omniture

HUAWEI CLOUD Secara Rasmi Lancar Perkhidmatan Rantaian Blok untuk Pengguna Seluruh Dunia

Huawei
2018-11-30 19:07 1241

SHENZHEN, China, 30 November 2018 /PRNewswire/ -- HUAWEI CLOUD secara rasminya melancarkan Perkhidmatan Rantaian Blok (BCS) untuk kegunaan global pada 15 November 2019, selepas melancarkannya untuk kegunaan komersial di China pada 10 Oktober tahun ini.

Kini tersedia di laman sesawang antarabangsa HUAWEI CLOUD, perkhidmatan ini membantu perusahaan dan pembangun global untuk mencipta, menggunakan dan mengurus aplikasi rantaian blok dengan cepat pada kos rendah melalui HUAWEI CLOUD. Pelancaran globalnya menyediakan asas untuk platform rantaian blok global teragih.

Proaktif Penting untuk Bina Ekosistem Rantaian Blok

Rantaian blok membawakan ciri pemencaran, rintangan penghentak dan kebolehkesanan, serta memupuk kepercayaan antara peserta-peserta transaksi. Oleh itu, rantaian blok menjana nilai apabila digunakan dalam aplikasi perusahaan menerusi senario-senario industri tertentu. Perusahaan dalam pelbagai industri kini meneroka aplikasi rantaian blok, namun demikian, penggunaan rantaian blok pada awan bukanlah suatu yang mudah. Sememangnya pembangun perlu mempunyai pemahaman menyeluruh tentang teknologi rantaian blok. Penggunaannya juga memakan masa.

Seawal tahun 2016, Huawei menyertai Hyperledger, projek sumber terbuka yang paling berpengaruh dalam bidang rantaian blok, dihoskan oleh Linux Foundation. Untuk sumbangan teknikal dan kod berterusan dalam dua subprojek, Fabric dan STL, Huawei telah diiktiraf sebagai penyenggara Hyperledger utama. Huawei juga merupakan satu-satunya penyenggara dari Asia dalam subprojek ini.

BCS ialah perkhidmatan awan yang memanfaatkan kelebihan teknologi kontena dan sekuriti HUAWEI CLOUD, antara lain. Ia mudah digunakan, cekap dan boleh diaplikasi secara sejagat serta dapat digunakan dalam aplikasi data, Internet Komunikasi Benda (IoT), kewangan dan bidang-bidang lain. Senario-senario yang boleh memanfaatkannya meliputi transaksi data, pengesahan identiti, bukti maklumat (seperti hartanah dan pendidikan), penjagaan kesihatan jarak jauh, pengesanan sumber makanan, Internet Komunikasi Kenderaan (IoV) dan pengurusan peranti IoT. Ia menawarkan bantuan besar untuk mewujudkan ekosistem teknologi dan industri-industri yang berubah secara digital.

BCS Mempunyai Kelebihan-kelebihan Penting

HUAWEI CLOUD kini menumpu untuk membangunkan platform rantaian blok bagi menawarkan sokongan teknikal untuk perusahaan yang membangunkan aplikasi dan penyelesaian rantaian blok.

BCS mempunyai kelebihan-kelebihan berikut:

  • Terbuka dan mudah digunakan

Pematuhan terbina dalam dengan Hyperledger Fabric 1.1 dan Kubernetes, mempunyai konfigurasi mudah, penggunaan dalam beberapa minit dan E2E O&M berbilang sudut yang automatik

  • Fleksibel dan cekap

Algoritma konsensus cekap berbilang (5,000+ TPS) dan penukaran anjal, pencantuman atau pemberhentian dinamik bagi nod dan ahli berbilang peranan serta pengurusan sumber fizikal berasaskan kontena

  • Berkesan kos

Kos pembangunan dan penggunaan lebih rendah, kemudahan bayar-setiap-penggunaan, kos O&M yang rendah dengan pengurusan seragam serta penskalaan auto dan penaiktarafan/pengunduran atas permintaan

  • Sekuriti dan perlindungan privasi mantap

Pengurusan lengkap dan pengasingan antara pengguna, kunci dan kebenaran; penyulitan berbilang lapisan dan jaminan privasi; infrastruktur keselamatan siber diperlihatkan sepenuhnya

HUAWEI CLOUD BCS dikhususkan untuk menyediakan perusahaan dengan asas kukuh terhadap inovasi dan pembangunan, bekerjasama dengan perusahaan demi membangunkan dunia yang lebih baik. Menggunakan BCS, sesebuah syarikat dapat membina sistem rantaian blok yang disesuaikan secara sempurna untuk perniagaan miliknya hanya dalam 5 hingga 10 minit. Selamat datang ke laman sesawang rasmi HUAWEI CLOUD untuk percubaan perkhidmatan dan perundingan.

Pautan: https://intl.huaweicloud.com/product/bcs.html

Latar Belakang Huawei

Huawei ialah penyedia yang terkemuka di dunia bagi infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi serta peranti pintar. Dengan penyelesaian bersepadu dalam empat domain utama, iaitu rangkaian telekomunikasi, IT, peranti pintar dan perkhidmatan awan, kami komited untuk membawakan fungsi digital kepada setiap individu, kediaman dan organisasi demi dunia pintar yang terhubung sepenuhnya.   

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei Cloud secara dalam talian di
https://intl.huaweicloud.com/?locale=en-us

atau ikuti kami di:
https://www.linkedin.com/showcase/huawei-cloud/ 
https://twitter.com/Huawei_Cloud
https://www.facebook.com/Huawei-Cloud-1995859487299836/

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications New products/services Blockchain