omniture

Chemours Keluarkan Laporan Komitmen Tanggungjawab Korporat Tahunan Pertama

Syarikat Sertai Inisiatif Global Compact Bangsa-Bangsa Bersatu
The Chemours Company
2018-11-08 16:18 473

WILMINGTON, Delaware, 8 November 2018 /PRNewswire/ -- The Chemours Company (Chemours) (NYSE: CC), sebuah syarikat kimia global dengan kedudukan pasaran utama dalam teknologi titanium, produk fluoro dan larutan kimia, mengumumkan bahawa ia mengeluarkan Laporan Komitmen Tanggungjawab Korporat (CRC) pertamanya. Laporan berkenaan menyatakan komitmen tanggungjawab korporat Chemours, satu lanjutan daripada strategi pertumbuhan syarikat, dengan sepuluh matlamat bercita-cita tinggi disasarkan untuk dicapai menjelang tahun 2030. Matlamat-matlamat ini mencakupi lapan aspek: kecemerlangan keselamatan, masyarakat berkualiti, kakitangan diperkasa, iklim, kualiti air, sisa, tawaran mampan dan rantaian bekalan mampan.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial ini, Chemours telah menyertai Global Compact Bangsa-Bangsa Bersatu, iaitu pakatan kewarganegaraan dan kemampanan korporat sukarela yang terbesar di dunia. Kini, Chemours ialah salah satu daripada 8,000 syarikat yang mengambil bahagian yang berikrar untuk beroperasi secara bertanggungjawab dan sejajar dengan prinsip-prinsip kelestarian yang diterima secara sejagat, untuk mengambil tindakan yang menyokong pembaikan masyarakat, untuk terlibat secara setempat di lokasi syarikat beroperasi dan untuk melaporkan usaha-usaha berterusan yang dijalankan oleh Chemours setiap tahun.

"Chemours ialah sebuah syarikat dipacu prestasi, berdedikasi untuk menjadikan kimia bertanggungjawab sebagaimana ia penting kepada kehidupan harian," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Chemours Mark Vergnano.

"Kami telahpun mengambil langkah-langkah bermakna ke arah mencapai matlamat 2030 kami dan akan melapor kemajuan kami dalam setiap langkah perjalanan kami. Kami komited sepenuhnya untuk menjadi sebuah syarikat kimia kategori baharu demi dunia yang menuntut lebih lagi."

Laporan CRC penuh sedia untuk dimuat turun di chemours.com.

Menurut Paul Kirsch, presiden perniagaan Produk Fluoro Chemours dan penaja eksekutif inisiatif ini: "Laporan kami merupakan satu lagi demonstrasi bahawa bagi Chemours, tanggungjawab sosial bukanlah satu pilihan, ia semata-mata usaha melakukan perkara yang betul. Ia menunjukkan siapa kami dan bagaimana kami beroperasi."

Latar Belakang The Chemours Company

The Chemours Company (NYSE: CC) membantu mencipta dunia yang berwarna warni, berkeupayaan dan lebih bersih melalui kuasa kimia. Chemours ialah peneraju global bagi teknologi titanium, produk fluoro dan larutan kimia, menyediakan pelanggannya dengan penyelesaian dalam pelbagai industri menerusi produk tentuan pasaran, kepakaran aplikasi dan inovasi berasaskan kimia. Bahan-bahan Chemours terdapat dalam plastik dan pelapis, penyejukan dan penyamanan udara, perlombongan dan pembuatan perindustrian am. Produk-produk unggulan kami termasuk jenama-jenama terkenal seperti Teflon(TM), Ti-Pure(TM), Krytox(TM), Viton(TM), Opteon(TM), Freon(TM) dan Nafion(TM). Chemours mempunyai kira-kira 7,000 kakitangan dan 26 tapak pengilangan yang menawarkan perkhidmatan kepada kira-kira 4,000 pelanggan di Amerika Utara, Amerika Latin, Asia Pasifik dan Eropah. Ibu pejabat Chemours terletak di Wilmington, Delaware dan tersenarai dalam NYSE dengan simbol CC. Untuk maklumat lanjut sila layari chemours.com, atau ikuti kami di Twitter @Chemours, atau LinkedIn 

Latar Belakang Global Compact Bangsa-Bangsa Bersatu

Global Compact Bangsa-Bangsa Bersatu ialah satu gesaan kepada syarikat-syarikat di mana-mana jua untuk menyelaraskan operasi dan strategi mereka dengan sepuluh prinsip yang diterima secara sejagat dalam aspek hak asasi manusia, tenaga buruh, alam sekitar dan antirasuah serta untuk mengambil tindakan sebagai sokongan kepada matlamat-matlamat PBB dan isu-isu yang dirangkumkan dalam Matlamat Pembangunan Lestari. Global Compact PBB ialah satu platform kepimpinan untuk pembangunan, pelaksanaan dan pendedahan tentang amalan korporat yang bertanggungjawab. Dilancarkan pada tahun 2000, ia merupakan inisiatif kemampanan korporat yang terbesar di dunia, dengan lebih 9,500 syarikat dan 3,000 penandatanganan bukan perniagaan yang berpangkalan di lebih 160 negara selain hampir 70 Rangkaian Tempatan. Untuk maklumat lanjut, ikuti @globalcompact di media sosial. Sertai perbualan bersama kami di media sosial dengan menggunakan tagar #SDGpioneers.

HUBUNGI:

MEDIA BERITA
Alvenia Scarborough
Pengarah Kanan Komunikasi Korporat dan Pemasaran Jenama
+1.302.773.4507 
media@chemours.com  

PELABUR-PELABUR
Jonathan Lock
Naib Presiden, Pembangunan Korporat dan Hubungan Pelabur
+1.302.773.2263 
investor@chemours.com

Source: The Chemours Company
Keywords: Chemical