omniture

Pemain Tenis Legenda Stefanie Graf Kembali ke Zhuhai

Organizing Committee of 2018 WTA Elite Trophy Zhuhai
2018-11-10 00:35 1558

Stefanie dan Wang Qiang tonjol kemahiran bermain tenis mereka di tarmak

ZHUHAI, China, 10 November 2018 /PRNewswire/ -- Keputusan akhir bagi Hengqin Life WTA Elite Trophy Zhuhai 2018 diumumkan pada petang 4 November lalu. Ashleigh Barty dari Australia mengalahkan Wang Qiang dari China dengan mata 2-0 dan memenangi kejohanan bagi kategori wanita perseorangan. Pada hari sebelum perlawanan peringkat akhir, duta global kejohanan dan pemain tenis legenda Stefanie Graf mengunjungi Zhuhai buat tahun ketiga berturut-turut, menambah seri kepada acara ini.

Steffi Graf, Elise Mertens and Wang Qiang visit the China Aviation Industry General Aircraft Zhuhai General Aviation R&D and Manufacturing Base (Source: VCG)
Steffi Graf, Elise Mertens and Wang Qiang visit the China Aviation Industry General Aircraft Zhuhai General Aviation R&D and Manufacturing Base (Source: VCG)

Pada sebelah pagi 3 November, Graf, bersama-sama pemain tenis wanita berkedudukan teratas China Wang Qiang serta pemain dari Belgium Elise Mertens, menonjolkan kemahiran mereka terhadap sukan ini menerusi persembahan luar biasa dan menginspirasikan di landasan terbang Pangkalan R&D dan Pembuatan ("Pangkalan") China Aviation Industry General Aircraft Zhuhai General Aviation. Semasa acara ini, Graf, bersama-sama Wang Qiang sebagai pasangan pasukan regu beliau, memenangi perlawanan tenis mini dengan mata 7-3. Selepas perlawanan, Stefanie terlibat dalam perbincangan bersama pasukan R&D dan pembuatan pesawat amfibia AG600 "Kun Long". Meskipun mereka datang daripada lapangan berbeza, pertukaran antara disiplin melibatkan tenis ini terbukti menarik. Eksekutif-eksekutif daripada Huafa Group, selaku penganjur acara dan Pangkalan tersebut berbual dengan pasukan R&D dan pembuatan. Graf dan pasukan tersebut turut bertukar-tukar hadiah comel dan menyatakan perasaan saling mengagumi antara satu sama lain.

Pertunjukan tenis ini diadakan bersama AG600 "Kun Long", pesawat awam tujuan khas berskala luas yang terkini milik China, yang melatarinya. Semasa acara berkenaan berlangsung, Graf menghayunkan raket tenis beliau dengan anggun dan yakin, yang mana bersama-sama AG600 "Kun Long" yang hebat, menghasilkan tablo yang ekspresif. Pada ketika ini, para penonton disajikan dengan gambaran visual bagaimana keanggunan yang dikaitkan dengan sukan tenis dan pencapaian hebat teknologi penerbangan yang saling melengkapi antara satu sama lain.

Ini merupakan kali ketiga Graf berkunjung ke China sebagai duta global untuk Hengqin Life WTA Elite Trophy Zhuhai. Pada tahun 2016, Graf muncul di Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macau, mercu tanda di Zhuhai yang mendapat jolokan sebagai "keajaiban dunia". Berpakaian indah berwarna putih, beliau merupakan lambang keanggunan, yang mengingatkan para peminat beliau betapa tenis ialah sukan yang dicirikan oleh keanggunan dan keindahan pergerakan tatkala pemain-pemain bergerak di sekitar gelanggang tenis. Tahun lalu, Graf, bersama-sama Pavlyuchenkova, wakil pemain-pemain kejohanan, mengunjungi Menara Zhuhai, bangunan tertinggi di wilayah Zhuhai-Macau, menyediakan para peminat di seluruh dunia dengan acara tenis yang unik pada ketinggian 300 meter. Acara tersebut turut menonjolkan dedikasi Huafa Group dan Hengqin Life WTA Elite Trophy Zhuhai terhadap perkembangan tenis Cina. Sepanjang tiga tahun lalu, keanggunan Graf di gelanggang dan kemahiran menguasai permainan tenis, yang berlatarbelakangkan lautan biru dan langit kebiru-biruan Zhuhai, telah menghasilkan tablo yang ekspresif dan klasik. Graf menjadikan bandar Zhuhai dan tarikan romantisnya terkenal di seluruh dunia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181105/2289323-1-a

 

Source: Organizing Committee of 2018 WTA Elite Trophy Zhuhai
Keywords: Airlines/Aviation Sporting Events Sports Travel