omniture

AirCUVE Perkenal Teknologi FIDO UAF untuk Pengesahan 2Factor dalam Pasaran Asia Tenggara

AirCUVE
2018-12-06 09:28 1624

SEOUL, Korea Selatan, 6 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Tatkala kemalangan kebocoran maklumat peribadi meningkat saban tahun, pengesahan asas dengan hanya ID/PW tidak lagi selamat. Sehubungan itu, AirCUVE memperkenalkan teknologi FIDO UAF ("Fast IDentity Online Universal Authentication Framework") ("Rangka Kerja Pengesahan Sejagat Identiti Pantas") versi 1.0 untuk pengesahan 2Factor dengan mengguna pakai dua jenis sijil iaitu Android Client dan Authentication Combo. Pada bulan September dan Oktober 2018, AirCUVE telah menganjurkan Hari Penyelesaian AirCUVE di Filipina dan Vietnam, mengundang pakar-pakar perbankan dan khidmat awam ke seminar-seminar penyelesaiannya. Acara ini telah meliputi topik Pengesahan Berbilang Faktor (MFA) yang mana syarikat telah menyertakan rujukan dalam pasaran Jepun melalui pengedar-pengedar tempatan Jepunnya seperti BridgeAZ dan SI corporate Ashisuto.

Hari Penyelesaian AirCUVE di Filipina
Hari Penyelesaian AirCUVE di Filipina

Penyelesaian pengesahan 2Factor AirCUVE ialah platform pengesahan yang pintar dan disatukan. Ia dapat digunakan bagi mengakses pelbagai sistem dan peranti rangkaian seperti peranti VPN, sistem kawalan akses pelayan, sistem pengurusan akaun, VDI, pelayan Web atau peranti rangkaian. Pengguna-pengguna dapat memilih token pengesahan yang sesuai untuk beberapa nod perkhidmatan aplikasi dalam pelbagai industri seperti kewangan, utiliti awam dan sebagainya. Token-token untuk pengesahan 2Factor meliputi SMS OTP, E-Mail OTP, Mobile OTP, HW Token (Jenis Kad), Kod QR, Aplikasi Tolak, YubiKey dan FIDO.

Sepanjang 16 tahun lalu, AirCUVE telah mengkhusus dalam pembangunan perisian pengesahan dan telah membangunkan 910 rujukan yang pelbagai daripada bank, korporat, komuniti, telekomunikasi, sekolah, tentera, hospital dan sebagainya. Menerusi kemahiran teknikal yang terkumpul dengan menawarkan perkhidmatan kepada pelbagai pelanggan, AirCUVE memenangi beberapa kontrak pengesahan luar negara daripada Development Bank of the Philippines (DBP),  Eastern Telecommunications Philippines, Inc. dan Philippine Airlines (PAL) pada tahun 2018. 

Menurut GS AHN, Naib Presiden Eksekutif AirCUVE, "Kami terus membangunkan teknologi sekuriti berorientasi pengesahan generasi seterusnya dan kami turut memperkenalkan perkhidmatan platform pengesahan sekuriti awan. Sasaran kami adalah untuk menyediakan platform pengesahan disatukan yang menggabungkan penyelesaian sekuriti pengesahan WiFi dan penyelesaian pengesahan dipertingkat 2Factor yang boleh digunakan pada bila-bila masa dalam pelbagai persekitaran infra dan kerja, seperti rangkaian berwayar, rangkaian tanpa wayar, pejabat mudah alih pintar, transaksi kewangan, VPN, VDI dan portal web. Pada tahun 2019, kami merancang untuk memberi tumpuan bagi memajukan rakan-rakan kongsi pasaran global untuk negara-negara Asia termasuk Jepun."

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.aircuve.com .

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181203/2315322-1

Source: AirCUVE
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security New products/services