omniture

GCL System Integration Dianugerah Sijil Insurans Semula CSR+ Pertama Global

GCL-SI
2018-12-06 23:59 476

SHANGHAI, 6 Disember 2018 /PRNewswire/ -- GCL System Integration (002506.SZ) (GCL-SI) telah melepasi Program Pengujian Keandalan CSR+ Swiss Reinsurance Company dan dianugerahkan dengan sijil insurans semula pertama global yang dikeluarkan di bawah piawaian CSR+ oleh Swiss Reinsurance (Swiss Re). CSR+, iaitu piawaian pengujian yang bertambah ketat untuk menilai kualiti panel solar dan prestasi kuasa, adalah jauh lebih ketat berbanding keperluan pengujian piawaian IEC61215 dan IEC61730 semasa. Perusahaan pertama di dunia yang melepasi pengujian yang bertambah ketat, GCL-SI telah membuktikan sepenuhnya bahawa panelnya mempunyai prestasi yang cemerlang dan kualiti yang andal.

Sijil Insurans Semula CSR+ Pertama Global dianugerahkan kepada GCL System Integration
Sijil Insurans Semula CSR+ Pertama Global dianugerahkan kepada GCL System Integration

Swiss Re, melakar sejarah selama lebih 150 tahun, dan menerusi cawangan-cawangan dan rakan-rakan gabungan di bandar-bandar utama seluruh dunia, merupakan salah sebuah syarikat insurans semula yang terbesar di dunia. Pada awal tahun 2018, syarikat memperkenalkan Kod Amalan Panel Solar: Garis Panduan Antarabangsa untuk Pengurusan Risiko dan Kemampanan Insurans Jaminan Panel Solar (SPCoP). Kandungan utama SPCoP, CSR+ menetapkan piawaian ujian keandalan untuk kualiti dan prestasi kuasa panel solar. Pengujian ini melibatkan program pengujian keandalan komposit panel selain audit kilang yang komprehensif untuk semua loji pengeluaran.

Naib Presiden GCL-SI He Deyong berkata, "CSR+ ialah salah satu piawaian pengujian yang paling canggih di dunia. Hakikat bahawa syarikat berupaya melepasi dengan jayanya ujian yang bertambah ketat itu memperlihatkan keandalan produknya. Sementera itu, pengunderaitan langsung oleh penyedia insurans tenaga berkepakaran Alltrust Insurance Company, berserta sokongan insurans semula daripada Swiss Re, menawarkan perlindungan insurans yang mantap, memperkukuh dengan kuat rancangan pembangunan pasaran GCL-SI di seluruh dunia. GCL-SI berharap untuk bekerjasama selanjutnya dengan Swiss Re dalam bidang kewangan, insurans dan pengilangan serta membangunkan platform pertukaran teknikal bagi membantu mempercepatkan pertumbuhan dalam industri tenaga alternatif."

Piawaian CSR+ ialah piawaian pengujian keandalan terkini dan jauh lebih ketat berbanding yang diperlukan oleh pensijilan IEC61215 dan IEC61730 semasa. Swiss Re sentiasa berpegang pada falsafah pelaburan nilai dan sokongan serta menjalin perkongsian jangka panjang dengan pelanggan yang mempunyai daya saing yang mampan. Sebagai perusahaan pertama di dunia yang melepasi program pengujian keandalan CSR+ Swiss Re, GCL-SI akan menerima insurans yang disediakan oleh Alltrust Insurance Company selain insurans semula daripada Swiss Re untuk panel yang dihasilkan olehnya sepanjang tempoh sah sijil. Perikatan ini menekankan prestasi cemerlang dan kualiti andal panel GCL-SI. Sokongan insurans semula daripada Swiss Re merupakan bukti kukuh kualiti panel GCL-SI dan memberi jaminan mantap terhadap jualan panel. Sementara itu, penyelesaian insurans Swiss Re dan pengalamannya selama berdekad-dekad dapat terus membantu pelanggannya menurunkan kos kewangan dan pembiayaan mereka.

Sebagai pengeluar panel Tahap 1, GCL-SI menganggap kualiti produk sebagai suatu keutamaan dan mendapat kepercayaan daripada pelanggan seluruh dunia berhubung kestabilannya dan kualiti produk yang andal. GCL-SI tekal menekankan bahawa pengurangan kos dan peningkatan usaha inovasi seharusnya menjadi fokus untuk bertindak balas terhadap pariti grid. GCL-SI menyasarkan untuk menyediakan nilai lebih besar kepada pelanggan dengan kualiti yang tinggi dan nisbah prestasi-harga yang rendah.

Latar Belakang GCL-SI

GCL System Integration Technology Co., Ltd. (SZ: 002506) (GCL-SI), merupakan sebahagian daripada GOLDEN CONCORD Group (GCL). GCL-SI menyediakan sistem sehenti tenaga bersepadu dan termaju serta komited untuk menjadi syarikat tenaga solar yang terkemuka di dunia.

Latar Belakang Swiss Re

Swiss Re Group ialah salah satu penyedia utama dunia bagi insurans semula, insurans dan bentuk pemindahan risiko berasaskan insurans lain, yang berusaha untuk menjadikan dunia agar lebih berdaya tahan. Ia menjangkakan dan mengurus risiko, bermula dengan bencana alam kepada perubahan iklim, selain populasi semakin meningkat usia kepada jenayah siber. Matlamat Swiss Re Group adalah untuk mendayakan masyarakat untuk berkembang maju dan mencapai kemajuan, mencipta peluang dan penyelesaian baharu untuk pelanggannya. Beribu pejabat di Zurich, Switzerland, lokasi ditubuhkan pada tahun 1863, Swiss Re Group beroperasi melalui jaringan melibatkan kira-kira 80 pejabat seluruh dunia. Ia telah berada di China sejak tahun 1995, membuka cawangannya di Beijing pada tahun 2003 untuk menawarkan rangkaian penuh produk dan perkhidmatan insurans semula di seluruh China.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181205/2318271-1

 

Source: GCL-SI
Related Stocks:
Shenzhen:002506
Keywords: Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Awards