omniture

Honor Magic2 Rasmi Diperkenal di China

Honor
2018-11-03 02:29 1531

Dilengkapi dengan Paparan Muka-Penuh Magic Slide, pemproses Kirin 980 dan kamera enam lensa yang didayakan AI, Honor Magic2 yang dipertingkat sepenuhnya bakal teraju telefon pintar ke era baharu AI 3.0

BEIJING, 3 November 2018 / PRNewswire / - Honor Magic2, kejayaan kejuruteraan yang digabungkan dengan kepakaran teknologi Honor, secara rasminya diperkenalkan di Beijing hari ini. Dibangunkan atas kejayaan telefon pintar dikuasakan-AI sebenar yang pertama di dunia, Honor Magic yang dilancarkan pada tahun 2016, Honor Magic2 pastinya akan membawakan telefon pintar ke tahap yang baharu dengan pelbagai ciri teknologi futuristik – paparan muka-penuh Magic Slide pertama di dunia yang mencapai nisbah skrin-kepada-badan hampir 100%; pemproses khusus-AI Kirin 980 generasi akan datang memberikan kecerdasan dan kuasa pemprosesan AI yang lebih hebat; YOYO, pembantu maya yang berkuasa, menyediakan pendaya kehidupan pintar semua-dalam-satu yang memiliki keupayaan membaca minda dan pembelajaran mesin; dan susunan kamera enam lensa dikuasakan-AI menyampaikan pengalaman fotografi yang revolusioner.

Honor Magic2 was officially unveiled in China by George Zhao, President of Honor.
Honor Magic2 was officially unveiled in China by George Zhao, President of Honor.

Paparan Muka-Penuh Magic Slide Buka Ruang Baharu

Sebagai telefon pintar paparan muka-penuh Magic Slide pertama di dunia, Honor Magic2 merupakan model rekaan "Ultra-ringkas" yang memberikan pengalaman pengguna yang tiada tandingan dengan ciri paparan muka-penuh Magic Slide rintis 6.39-inci yang mencapai tahap tanpa notch yang sebenar.  Telefon pintar yang mempunyai nisbah skrin-kepada-badan hampir 100% dan menampilkan teknologi pengenalan cap jari dalam paparan optikal.  Setiap leretan-ke bawah membuka ruang kepada pengalaman visual yang menakjubkan.

Generasi Akan Datang AI Dikuasakan Pemproses Kirin 980

Mewakili peningkatan menyeluruh pada bahagian pintar, Honor Magic2 diberi kuasa oleh pemproses Kirin 980 khusus-AI, yang merupakan prosesor NPU dwi-teras pertama di dunia. Ini membolehkan kuasa pemprosesan AI-pengiraan berprestasi tinggi, yang menyediakan pengguna dengan pengalaman pengguna dipacu AI yang luar biasa.

Memperoleh 4,556 mata pada penilaian prestasi AInya, YOYO merupakan intipati sistem AI Honor Magic2, Magic UI. Dilengkapi dengan visi komputer, pemprosesan bahasa tabii, keupayaan pembelajaran mesin, serta sistem keputusan dan cadangan, YOYO ialahh pendaya kehidupan pintar semua-dalam-satu yang terus belajar dan berkembang dari semasa ke semasa. Keupayaan YOYO mengatasi pembantu suara maya biasa, dan boleh mengenal pasti, belajar, berfikir dan bertambah baik. YOYO selanjutnya mengubah interaksi manusia-AI untuk memberikan pengalaman pengguna yang tiada tandingan dan berdasarkan senario yang menjadikan Honor Magic2 telefon AI yang paling pintar yang tersedia di pasaran.

Foto Terunggul oleh Kamera Enam-lensa Dikuasakan AI

Digabungkan dengan kamera belakang tiga-lensa 24MP dan sudut ultra-lebar 17mm serta kamera hadapan tiga-lensa 16MP, Honor Magic2 menawarkan pengalaman fotografi yang revolusioner. Di samping menjalankan segmentasi imej untuk melaksanakan pengemasan foto secara automatik menerusi parameter penalaan halus dengan kamera belakang dikuasakan AI, kamera hadapan yang boleh ditarik keluar juga akan menggunakan ciri pengenalan wajah dan ciri-ciri pencahayaan muka 3D yang tinggi, menghasilkan swafoto artistik dengan kesan pencantikan dan bokeh yang hebat.

Honor Magic2
Honor Magic2

Honor Magic2 bukan sekadar kehebatan teknologi kejuruteraan, ia merupakan peranti futuristik yang pastinya meletakkan kami di hadapan para pesaing kami. Telefon ini akan memberikan pengguna pengalaman yang tiada tandingan, kerana YOYO, paparan muka-penuh Magic Slide, pemproses Kirin 980, teknologi penyebaran panas grafin, teknologi pengecasan super 40W yang diperakui oleh TÜV Rheinland, pengesan cahaya bionik 3D, dwi SIM dwi VoLTE pertama di dunia, GPS dwi-frekuensi pertama di dunia, dan kelajuan muat turun Wi-Fi 1.7 Gbps yang terunggul. Dilengkapi dengan pelbagai teknologi terkini dan peningkatan prestasi tinggi, Honor Magic2 pasti bakal menjadi telefon terbaik tahun ini dan ia bakal mencapai lebih banyak kejayaan dalam pasaran teknologi tinggi. Kemajuan berterusannya juga menunjukkan kemajuan yang signifikan untuk Honor ke arah matlamatnya untuk menjadi antara tiga jenama utama di dunia dalam tempoh 5 tahun.

Honor Magic2 akan tersedia di China untuk pra-tempahan dari sekarang hingga 5 November melalui Vmall, JD, Tmall, Suning, YHD dan GOME, pada harga runcit yang disyorkan bermula dari RMB 3,799. Jualan rasmi di China akan bermula dari 6 November.

Pada majlis malam ini, Honor juga melancarkan HONOR WATCH, jam tangan pintar istimewa yang pertama. Dilengkapi dengan skrin sentuh bulat AMOLED 1.2-inci dan tali dua sisi, HONOR WATCH merupakan salah satu jam tangan pintar paling nipis di pasaran. Dikuasakan oleh senibina dwi-cip set yang pertama dalam industri, jam tangan pintar ini boleh bertahan selama 7 hari dengan sekali cas dan menyokong fungsi seperti pemantauan kadar jantung masa nyata, navigasi persis dan penjejakan kesihatan. Pelancaran global alat ini dirancang untuk Januari 2019.

Latar Belakang Honor

Honor ialah e-jenama telefon pintar terkemuka. Seiring dengan slogannya "Untuk yang Berani", jenama ini dicipta bagi memenuhi keperluan pengguna natif digital menerusi produk-produk yang dioptimumkan dengan fungsi internet, yang menawarkan pengalaman pengguna yang unggul, mengilhamkan tindakan, memupuk daya kreativiti dan memperkasa golongan muda untuk mencapai impian mereka. Dengan berbuat demikian, Honor telah menjadikan dirinya unik dengan menonjolkan keberaniannya melakukan perkara dengan cara berbeza serta mengambil langkah yang diperlukan untuk mengalu-alukan kehadiran teknologi dan juga inovasi terkini untuk pelanggannya.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati Honor dalam talian di www.hihonor.com atau ikuti kami di: 
https://www.facebook.com/honorglobal/
 
https://twitter.com/Honorglobal 
https://www.instagram.com/honorglobal/ 
https://www.youtube.com/honorglobal

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181101/2286658-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181101/2286658-1-b

Source: Honor
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services