BANGKOK, 5 November 2018 / PRNewswire / - Forum Global Penempatan Manusia 2018 berjaya diadakan sebagai memperingati Hari Bandar-bandar Dunia 2018 antara 30-31 Oktober di Pusat Persidangan PBB, Bangkok. Bertemakan Peningkatan Inovasi Bandar untuk Mencapai SDG 11 dan Agenda Bandar Baharu (NUA), acara dua hari ini menarik lebih 400 peserta dari lebih 40 buah negara termasuk Encik Hongjoo Hahm, Pegawai Penjaga UNESCAP; Duta Besar Anwarul K. Chowdhury, Pengerusi GFHS, Mantan Setiausaha Agung PBB dan Wakil Tinggi; pegawai peringkat menteri dari Vanuatu, Thailand dan kerajaan lain; datuk-datuk bandar; pakar-pakar; dan para pemimpin perniagaan.
Wakil dari pelbagai sektor mengumumkan komitmen untuk menyokong bandar-bandar yang mampan dan berdaya tahan. Anugerah Bandar Lestari dan Penempatan Manusia (SCAHSA) telah disampaikan kepada 36 pemenang, termasuk Hua Hin, Thailand; Indore, India; Kalundborg Symbiosis, Denmark; Qingdao Sino-German Ecopark, China; dan Program Arcadis Shelter, antara lain. Para penerima anugerah telah memberi sumbangan besar kepada bandaraya dan penempatan manusia yang mampan.
Forum ini dianjurkan oleh Forum Global Penempatan Manusia dengan sokongan daripada Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Asia dan Pasifik, dengan bekerjasama Persatuan Satu Jalur Satu Jalan, Persekutuan Keamanan Sejagat dan organisasi yang berkaitan.
SDG 11 ialah hasil penting daripada proses penyetempatan semua 17 matlamat. Forum ini menegaskan potensi besar bandar-bandar untuk memupuk inovasi dan merealisasikan pertumbuhan hijau, dan pentingnya dasar dan strategi yang direka dengan baik untuk memaksimumkan faedah tindakan tempatan. Ia menggesa perkongsian menyeluruh, bekerjasama, pragmatik dan sama rata dengan memecah hierarki politik, ekonomi, sosial, jantina dan geografi.
Satu filem animasi IGMC 3-D, berdasarkan kehidupan keluarga bertiga SaSa dan diilhamkan oleh IGMC Standards 3.0, memberikan gambaran visual tentang pemandangan bandar hijau. Sesi latihan telah dijalankan untuk memudahkan penyepaduan IGMC Standards 3.0 ke dalam perancangan dan pembangunan bandar. Piawaian ini merupakan alat penilaian dan perancangan untuk pembangunan bandar yang lestari, menyediakan cara-cara teknikal dan kaedah penilaian untuk melaksanakan SDG dan NUA di peringkat tempatan.
Forum ini berakhir dengan produktif menerusi penentuan hala tuju ke hadapan dan menggesa peningkatan penyetempatan SDG dan mencapai peralihan kepada pertumbuhan hijau melalui pembangunan ekonomi kitaran, meningkatkan pembiayaan untuk infrastruktur bandar lestari, menguruskan air bandar secara lestari, menggunakan teknologi inovatif untuk pintar bandar, membina perkongsian yang lebih baik dan mewujudkan bandar-bandar model hijau antarabangsa.