omniture

Edilson Camara Dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Egon Zehnder

Egon Zehnder
2018-11-28 17:38 728

ZURICH dan LONDON, 28 November 2018 /PRNewswire/ --

Bakal Bekerjasama dengan Pengerusi Wanita Jill Ader Pacu Pertumbuhan Global

Egon Zehnder, firma khidmat nasihat kepimpinan dunia, hari ini mengumumkan bahawa Edilson Camara telahpun dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Edilson akan bekerjasama dengan Pengerusi Wanita Jill Ader untuk mempercepatkan pencapaian cita-cita firma berkenaan bagi menjadi firma khidmat nasihat kepimpinan unggul di dunia untuk Lembaga, Ketua Pegawai Eksekutif dan pemimpin eksekutif merentas suit perkhidmatan kepimpinannya.

"Saya amat berharap dapat bekerjasama erat dengan Ed sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu kami. Kami membawakan kemahiran dan gaya pelengkap yang berakar umbi dalam pandangan yang dikongsi terhadap masa depan dan nilai-nilai firma unik kami. Beliau sudahpun menjadi pemimpin yang amat berjaya dalam firma dan menasihati pelanggan-pelanggan dalam Lembaga dan pegawai-pegawai atasan di peringkat antarabangsa," kata Jill Ader.

Edilson Camara ialah seorang warga Brazil dan memulakan kerjaya beliau di pejabat Sao Paulo Egon Zehnder 20 tahun lalu, bekerjasama dengan pelanggan-pelanggan perindustrian. Pada tahun 2001, beliau berpindah ke Rio de Janeiro untuk membuka pejabat pertama Egon Zehnder di sana, seterusnya menjadi pemimpin amalan Brazil sekaligus mengembangkan perniagaan menjadi perniagaan yang paling menguntungkan di dunia. Beliau dilantik ke dalam Jawatankuasa Eksekutif Firma tersebut pada tahun 2009, yang mana beliau mendorong topik-topik seluruh firma dalam Teknologi, Kakitangan dan Prestasi, serta merupakan ahli dalam Jawatankuasa Kewangan. Pada tahun 2013, Ed berpindah ke Kanada untuk memimpin amalan merentas tiga pejabat, menggandakan saiz firma di seluruh Kanada dan meningkatkan keuntungannya kepada tiga kali ganda. Kini beliau ditempatkan di Toronto.

"Saya berasa rendah hati dan berbesar hati untuk berkhidmat kepada firma kami sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, berganding bahu bersama-sama Jill untuk terus membentuk keunikan Egon Zehnder. Firma kami benar-benar unik dari segi kebolehannya untuk bertindak balas kepada keperluan pelanggan dengan mengambil kira penumpuan yang dilihat dalam pelbagai aspek khidmat nasihat kepimpinan dan pencarian eksekutif. Selama hampir enam dekad, Egon Zehnder menjadi penginovasi, dengan menginovasi cara kami menasihati pelanggan-pelanggan kami. Usaha ini akan diteruskan tatkala kami terus membawakan kekuatan yang tiada tandingan kepada pasaran melibatkan perkongsian kami yang setara dan benar-benar bersifat global," kata En. Camara.

Proses untuk melantik Ketua Pegawai Eksekutif dilaksanakan oleh Pengerusi Wanita dan Jawatankuasa Pencalonan. Ia merupakan satu proses inklusif yang melibatkan input daripada seluruh perkongsian.

Edilson Camara akan menjadi individu keenam untuk berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dalam sejarah 55 tahun Egon Zehnder dan secara rasmi menyandang jawatan beliau serta merta.

CATATAN UNTUK EDITOR: 

Latar Belakang Egon Zehnder 

Egon Zehnder ialah firma khidmat nasihat kepimpinan bertaraf dunia, mempunyai satu matlamat yang sama: mengubah individu, organisasi dan dunia melalui kepimpinan yang hebat.

Kami sedia maklum apa yang dapat dilakukan oleh pemimpin-pemimpin hebat dan begitu ghairah dalam membawakan penyelesaian kepimpinan terbaik untuk pelanggan-pelanggan kami.

Sebagai Satu Firma, lebih 450 Perunding kami di 68 pejabat dan 40 negara membawakan kekuatan individu kami bagi membentuk satu pasukan kolaboratif yang hebat.

Kami bekerjasama erat dengan syarikat-syarikat awam dan persendirian, perusahaan milik keluarga, pertubuhan bukan untung serta agensi kerajaan untuk menyediakan khidmat nasihat Lembaga, pencarian dan penggantian Ketua Pegawai Eksekutif, pencarian eksekutif, penilaian eksekutif, pembangunan kepimpinan dan pasukan serta transformasi organisasi.

Kami mempunyai komitmen dan kebanggaan yang sama dalam melakukan tugasan yang dapat menyumbang kepada kerjaya yang penuh kejayaan, syarikat-syarikat yang lebih mantap dan dunia yang lebih baik.

Untuk maklumat lanjut layari https://www.egonzehnder.com/, dan ikuti kami di LinkedIn dan Twitter.

Sumber: Egon Zehnder

Source: Egon Zehnder
Keywords: Workforce Management/Human Resources Personnel announcements