omniture

Sidang kemuncak pemimpin perniagaan GBA pertama bangunkan platform pertukaran untuk usahawan Cina luar negara berada dalam negara

Shenzhen Overseas Chinese International Association(SOCIA)
2018-11-08 13:16 430

SHENZHEN, China, 8 November 2018 /PRNewswire/ -- Dianjurkan bersama-sama Shenzhen Overseas Chinese International Association (SOCIA), Friends of Hong Kong Association dan Macao-Shenzhen Economic and Cultural Promotion Association, Sidang Kemuncak Kerjasama Cina Luar Negara Kawasan Teluk Lebih Besar (GBA) Guangdong-Hong Kong-Macau pertama dan majlis perasmian Jawatankuasa Penyeliaan SOCIA ketujuh diadakan di Shenzhen pada 3 November 2018, dengan tujuan untuk membangunkan platform pertukaran kepada usahawan-usahawan Cina luar negara di dalam dan sekitar GBA. Kehadiran usahawan-usahawan Cina luar negara dengan aset tergabung hampir mencecah 10 trilion yuan (kira-kira US$1.4 trilion) memberi kepentingan mendalam dan praktikal dalam usaha membawa pertumbuhan GBA ke tahap baharu memandangkan mereka akan menyumbang modal, teknologi, bakat, hubungan sosial, perspektif antarabangsa dan konsep pengurusan moden kepada kawasan berkenaan. Organisasi-organisasi Cina luar negara dari kedua-dua kawasan pentadbiran khas Hong Kong dan Macau selain sembilan bandar tanah besar Cina, Guangzhou, Shenzhen, Zhuhai, Foshan, Zhongshan, Dongguan, Huizhou, Jiangmen dan Zhaoqing, berhimpun buat julung kalinya untuk mengambil bahagian dalam majlis pelancaran tersebut bagi mempromosi kerjasama dalam kalangan usahawan Cina luar negara yang berada di dalam negara. Upacara tersebut menandakan permulaan bagi beberapa kolaborasi antara para usahawan berkenaan.

The first GBA Overseas Chinese Cooperation Summit held with the aim of building an exchange platform for overseas Chinese entrepreneurs located in the area
The first GBA Overseas Chinese Cooperation Summit held with the aim of building an exchange platform for overseas Chinese entrepreneurs located in the area

GBA ialah satu komuniti bandar bertaraf dunia yang dibangunkan oleh kerajaan Cina, satu kawasan yang dapat memainkan peranan kepimpinan dalam persaingan ekonomi global serta salah satu daripada empat kawasan bandar terbesar yang mengelilingi teluk atau kawasan air serupa, sama seperti kawasan di sekitar New York Harbor, San Francisco Bay dan Tokyo Bay. Komuniti bandar berkeluasan 56,000 kilometer persegi yang terdiri daripada dua kawasan pentadbiran khas China dan sembilan bandar tanah besar Cina yang disebutkan di atas merupakan penempatan kepada seramai 66 juta penduduk. GBA kini menduduki tempat ke-11 di seluruh dunia dari segi KDNK, setanding dengan Korea Selatan dan merupakan salah satu kawasan ekonomi yang paling dinamik di China.

Majlis perasmian Jawatankuasa Penyeliaan SOCIA ketujuh berjaya menghimpunkan presidium kehormat baharu yang terdiri daripada hampir 100 ahli daripada Persidangan Perunding Politik Rakyat Cina (CPPCC), selain usahawan-usahawan ternama termasuk pengerusi Heung Kong Group Chi Keung Lau, pengerusi Shimao Group Xu Rongmao, pengerusi Country Garden Holdings Yeung Kwok Kwong, pengasas Vanke Wang Shi dan pengerusi Suning Commerce Group Zhang Jindong. Anggota CPPCC dan presiden Heung Kong Group Mei Hing Chak secara rasminya mengambil alih jawatan presiden SOCIA, individu ketujuh yang berbuat demikian.

"Usahawan-usahawan Cina luar negara yang mengambil bahagian sepenuhnya dalam pembinaan GBA akan memanfaatkan platform pertukaran ini bagi mengukuhkan jalinan kerjasama dengan satu sama lain dalam banyak aspek," kata Cik Mei Hing Chak di sidang kemuncak tersebut. "Mereka turut merancang untuk melaksanakan strategi-strategi jenama inovatif mereka dengan menyasarkan syarikat-syarikat teknologi tinggi yang cemerlang dan dengan memanfaatkan kelebihan mereka dalam sumber, pengalaman dan hubungan sosial, demi menyumbang kepada pembangunan ekonomi bersepadu GBA serta memberi sokongan intelektual kepada reformasi mendalam dan dasar buka pintu negara berkenaan."

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181106/2290863-1

Source: Shenzhen Overseas Chinese International Association(SOCIA)
Keywords: Banking/Financial Service Contracts Trade show news