omniture

Webnovel Bentang di StoryDrive Asia 2018, Kongsi Model Perniagaan dengan Pembangun Kandungan

China Literature
2018-12-03 00:08 1186

SINGAPURA, 3 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Webnovel, cabang e-penerbitan global bagi China Literature (0772.HK), syarikat kesusasteraan dalam talian yang terkemuka di China, telah menyampaikan visinya terhadap ekosistem penerbitan dalam talian yang mantap di StoryDrive Asia 2018, Singapura. Liu Yuren, Ketua Kandungan di Webnovel, menyampaikan ucaptama yang menekankan misi syarikat terhadap penemuan dan inovasi dalam pasaran global.

Di persidangan ini, Liu menonjolkan bagaimana Webnovel telah mencipta ekosistem baharu yang membolehkan pengarang, platform dan pembaca dapat berganding bahu untuk membentuk semula industri penerbitan dalam talian. Langkah-langkah yang diambil termasuk sokongan pengarang, komuniti interaktif dan pembangunan Harta Intelek (IP).

"Penemuan dan pencapaian di StoryDrive Asia 2018 dapat membawa pembangunan selanjutnya kepada industri kandungan Asia dan global. Sebagai pengusaha utama dalam pasaran kandungan Cina, Webnovel akan terus menginovasi dan menaik taraf perniagaan kami dengan meninjau lebih banyak peluang untuk kerjasama bersilang dalam pembangunan kandungan, berkongsi kemajuan industri-industri kreatif Asia," kata Liu.

Liu Yuren, Ketua Kandungan di Webnovel, menyampaikan ucapan di StoryDrive Asia 2018
Liu Yuren, Ketua Kandungan di Webnovel, menyampaikan ucapan di StoryDrive Asia 2018

Sokongan Pengarang

Webnovel menawarkan sokongan bermula dengan penciptaan kepada penerbitan cerita. Sebuah pasukan editorial daripada Webnovel menyediakan khidmat nasihat penulisan profesional kepada penulis-penulis apabila mereka menghasilkan cerita mereka sendiri pada portal berkenaan. Kemudian, karya-karya cerita mereka diterbitkan merentas platform-platform media termasuk aplikasi, mudah alih dan komputer peribadi, seraya mencapai pendedahan meluas kepada berjuta-juta pengguna Webnovel. Bayaran royalti dan sistem Jaminan Kerja Berkontrak diaplikasikan selanjutnya bagi menjamin pendapatan penulis.

Komuniti interaktif

Webnovel menawarkan perkhidmatan komuniti interaktif yang pelbagai kepada pengarang dan pembaca, yang mana mereka bukan sahaja dapat menyokong dan memberi galakan kepada pengarang dan penterjemah kegemaran mereka tetapi turut belajar dan berkembang maju dengan berkongsi pengalaman membaca dan menulis serta mengadakan perbincangan dalam komuniti.

Halaman utama Webnovel
Halaman utama Webnovel

Pembangunan IP

Penulis-penulis pada platform ini berpeluang mengambil bahagian dalam pengkomersialan karya mereka. Mereka boleh membawa watak dan kisah mereka ke dunia sebenar, seperti melalui filem, rancangan TV, animasi dan permainan video. Webnovel telah memperkenalkan kisah-kisah Cina yang popular, seperti "The King's Avatar" dan "Library of Heaven's Path", kepada pembaca-pembaca global, dan juga novel-novel berkualiti dari seluruh dunia seperti Number One Dungeon Supplier, ke China.

Berdasarkan pengalamannya mengubah cerita kepada filem, komik dan permainan, Webnovel dapat melangkah maju ke hadapan untuk berkerjasama dengan pembangun kandungan yang lebih berkualiti melalui pelbagai cara.

Ditubuhkan pada tahun 2017, Webnovel telah menghimpunkan lebih 5,000 pengarang antarabangsa dan lebih 200 penterjemah individu dan kumpulan yang telah menerbitkan 200 karya terjemahan berbahasa Inggeris dan 9,000 karya asal.

Kandungan beraneka dan kategori-kategori di Webnovel
Kandungan beraneka dan kategori-kategori di Webnovel

Latar Belakang StoryDrive Asia 2018

Dianjurkan oleh Persatuan Penerbit-penerbit Buku Singapura dan Frankfurter Buchmesse GmbH, StoryDrive Asia 2018 menyediakan ahli-ahli profesional daripada pelbagai industri di Asia Tenggara dengan peluang-peluang untuk berangkaian, belajar dan berkongsi melalui pembentangan, bengkel intensif dan sesi pembentangan pic perniagaan. Ahli-ahli profesional ini termasuk penerbit buku audio dan ahli-ahli profesional dalam bidang penerbitan, perisian dan permainan serta media digital.

Latar Belakang Webnovel

Webnovel, hab kisah-kisah fiksyen bertaraf global, dilancarkan secara rasminya pada tahun 2017 sebagai portal luar negara China Literature, yang merupakan platform kesusasteraan dalam talian yang terbesar China. Menerusi platform komprehensif, melalui laman sesawang dan aplikasi, ia komited terhadap penyebaran global novel-novel web, membawa lebih nilai kepada penulis-penulis seluruh dunia dan menyediakan novel-novel web yang berkualiti tinggi selain pengalaman membaca yang sangat baik kepada pembaca global. Muat turun aplikasi Webnovel melalui Android dan iOS.

Untuk pertanyaan tentang Webnovel, layari laman sesawangnya atau halaman Facebook, Instagram dan Twitter.

Laman Sesawang: www.webnovel.com
Facebook: webnovel
Twitter: @lovewebnovel
Instagram: @thewebnovel

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181130/2314027-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181130/2314027-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181130/2314027-1-c

Source: China Literature
Keywords: Advertising Books Publishing/Information Service Retail