SHENZHEN, China, 10 November 2018 /PRNewswire/ -- Hari ini, Huawei mengumumkan bahawa Gartner meletakkan syarikat sebagai Pencabar dalam Magic Quadrant pertama Gartner untuk Infrastruktur Pinggir WAN.
Berhubung bahagian pasaran dan pengaruh industri global, penganalisis-penganalisis Gartner memilih 20 vendor dalam bidang infrastruktur Pinggir WAN. Mereka menilai vendor-vendor ini dari segi 'Kesempurnaan Visi' dan 'Keupayaan Melaksana'. Kedudukan Huawei sebagai Pencabar sewaktu penilaian Magic Quadrant pertama, yang merupakan persaingan yang agak sengit, adalah lantaran pertumbuhan berterusan dan pesat bahagian pasaran infrastruktur pinggir WAN globalnya serta Penyelesaian dan produk-produk SD-WAN yang utama.
"Kami berbesar hati kerana Huawei dipilih sebagai Pencabar dalam Magic Quadrant pertama Gartner untuk infrastruktur Pinggir WAN," kata Zhong Kaisheng, Presiden Huawei Switch & Enterprise Gateway Product Line. "Kami percaya bahawa ini merupakan pengiktirafan terhadap Penyelesaian SD-WAN Huawei dan bukti strategi pasaran jangka panjang dan prestasi kami dalam menyediakan pelanggan dengan jaringan saling hubungan perusahaan yang ringkas, pintar dan terbuka. Banyak pembawa global, perusahaan dan pelanggan MSP, seperti SoftBank Group Jepun, Broadnet Norway dan Ping An Group China serta Fnetlink memilih Penyelesaian SD-WAN kami."
Zhong Kaisheng menyambung, "Penyelesaian SD-WAN Huawei mempercepatkan penyediaan perkhidmatan melalui penggunaan automatik dalam seluruh proses, menjamin pengalaman perkhidmatan awan optimum melalui pengoptimuman aplikasi pintar dan mengurangkan kesukaran O&M dengan memanfaatkan teknologi O&M pintar berasaskan AI. Ini membantu perusahaan-perusahaan mencapai saling hubungan berbilang cabang kepada berbilang awan atas permintaan serta membangunkan jaringan saling hubungan yang dipacu hasrat. Kami melancarkan perkhidmatan SD-WAN kami di HUAWEI CONNECT 2018, agar perusahaan-perusahaan dapat memperoleh dengan pantas dan mudah keupayaan perkhidmatan perangkaian SD-WAN sama seperti mereka membeli perkhidmatan awan."
Peralihan ke awan perkhidmatan perusahaan memerlukan jaringan saling hubungan cabang yang inovatif dan infrastruktur pinggir WAN. Kini, Huawei menerajui pembangunan dalam industri SD-WAN dan membantu pelanggan-pelanggan perusahaan mencapai kejayaan perniagaan. Huawei menyediakan pelanggan dengan pilihan fungsi pinggir WAN yang luas, termasuk penghalaan, SD-WAN dan Tembok Api Generasi Seterusnya (NGFW). Kesemua fungsi ini boleh beroperasi melalui platform-platform pengkomputeran maya vCPE sebagai tika perisian. Fungsi-fungsi ini dapat dikawal secara berpusat dengan Pengawal Tangkas Huawei, yang mendayakan penyediaan perkhidmatan automatik, pengaturan rantaian perkhidmatan anjal dan O&M pintar. Selain itu, Huawei menawarkan rangkaian penuh penghala siri AR dan peranti perkakasan NGFW. Ini dapat memudahkan perebakan peranti pinggir WAN, meningkatkan ketangkasan operasi dan menyediakan kecekapan kos. Selain itu, Penyelesaian SD-WAN Huawei mempunyai keupayaan terbukti dalam menyokong penggunaan WAN yang luas, mencakupi lebih 1,000 tapak.
Tawaran pinggir WAN utama Huawei, iaitu penghala siri AR generasi seterusnya, menyediakan portfolio perisian dan perkakasan mendalam termasuk platform perisian, perkakasan dan pengkomputeran maya serta menampilkan pelbagai antara muka terluas dalam industri, termasuk T1/E1 legasi dan LTE terbenam. Di HUAWEI CONNECT 2018, Huawei memperkenalkan penghala SD-WAN generasi seterusnya yang disediakan menerusi 16 model. Penghala ini menggunakan platform seragam dan perkhidmatan cabang ekstensif bertumpu, termasuk SD-WAN, penghalaan, suara, tembok api dan Wi-Fi bagi memudahkan penggunaan perkhidmatan. Memanfaatkan enjin pencepatan perkakasan yang unik, ia dapat menggandakan purata prestasi penghantaran berbanding industri. Selain itu, mereka melaksanakan "tiga kepintaran", iaitu pengenalpastian aplikasi pintar, pengemudian trafik pintar berasaskan aplikasi dan pencepatan aplikasi pintar, bagi memudahkan saling hubungan awan-dan-rangkaian untuk perusahaan-perusahaan.
Memanfaatkan kelebihan berbezanya yang dibangunkan melalui inovasi berteknologi, Huawei mengekalkan momentum pertumbuhan yang kukuh dalam pasaran infrastruktur pinggir WAN. Setakat ini, penghala siri AR Huawei telahpun menawarkan perkhidmatan kepada lebih 20,000 pelanggan perusahaan dalam sektor-sektor seperti kerajaan, kewangan, kuasa elektrik, pengangkutan dan pembuatan.
Untuk maklumat lanjut tentang Penyelesaian dan produk-produk SD-WAN Huawei, sila layari: https://e.huawei.com/en/solutions/business-needs/enterprise-network/sd-wan.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181108/2294122-1