omniture

Templestay Jadi Salah Satu Program Jelajah Paling Hangat di kalangan Pengembara

Cultural Corps of Korean Buddhism
2018-11-21 13:30 1255

SEOUL, Korea Selatan, 21 November 2018 /PRNewswire/ -- Ketika mengunjungi Korea, para pengembara berpeluang untuk mengambil bahagian dalam Templestay, program yang dimulakan oleh Cultural Corps of Korean Buddhism, bagi mengalami kehidupan di tokong penganut agama Buddha, di mana alam semula jadi dan kehidupan manusia wujud bersama.

Walking Meditation at Sinhungsa(Temple in Sokcho)
Walking Meditation at Sinhungsa(Temple in Sokcho)

 

Chamseon at Geumseonsa(Temple in Seoul)
Chamseon at Geumseonsa(Temple in Seoul)

Untuk melihat siaran multimedia penuh, sila klik: https://www.multivu.com/players/English/8448751-korean-buddhism-templestay-tour/

Tokong-tokong ini ialah tempat di mana sami-sami agama Buddha mengamalkan pertapaan mereka, meneruskan sejarah dan tradisi Buddhisme Korea selama 1,700 tahun. Akses awam ke tokong-tokong telah dihadkan sebelum Templestay dibuka kepada pengunjung-pengunjung antarabangsa dalam usaha untuk mempromosi aktiviti-aktiviti kebudayaan tradisional dalam Piala Dunia 2002. Kini, terdapat sekitar 130 tokong yang menyediakan program Templestay, antaranya 26 tokong yang menawarkan program tersebut dalam bahasa Inggeris agar pengunjung bukan warga Korea dapat mengambil bahagian dalam Templestay tanpa sebarang kesukaran.

Sebagai Tujuh 'Sansa' kuil atau tokong Buddha yang terletak di merata tempat tinggi di Gunung Korea iaitu di Daeheungsa, Magoksa, Beopjusa, Bongjeongsa, Buseoksa, Seonamsa, Tongdosa telah tersenarai sebagai tapak warisan dunia UNESCO pada tahun 2018, budaya penganut agama Buddha Korea menerima banyak perhatian dari seluruh dunia. Templestay ialah satu-satunya cara untuk memperoleh pengalaman sebenar tentang budaya-budaya tradisional melibatkan amalan bertapa para sami dan persekitaran alam semula jadi selain aset-aset kebudayaan dengan sejarah yang panjang.

Peserta-peserta dalam program Templestay berpeluang mengalami Yebul (upacara penganut agama Buddha), Chamseon (meditasi Seon) dan 108 bae (108 sujud), serta dapat mempelajari cara membuat tanglung teratai dan tasbih penganut agama Buddha serta menikmati mandala garam (lukisan garam). Mereka memberi peluang kepada peserta-peserta untuk berfikir tentang asal usul semua hidupan.

Templestay turut memberi peluang kepada para peserta untuk mencuba makanan Tokong. Makanan tokong merujuk kepada diet yang sihat tanpa menggunakan sebarang produk haiwan atau bahan-bahan tertentu seperti lima rempah pungen (bawang putih, daun bawang, kucai, bawang besar dan lik), sebaliknya memasukkan bahan-bahan makanan semula jadi dalam musim itu. Ia diiktiraf di seluruh dunia setelah ditampilkan dalam dokumentari Netflix 'Chef's Table'. Makanan tokong bermakna satu lagi cara untuk mengamalkan pertapaan seseorang dan menyedari kepentingan semua makhluk.

Buat warga asing yang mencari peluang untuk mengalami Templestay, terdapat acara istimewa 'Minggu Templestay untuk Warga Asing' diadakan mulai 5-30 November 2018. Semasa acara ini, 39 tokong di seluruh Korea menawarkan program Templestay pada harga diskaun. (Program satu hari berharga 10,000won / Program penginapan semalaman berharga 20,000won)

Sebelum membuat tempahan, sila semak program di setiap wilayah dan tokong melalui Laman Sesawang Templestay.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181114/2299848-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181114/2299848-1-b

Source: Cultural Corps of Korean Buddhism
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Travel New products/services