omniture

Ekspo Import Antarabangsa China Pertama Buka Tirai 5 November dengan Tumpuan pada Pembuatan Pintar

China International Import Expo
2018-10-31 01:13 810

SHANGHAI, 31 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE atau "Ekspo") pertama, iaitu platform penting untuk mempromosi hubungan dagangan dua hala antara China dan dunia, bakal berlangsung mulai 5 hingga 10 November di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan di Shanghai. Ekspo ini, berserta beberapa siri forum dan aktiviti berkaitan, bersedia menerima lebih 3,000 firma dari lebih 130 negara dan wilayah, termasuk kira-kira 200 syarikat yang terkemuka dalam industri, serta menarik lebih 150,000 pembeli domestik dan asing.

China International Import Expo opens in National Exhibition and Convention Center (Shanghai)
China International Import Expo opens in National Exhibition and Convention Center (Shanghai)

Dianjurkan bersama-sama oleh Kementerian Perdagangan dan Kerajaan Rakyat Perbandaran Shanghai, CIIE akan menampilkan lebih 100 produk baharu, teknologi dan penyelesaian canggih mencakupi keseluruhan kawasan seluas 270,000m2.

Di bawah tema "Era Baharu, Masa Depan Yang Dikongsi" dan bagi menyokong program "Buatan China 2025" negara, Ekspo ini akan menyediakan kawasan pameran peralatan pintar dan berkualiti tinggi bagi menyediakan perusahaan-perusahaan peralatan teknikal dan pembuatan pintar yang terkemuka di dunia dengan platform untuk mempamerkan teknologi termaju mereka serta memeterai perjanjian kerjasama.

Ekspo ini akan menonjolkan status China sebagai kuasa besar perkilangan global dengan outputnya menyumbang sebanyak 20% daripada jumlah output dunia, selain hakikat bahawa ia merupakan salah satu pasaran peralatan pengguna yang terbesar di dunia.

Pempamer daripada pelbagai bidang akan hadir, seperti kecerdasan buatan, pengautomatan perindustrian dan robotik, kilang digital, Internet Komunikasi Benda, pemprosesan bahan dan peralatan pengacuan, komponen perindustrian, peranti teknologi maklumat dan komunikasi, peralatan penjimatan tenaga dan perlindungan alam sekitar, peralatan elektrik kuasa tenaga baharu, peralatan teknologi aeroangkasa, peralatan transmisi kuasa dan teknologi kawalan serta pencetakan 3D, antara lain. Banyak produk akan turut membuat penampilan sulung di peringkat dunia di Ekspo.

Meliputi kawasan seluas 60,000m2, kawasan pameran peralatan pintar dan berkualiti tinggi akan menjadi tuan rumah kepada pempamer-pempamer dari lebih 60 syarikat korporat terkemuka, kebanyakannya dari Eropah, A.S. dan Jepun. Pempamer-pempamer melibatkan lapan daripada 10 syarikat perkakas mesin terkemuka dengan jualan terbaik dalam sektor tersebut, serta empat daripada lima syarikat perkakas memotong terkemuka yang mengungguli carta jualan. Lebih 10 peralatan perkakas mesin akan dipamerkan buat julung kalinya di China, Asia mahupun di seluruh dunia. Menurut statistik daripada Biro Import Eksport Antarabangsa China, pameran peralatan pintar dan berkualiti tinggi itu menerima perhatian meluas daripada para pembeli.

Firma-firma teknologi yang terkemuka di dunia turut bersedia untuk melancarkan produk-produk baharu di Ekspo ini. Sebagai contoh, Philips akan melancarkan produk baharu yang dikuasakan oleh teknologi komunikasi cahaya nampak. Teknologi ini dapat mencapai sambungan jalur lebar berkelajuan tinggi 30 megabait sesaat, yang bersamaan dengan menonton dua filem serentak sambil membuat panggilan video. Pada masa kini, teknologi ini telah digunakan di beberapa tempat di mana WIFI tidak dapat digunakan.

GF dari Switzerland akan memaparkan enam peralatan inovatif termasuk pusat pemesinan lima paksi berketepatan tinggi yang direka untuk menghasilkan komponen ketepatan dan cahaya laser femto saat yang dikuasakan oleh teknologi pemprosesan mikron.

Ekspo ini akan turut menganjurkan beberapa siri aktiviti berkaitan untuk pempamer dan pembeli termasuk forum ekonomi dan perdagangan, mesyuarat pemadanan perniagaan, seminar industri, pelancaran teknologi dan produk baharu, antara lain.

Latar Belakang Ekspo Import Antarabangsa China

Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE), dianjurkan oleh biro Ekspo Import Antarabangsa China dan National Exhibition and Convention Center (Shanghai) Co., Ltd, ditaja bersama-sama oleh Kementerian Perdagangan Republik Rakyat China dan Kerajaan Rakyat Perbandaran Shanghai. Ia merupakan pameran pertama seumpamanya yang disokong oleh organisasi-organisasi antarabangsa termasuk WTO, UNCTAD dan UNIDO.

Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.ciie.org/zbh/en/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181030/2283497-1

 

Source: China International Import Expo
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Internet Technology Telecommunications Trade show news Future Events