SINGAPURA, 9 November 2018 /PRNewswire/ -- dataxu, penyedia terkemuka bagi perisian pemasaran programatik untuk ahli-ahli profesional pemasaran dan media, hari ini mengumumkan ia telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) dengan SK Broadband, pengendali utama di Korea Selatan bagi perkhidmatan IPTV Btv, perkhidmatan OTT Oksusu dan perkhidmatan Perdagangan TV SK Stoa. Menerusi perjanjian ini, SK Broadband kini berpeluang untuk memanfaatkan tawaran daripada TotalTV™ dataxu, yang merevolusikan cara kempen-kempen TV dirancang dan dilaksanakan dengan mendayakan penyasaran pada tahap isi rumah, pada waktu nyata, kesemuanya melalui DSP layan diri dataxu, Touchpoint™.
Kini, ahli-ahli profesional pemasaran global boleh membeli segmen audiens termaju berasaskan setiap isi rumah, dikuasakan oleh pandangan tiada tandingan SK terhadap pengguna Korea, yang menonton perkhidmatan premium Btv dan perkhidmatan VOD dan Live Linear dengan ciri jenama-selamat pada kotak atas set SK Broadband.
Perkhidmatan ini kini beroperasi dan tersedia untuk ahli-ahli profesional pemasaran untuk membeli melalui TouchPoint, yang mana baru-baru ini terpilih sebagai "Teknologi Keseluruhan Terbaik untuk Perdagangan Programatik" di The Drum Digital Trading Awards buat tahun kedua berturut-turut.
Dalam skop MOU merupakan inovasi bersama yang berterusan: dataxu akan membangunkan produk-produk TV Termaju tambahan dengan kerjasama SK untuk pasaran Korea dan Asia yang lebih luas.
"Ia merupakan pasaran yang amat kompetitif dan di SK, kami sentiasa mengenal pasti dan melaksanakan idea serta teknologi yang membantu kami memberi pengalaman sebaik mungkin kepada penonton dan juga pengiklan," kata Shane Park, Naib Presiden Kanan Pengiklanan di SK Stoa. "Permintaan terhadap TV Tersambung semakin meningkat di seluruh Asia dan perkongsian kami bersama dataxu menjadikan kedudukan kami ideal untuk memaksimumkan peluang-peluang yang dibawakan oleh segmen yang dinamik dan semakin berkembang ini."
"Rekod prestasi cemerlang dataxu bersama para pengendali TV di seluruh dunia menjadikannya wajar untuk berkolaborasi bersama demi membawakan produk iklan yang inovatif dan dipacu audiens ke pasaran," sambung Park.
"Tabiat menonton pengguna telah berubah ke tahap yang hampir sukar dikenal pasti, dan tiada tempat lain di mana keadaan ini adalah lebih jelas berbanding di Korea Selatan," kata James Sampson, Naib Presiden & Pengurus Besar, APAC, di dataxu. "Masa depan TV telah tiba dan kami teruja untuk bekerjasama dengan pemimpin seperti SK Broadband dalam usaha menakrifkan bagaimana bentuk masa depan di Asia dan di seluruh dunia. Hari ini, pengiklan-pengiklan mencari inventori TV berkualiti tinggi yang luas dengan capaian 1:1 dan analitik media digital. Bersama-sama SK Broadband kami akan menunaikan janji tersebut."
Penawaran TotalTV dataxu merupakan yang pertama seumpamanya yang mendayakan pembelian TV termaju dan penyasaran audiens untuk para pengiklan dan agensi mereka, selain penjual media seperti SK Broadband. Dengan TotalTV untuk Pengiklan, dataxu telah memperkenalkan penyelesaian perancangan dan pembelian seragam untuk agensi-agensi dan jenama-jenama melabur merentas TV linear, terhubung dan tersambung. Apabila penyiar, pengaturcara dan pengedar media menggunakan TotalTV untuk Syarikat-syarikat Media, mereka memahami, berhubung dan menjana keuntungan daripada audiens menerusi peranti-peranti pada tahap pengguna individu, meningkatkan hasil untuk pemilik media, meningkatkan kecekapan untuk pengiklan dan mengurangkan beban iklan untuk para penonton.
Latar Belakang dataxu
dataxu® membantu ahli-ahli profesional pemasaran & media menggunakan data untuk meningkatkan pengiklanan mereka. Perisian kami memperkasakan anda untuk berhubung dengan individu sebenar dalam semua saluran, termasuk TV, menggamit perhatian pengguna apabila dan ketika ia paling penting. Dengan 11 pejabat di seluruh dunia, kami bersedia membantu memperkasakan perniagaan anda untuk maju ke hadapan. Ketahui apa yang anda + perisian kami dapat lakukan di www.dataxu.com.
Hubungan Media
Cherie Loh / Stephanie Ang
RICE Communications untuk dataxu
E: dataxu@ricecomms.com
T: +65 3157 5684 / +65 3157 5662
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181108/2293924-1LOGO