ini menerusi teknologi komunikasi yang telah dibangunkan sejak 30 tahun lalu.

Meluaskan Sambungan: Dayakan Kesalinghubungan Andal Semua Benda

Sambungan merupakan asas IoT. Bagi menyediakan asas yang selamat, Huawei bukan sahaja menyasarkan untuk meningkatkan bilangan sambungan, tetapi turut berusaha ke arah sambungan yang boleh diurus dan boleh dikawal yang dapat mencapai liputan berterusan, evolusi yang lancar, keselamatan dan keandalan dalam seluruh rangkaian. Huawei NB-IoT dicirikan melalui penggunaan kuasanya yang rendah, liputan luas dan kapasiti yang besar dan ia menyokong evolusi lancar kepada 5G. Huawei membangunkan ekosistem yang matang dan terbuka serta menyediakan penyelesaian keselamatan hujung-ke-hujung meliputi cip set/OS, transmisi data dan platform IoT. Bilangan peranti yang kini terhubung kepada platform IoT Huawei telah mencecah 200 juta di seluruh dunia, yang mana 90 juta peranti IoT terhubung kepada Awan e-Pelayaran China Telecom manakala 1 juta peranti infrastruktur Bandar Pintar terhubung di seluruh dunia.

Tingkatkan Perkhidmatan Awan: Sediakan Perkhidmatan IoT Merata

Pada masa depan, keperluan terhadap sambungan IoT akan menjadi begitu banyak; kunci untuk meningkatkan perkhidmatan awan IoT adalah untuk menjadikannya tersedia pada bila-bila masa, di mana-mana juga. Kolaborasi antara Platform IoT OceanConnect dan Pinggir OceanConnect menghasilkan liputan penuh, perkhidmatan anjal, pengurusan seragam, kolaborasi perkhidmatan dan peluang kolaborasi data, seraya meluaskan perkhidmatan awan IoT daripada pusat rangkaian kepada pinggir.

Majukan Keupayaan AI: Bentuk Semula Nilai-nilai IoT

Sejumlah besar data yang diperoleh melalui sambungan memerlukan analisis pintar bagi menjana nilai. Kepintaran ialah teknologi penting untuk menjana pendapatan daripada IoT. "Kepintaran" ialah algoritma di pusat rangkaian dan pinggir, serta persepsi peranti. Pentingnya peranti kepada sistem pintar adalah seperti mana pentingnya organ deria pada manusia. Mata merupakan alat yang paling penting dan berkesan untuk manusia mendapatkan maklumat. Dengan itu, dengan menjadi "mata" untuk dunia pintar yang terhubung sepenuhnya, kamera pintar akan menjadi alat penting untuk memperoleh maklumat kepada IoT perindustrian, memacu industri untuk menjana nilai yang lebih besar. Huawei banyak melabur dalam cip set AI, kamera pintar tentuan perisian, analisis video pinggir dan AI OceanConnect. Dengan memajukan keupayaan AI, Huawei membantu rakan-rakan kongsi industri menjana pendapatan daripada aplikasi IoT mereka.

Di HUAWEI CONNECT 2017, Huawei melancarkan Perkhidmatan Awan IoT 1.0 (DMP dan AEP). Untuk menjadikannya lebih mudah kepada pelanggan industri menggunakan keupayaan infrastruktur IoT Huawei (ketersambungan, awan dan kepintaran), Huawei selanjutnya melancarkan Perkhidmatan Awan IoT 2.0 yang membuat tiga penambahbaikan utama:

Pertama, untuk industri-industri yang beraspirasi untuk menyempurnakan transformasi digital, Huawei menyediakan suit industri pra-bersepadu dan perkhidmatan awan platform seperti Kenderaan Terhubung, Pengangkutan Pintar, Bandar Pintar dan Kampus Pintar. Rakan-rakan kongsi industri dapat membangunkan aplikasi inovatif dengan lebih pantas dan anjal. Lebih banyak senario akan diterokai bagi mengenal pasti penyelesaian industri baharu dan bernilai yang menyepadukan keupayaan AI.

Kedua, untuk meluaskan sambungan merentas lebih banyak industri, Huawei melancarkan perkhidmatan awan ringan -- Hab IoT, satu perkhidmatan pengurusan peranti ringan yang selamat dan andal yang membolehkan peranti IoT untuk terhubung kepada rangkaian dengan cara yang lebih ringkas, lebih selamat dan berkesan kos.

Ketiga, untuk memudahkan rakan-rakan kongsi ekosistem, Huawei melancarkan Pasaran OceanConnect untuk inovasi produk, paparan dan perdagangan dengan instrumen pembangunan, pelancaran dan O&M yang disepadukan.

Michael Ma, Presiden Huawei Cloud Core Network Product Line, berkata: "Huawei berharap dapat berganding bahu dengan rakan-rakan kongsi bagi memudahkan IoT perindustrian dan meluaskan pasaran dengan menggabungkan IoT dan kepintaran. Huawei dan rakan-rakan kongsi kami dapat turut serta untuk menjadi penyokong dan pemudah cara demi dunia pintar yang terhubung sepenuhnya."

HUAWEI CONNECT 2018, sebagai persidangan global tahunan unggul Huawei untuk industri ICT, diadakan di Shanghai mulai 10 hingga 12 Oktober 2018. Persidangan ini bertujuan untuk membangunkan platform yang bersifat terbuka, bekerjasama dan dikongsi yang akan bekerjasama dengan pelanggan bagi membincangkan cara untuk merebut peluang-peluang baharu dan mencipta masa depan yang lebih pintar. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.huawei.com/cn/press-events/events/huaweiconnect2018?ic_medium=hwdc&ic_source=corp_banner_allwayson&source=corp_banner

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181024/2277894-1

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications New products/services