SHANGHAI, 6 November 2018 /PRNewswire/ -- Siri dokumentari akses penuh Discovery Channels "How China Works II" yang dihoskan oleh arkitek terkenal dunia Danny Forster telah diterbitkan. Semasa siri tiga bahagian ini, beliau mendapat akses yang tidak pernah diperolehi terhadap fungsi dalaman bandar terbesar China, Shanghai.
Untuk siaran penuh multimedia, sila klik di sini: https://www.prnasia.com/mnr/discovery_201810.shtml
Antologi baharu ini benar-benar berkisarkan kerja dan kehidupan usahawan, saintis, pegawai dan orang biasa Cina, memberikan penonton pandangan panorama masyarakat Cina dan pada masa yang sama menyampaikan pencapaian dan rancangan pembangunan China moden yang unik.
"Cara Hidup Baharu"
Semasa episod pertama, penonton disajikan dengan hidangan visual program penciptaan budaya baharu Shanghai, dengan orang muda yang mempamerkan bakat mereka menerusi penstriman langsung dalam talian dan permainan video. Penonton juga boleh menantikan persembahan Danny dalam drama baharu Tomb Notes, yang bermula sebagai novel dalam talian yang popular, dan lawatan ke restoran Mexico baharu yang inovatif, yang menonjolkan bagaiaman perkembangan ekonomi dan teknologi yang berterusan membawa kesejahteraan budaya ke bandar ini.
"Dunia Rangkaian"
Episod kedua memberi tumpuan kepada pencapaian Shanghai dalam bidang inovasi sains dan teknologi, dengan Danny mengusahakan komersial VR sambil menyelidiki selok-belok teknologi baharu ini. Mereka yang takutkan ketinggian berhati-hatilah! Danny membawa penonton menaiki rollercoaster realiti maya 360 darjah yang pertama di bandar ini, melayang-layang di atas latar langit bandar yang terkenal dan merakamkan aplikasi avant-garde teknologi baharu yang dinamik ini ketika beraksi.
"Kuasa Perancangan"
Episod akhir ini menampilkan semangat komuniti Shanghai yang unik, di mana semua unsur bandar berhimpun untuk meningkatkan dan menyokong pembangunan bandar melalui perundingan dan perancangan. Taman teknologi tinggi Shanghai Zhangjiang yang futuristik dan Makmal Synchrotron Light Source yang canggihnya disediakan sebagai contoh tindakan pemikiran masa depan pihak berkuasa bandar.
How China Works II dibangunkan dengan sokongan dari Pejabat Berita Shanghai bersama-sama Discovery Asia-Pacific TV Network, China Intercontinental Communication Centre dan China State Council Information Office. Program yang pertama kali disiarkan di Australia dan New Zealand pada 29 September ini akan disiarkan di bahasa Korea, Thai, Hindi, Telugu, Bahasa Melayu, Vietnam, Kantonis, Inggeris, Tamil, Bengali, dan bahasa tempatan dan serantau tambahan.
Untuk butiran siri baharu ini dan waktu siaran tempatan, sila lawati:
https://www.facebook.com/DiscoverySEAsia/
https://www.facebook.com/DiscoveryChannelAU/
https://www.facebook.com/DiscoveryChannelIndiaOfficial/
Perhubungan Media
Jennie Zhang
Jennie_zhang@discovery.com
Video - https://cdn4.prnasia.com/002071/mnr/201810/discovery/video.mp4
Video - https://cdn4.prnasia.com/002071/mnr/201810/discovery/video1.mp4
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181101/2286702-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181101/2286702-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181101/2286702-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181101/2286702-1-d