omniture

Sekolah-sekolah Perniagaan Asia Pasifik Financial Times 2018: ACEM Duduki Tempat Pertama Tahun Kedua Berturut-turut

Antai College of Economics and Management, Shanghai Jiao Tong University
2018-12-04 23:59 567

LONDON, 4 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Financial Times (FT) pertama kali melancarkan Pemeringkatan Sekolah-sekolah Perniagaan Terbaik Asia Pasifik pada tahun 2017. Baru-baru ini, pemeringkatan tersebut dikeluarkan sekali lagi pada 3 Disember 2018, yang mana Antai College of Economics and Management (ACEM), Shanghai Jiao Tong University, menduduki tempat pertama buat tahun kedua berturut-turut, diikuti dengan Ceibs dan National University of Singapore Business School.

Pemeringkatan Sekolah-sekolah Perniagaan Asia Pasifik dibuat dengan mengambil kira secara komprehensif kualiti dan keluasan program sekolah-sekolah perniagaan tersebut dan berdasarkan prestasi empat program teras (MBA, EMBA, MIM, EE Terbuka & Tersuai) sekolah-sekolah perniagaan daripada program-program akademik kepada program-program profesional pada tahun 2018. Setiap satu daripada empat program teras ini menyumbang sebanyak 25% daripada jumlah keseluruhan dan dalam setiap pemeringkatan individu, program-program bebas menerima 100% daripada skor kedudukan manakala program-program bersama dua sekolah perniagaan menerima sebanyak 50% daripada skor bagi setiap sekolah. Kaedah pemeringkatan tersebut mengukuhkan secara saintifik penunjuk progam bebas teras dari segi daya saing pelbagai sekolah perniagaan dan menilai secara objektif tahap antarabangsa bagi pendidikan akademik asas dan pendidikan profesional yang disediakan oleh sekolah-sekolah perniagaan.

Financial Times Asia-Pacific Business Schools 2018: ACEM Ranked First for Two Consecutive Years
Financial Times Asia-Pacific Business Schools 2018: ACEM Ranked First for Two Consecutive Years

ACEM ialah satu-satunya sekolah perniagaan Asia Pasifik antara kesemua kedudukan individu dalam FT. Pada tahun 2018, empat program teras ACEM terus menduduki antara senarai 40 teratas di dunia dan 10 teratas di rantau Asia Pasifik.

  • Kedudukan MBA Global yang diumumkan pada Januari 2018:
    Program MBA ACEM menduduki tempat ke-34 di dunia dan ke-8 di rantau Asia Pasifik, menjadi yang pertama bagi kategori "pekerjaan" dan "peningkatan gaji" di dunia
  • Kedudukan Pendidikan Eksekutif (EE) yang diumumkan pada Mei 2018: 
    Program EE ACEM menduduki tempat ke-17 di dunia, dengan program tersuai dan program terbuka masing-masing menduduki tempat ke-2 dan pertama di rantau Asia Pasifik
  • Kedudukan Ijazah Sarjana dalam Pengurusan (MIM) yang diumumkan pada September 2018: 
    Program MIM ACEM menduduki tempat ke-18 di dunia dan pertama di rantau Asia Pasifik, menjadi antara 50 terbaik di dunia selama sepuluh tahun berturut-turut dan menjadi yang pertama bagi kategori "pekerjaan" dan "peningkatan gaji" di dunia
  • Kedudukan EMBA yang diumumkan pada Oktober 2018: 
    Program EMBA ACEM menduduki tempat ke-8 di dunia dan ke-4 di rantau Asia Pasifik, menjadi antara 10 terbaik di dunia selama empat tahun berturut-turut dan menjadi yang pertama bagi kategori "peningkatan gaji" di dunia

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181203/2315354-1

 

Source: Antai College of Economics and Management, Shanghai Jiao Tong University
Keywords: Education Higher Education Awards