omniture

ASEAN Insurance Council (AIC) Undang Syarikat-syarikat Insurans Sokong Kerajaan Biayai Pembangunan Ekonomi dan Mampan ASEAN

ASEAN Insurance Council
2018-10-29 08:52 786

JAKARTA, Indonesia, 29 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- AIC, sebuah platform serantau untuk industri insurans ASEAN, mengumumkan komitmen strategik untuk mengundang semua syarikat insurans terkemuka bagi mengambil tindakan sebenar untuk mempercepatkan pelaburan infrastruktur Indonesia di Mesyuarat Tahunan IMF – World Bank Group (WBG) 2018 di Bali, 11 Oktober 2018. Sebagai pemacu utama dalam kesalinghubungan serantau di ASEAN, deklarasi tersebut terbukti menjadi gesaan tindakan utama kepada syarikat-syarikat insurans memandangkan, selepas deklarasi berkenaan, syarikat-syarikat insurans terkemuka, WanaArtha Life, AIA, Allianz Life dan Taspen, melabur sebanyak US$224 juta dolar dalam pengendali jalan bertol milik negara, Jasa Marga, melalui PT. Mandiri Manajemen Investasi

Sebelum majlis penandatanganan ini, AIC mengambil bahagian dalam platform SDG Indonesia One, yang dimulakan oleh Kementerian Kewangan Indonesia dengan kerjasam sebuah syarikat milik negara, PT Sarana Multi Infrastruktur (SMI). Semasa Mesyuarat Tahunan IMF -- World Bank Group 2018, AIC turut berperanan sebagai jurucakap dalam perbincangan infrastruktur pembiayaan, mendedahkan satu gesaan tindakan bagi menggalakkan syarikat-syarikat insurans melabur lebih banyak dalam infrastruktur.

"Industri Insurans Hayat ASEAN mengurus aset-aset bernilai US$438 bilion dan nilai ini akan meningkat dengan ketara tatkala nilai premium bertambah dalam beberapa tahun akan datang. Walau bagaimanapun, ia dianggarkan untuk mengagihkan hanya 2% kepada infrastruktur. Sekiranya komuniti menyatakan komitmen untuk meningkatkan bahagian aset yang diperuntukkan kepada infrastruktur, ini akan memberi sumbangan signifikan kepada jurang pembiayaan infrastruktur ASEAN," kata Evelina F. Pietruschka, Setiausaha Agung AIC.

Negara-negara ASEAN kini amat agresif mempromosi infrastruktur tersebut bagi menyokong kesalinghubungan ASEAN. Walau bagaimanapun, jurang pembiayaan infrastruktur yang ketara telah muncul. Dianggarkan bahawa ASEAN akan mempunyai jurang infrastruktur sebanyak $1.153 trilion menurut data tahun 2016 daripada HSBC. Hanya Singapura mempunyai lebihan $27 juta, sementara negara-negara lain seperti Malaysia akan mempunyai jurang infrastruktur sebanyak $42 juta; Thailand, $86 juta; Vietnam, $160 juta; Filipina, $171 juta; manakala Indonesia akan mempunyai jurang infrastruktur $721 juta.

Sebagai pasaran ASEAN yang terbesar, Indonesia perlu mengejar lebih US$150 bilion, daripada US$327 bilion yang disasarkan menjelang tahun 2019, bagi membantu membangunkan kerja-kerja awam dan infrastruktur." Ia merupakan jumlah yang begitu besar untuk dibiayai oleh kerajaan. Mereka perlu menumpu lebih langsung pada perkongsian awam-swasta (PPP), melalui pelabur-pelabur institusi jangka panjang, seperti insurans," tambah Evelina.

Usaha-usaha ini turut menekankan bahawa skim-skim kewangan campuran atau penggabungan antara dana awam dan swasta bagi memudahkan modal persendirian untuk sektor awam, merupakan penyelesaian yang cerah kepada defisit infrastruktur Indonesia. "Kita perlu membangunkan satu peraturan bagi menampung pembiayaan campuran untuk infrastruktur, memandangkan hanya 25 peratus daripada pembiayaan infrastruktur Indonesia diperoleh daripada pihak kerajaan," kata Evelina.

AIC sentiasa terlibat dalam pelbagai persidangan antarabangsa termasuk Forum Kewangan Asia-Pasifik (APFF) dan Forum Ekonomi Dunia (WEF) bagi mempengaruhi semua sektor insurans di seluruh ASEAN. Susulan daripada majlis ini, AIC akan menganjurkan Sidang Kemuncak Insurans ASEAN ke-3 yang akan berlangsung di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia pada 28 November 2018.

Latar Belakang ASEAN Insurance Council (AIC)

AIC, ialah sebuah organisasi di bawah ASEAN yang menumpu khususnya pada industri insurans dan hal-hal yang berkaitan dengannya. Ia dibentuk sebagai PPP yang dibiayai oleh sektor swasta dan bekerjasama erat dengan pengawal selia insurans ASEAN dan agensi-agensi kerajaan berkaitan. Ia ditubuhkan semasa mesyuarat ASEAN pada 4 April 1978 di Jakarta yang mana keahliannya terdiri daripada semua negara anggota ASEAN pada ketika itu. Objektif-objektif organisasi ini adalah untuk mempromosi dan merangsang pembangunan industri insurans dalam ASEAN selain membina hubungan antara syarikat-syarikat insurans di ASEAN.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.aseaninsurance.org/ 
Untuk maklumat tentang Sidang Kemuncak Insurans ASEAN ke-3, sila layari: http://aseaninsurancesummit.com/

Perhubungan Media: 

Bern Dwyanto
Pengarah Eksekutif
Sekretariat Tetap ASEAN Insurance Council
Tel: +62-21-2906-9760
Emel: bdwyanto@aicsec.org

Source: ASEAN Insurance Council
Keywords: Banking/Financial Service Construction/Building Insurance Socially Responsible Investing