omniture

CropIn Kumpul $8 Juta Daripada Chiratae Ventures & Pelabur-pelabur Lain Percepat Visi Global 'Maksimumkan Nilai Setiap Ekar'

CropIn Technology
2018-11-22 10:50 1442

BENGALURU, India, 22 November 2018/PRNewswire/ --

CropIn Technology Solutions Pvt. Ltd., sebuah syarikat baharu teknologi pertanian, telah mengumpul sebanyak INR 58 kror ($8 juta) dalam pusingan pembiayaan Siri B daripada Chiratae Ventures (dahulunya IDG Ventures India) dan Bill & Melinda Gates Foundation Strategic Investment Fund (London dan Seattle). Pembiayaan ini akan meluaskan platform teknologi 'SmartFarm' CropIn di India dan seluruh dunia untuk meluaskan capaiannya bermula dengan 3 juta ekar melibatkan 2 juta orang petani kepada lebih 10 juta ekar yang aktif dipantau oleh 7 juta orang petani. Menerusi kemasukan modal ini dan set data yang semakin beraneka, Syarikat akan terus membangunkan platform 'SmartRisk' berasaskan pembelajaran mesinnya bagi mencapai tahap pengesanan tanaman dan ramalan hasil tahap plot yang belum pernah terjadi sebelum ini.

generated by system

Beribu pejabat di Bengaluru menerusi lebih 180 pelanggannya di 29 negara, CropIn membolehkan perniagaan dalam ekosistem pertanian mengguna pakai pendekatan dipacu data melalui platform teknologi tanah-ke-awan miliknya. Seterusnya, ia dapat memperkasa perniagaan tani untuk menjadi 'lebih produktif' dan mendorong inisiatif-inisiatif melalui Pendigitalan, Kebolehkesanan, Kebolehramalan, Kemampanan dan Pematuhan. Portfolio pelanggan CropIn melibatkan banyak perniagaan tani global besar, bank, badan kerajaan dan agensi pembangunan. Melalui platform produknya, CropIn dapat menampung pasaran global dengan perkhidmatan pertanian berasaskan digital yang dianggarkan mencecah $4.5 bilion menjelang tahun 2020.

Produk awal syarikat, SmartFarm, ialah aplikasi mudah alih dan antara muka web yang sangat boleh disesuaikan untuk pengurusan ladang yang digunakan oleh ejen-ejen lapangan sendiri perniagaan tani yang mendayakan pengurusan ladang tahap plot perniagaan-kepada-perniagaan-kepada-petani. Memandangkan data dikumpul dan diaturkan oleh kakitangan perniagaan tani yang aktif pada tahap plot dan disemak untuk sebarang ketidakselarasan oleh CropIn, terdapat keyakinan yang tinggi bahawa maklumat ini memperlihatkan perkara yang berlaku di ladang yang ditunjukkan oleh data 'kesahihan di bumi' dengan tepat. Kemudian, CropIn menggunakan data ini untuk meningkatkan kebolehkesanan dan pemantauan untuk pelanggan-pelanggan perniagaan taninya melalui pelbagai tawaran perisian-sebagai-satu-perkhidmatan (SaaS).

"Untuk memberi makan kepada 9.7 bilion penduduk di dunia menjelang tahun 2050, kecekapan pertanian perlu meningkat sebanyak 35% - 70% dan teknologi merupakan kuncinya. Kepelbagaian amalan pertanian yang beraneka di India dan pemegangan tanah yang kecil menyediakan set data yang besar bagi memaklumkan model-model kami. Di samping itu, sebagai sebuah syarikat SaaS, geografi tidak pernah menjadi faktor pembatas untuk peluasan kumpulan pelanggan kami. Kini kami bergiat aktif di seluruh Asia, Afrika, Amerika Latin dan pasaran-pasaran Eropah terpilih. Memandangkan maklumat kesahihan di bumi daripada kawasan-kawasan ini terus memenuhi himpunan data kami, ia memberi pandangan yang dapat mewujudkan anjakan paradigma dalam ekosistem pertanian seluruh dunia," kata Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif CropIn Krishna Kumar.

Untuk bahagian akhir proses tersebut, himpunan data CropIn dapat menguatkan data kesahihan di bumi ini menerusi maklumat cuaca tempatan dan imejan satelit resolusi tinggi, yang menjadi asas kepada pembelajaran mesin. Dengan menganalisis dan mentafsirkan data ini untuk 265 tanaman dengan hampir 3,500 varian pada platformnya merentas berbilion-bilion titik data yang bertambah setiap hari, CropIn mewujudkan laluan maklumat-tani yang akan mengesan pola dan meramalkan masa depan tanaman dengan menekankan risiko dan peluang untuk pemegang kepentingan tani. CropIn menyediakan maklumat yang boleh diambil tindakan menghampiri waktu nyata kepada pemproses, pengedar, penyedia input, pemberi pinjaman dan syarikat insurans pertanian melalui API penghubungnya. Selain itu, algoritma CropIn dapat mewujudkan prestasi bersejarah untuk setiap piksel pada peringkat ladang dan kawasan.

"Kami percaya terhadap visi pengasas untuk mencipta peneraju teknologi tani global secara dasarnya, sekaligus bekerjasama dengan pelbagai pemegang kepentingan termasuk perniagaan tani, syarikat perladangan, pemberi pinjaman kewangan & syarikat insurans. Impak CropIn terhadap pelanggan global mereka merentas 29 negara berdasarkan data unik yang dirangkumkan oleh platform ini amat besar. Potensi untuk merevolusikan pertanian dengan memanfaatkan teknologi dan pembelajaran mesin semakin besar dan kami percaya Krishna dan Kunal akan terus merintis industri ini pada tahun-tahun mendatang," menurut Karan Mohla, Pengarah Eksekutif, Chiratae Ventures India Advisors.

Menerusi pelaburan ini, CropIn berjaya mengumpul dana berjumlah $12 juta daripada pelabur-pelabur termasuk firma modal usaha niaga berpangkalan di Singapura Beenext.

Sumber: CropIn Technology

Source: CropIn Technology
Keywords: Agriculture Banking/Financial Service Computer/Electronics