omniture

Hadiah Keamanan Sunhak bagi 2019 Dianugerah kepada Waris Dirie dan Dr. Akinwumi Ayodeji Adesina

The Sunhak Peace Prize Committee
2018-11-23 07:00 1524

CAPE TOWN, Afrika Selatan, 23 November 2018 /PRNewswire/ -- Jawatankuasa Hadiah Keamanan Sunhak mengumumkan Penerima-penerima bagi Hadiah Keamanan Sunhak bagi tahun 2019 - Waris Dirie dan Dr. Akinwumi Ayodeji Adesina.

Waris Dirie, seorang aktivis hak asasi manusia dan peragawati, diiktiraf secara meluas atas usaha meningkatkan kesedaran seluruh dunia terhadap Mutilasi Alat Kelamin Wanita (FGM). Sebagai seorang pakar ekonomi pertanian, Dr. Akinwumi Adesina telah menggalakkan Pentadbiran yang Baik di Afrika melalui inovasi pertanian selama lebih 30 tahun dan memberi sumbangan besar kepada keselamatan makanan di Afrika.

Waris Dirie, a human rights activist and super-model
Waris Dirie, a human rights activist and super-model

Warisi Dirie lahir dalam sebuah keluarga nomad dan beliau mengalami FGM pada usia 5 tahun. Pada tahun 1997, beliau berkongsi pengalaman beliau kepada dunia dan dilantik sebagai Duta Khas untuk PBB bagi Penghapusan FGM.

Pada tahun 2002, beliau menubuhkan Yayasan Desert Flower dan pada tahun 2003, kempen anti-FGM beliau membawa kepada 15 negara anggota Kesatuan Afrika meratifikasi Protokol Maputo yang menggalakkan penghapusan FGM. Pada tahun 2012, PBB sebulat suara meluluskan satu resolusi yang mengharamkan amalan FGM dan PBB telah menetapkan sasaran untuk menghapuskan FGM menjelang tahun 2030.

Seorang lagi penerima hadiah tersebut, Dr. Akinwumi Adesina merintis usaha meluaskan pengeluaran padi, meningkatkan ketersediaan kredit untuk petani pekebun kecil; menarik pelaburan persendirian untuk sektor pertanian, menghapuskan unsur-unsur rasuah dalam industri baja dan menggubal dasar-dasar pertanian utama.

Dr. Akinwumi Adesina, the President of the African Development Bank Group
Dr. Akinwumi Adesina, the President of the African Development Bank Group

Bagi Sidang Kemuncak Baja Afrika 2006, beliau memainkan peranan penting dalam membangunkan Deklarasi Baja Abuja untuk Revolusi Hijau Afrika, yang menyatakan tentang pembasmian kebuluran di Afrika menjelang tahun 2030.

Dr. Akinwumi Adesina kini berkhidmat sebagai presiden African Development Bank Group, mempromosi "Strategi High 5" yang dapat meningkatkan kehidupan berjuta-juta orang di seluruh Afrika.

Dr. Il Sik Hong, Pengerusi Jawatankuasa Sunhak, menyebutkan bahawa "Hadiah Keamanan Sunhak diwujudkan berdasarkan visi 'Satu Keluarga Di Bawah Lindungan Tuhan' dan Hadiah Keamanan Sunhak bagi tahun 2019 memberi tumpuan khusus pada hak asasi manusia dan pembangunan insan di Afrika."

Hadiah Keamanan Sunhak memberi penghormatan kepada individu-individu dan organisasi-organisasi yang memberi sumbangan penting terhadap keamanan dan kebajikan generasi-generasi masa depan. Hadiah Keamanan Sunhak termasuk hadiah wang tunai berjumlah satu juta dolar AS manakala Majlis Penyampaian Anugerah akan berlangsung pada 11 Februari 2019 di Seoul, Korea.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181116/2301301-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181116/2301301-1-b

 

Source: The Sunhak Peace Prize Committee
Keywords: Agriculture Awards Not for profit Trade show news Women-related news Future Events