omniture
from common-pcom:html:key:en_segment_includes_overall_segment_header_shtml
PR Newswire: news distribution, targeting and monitoring

Kerajaan Chengdu Anjur Persidangan di Singapura sebagai Usaha Pupuk Kerjasama dan Tarik Pelaburan dalam Industri-industri Perkhidmatan

2018-12-07 02:58

Kedua-dua bandar berganding bahu bangunkan perniagaan sepanjang "Koridor Selatan"

SINGAPURA, 7 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Menerusi tema "Era Baharu, Koridor Baharu, Peluang Baharu", Persidangan Promosi Pelaburan untuk Industri Perkhidmatan Moden Chengdu, anjuran Kerajaan Rakyat Perbandaran Chengdu, telahpun diadakan di Singapura pada 4 Disember. Naib datuk bandar Kerajaan Rakyat Perbandaran Chengdu Liu Xiaoliu dan pengarah China Division of Enterprise Singapore Wong Choo Sin turut hadir dan menyampaikan ucapan di persidangan ini.

Persidangan Promosi Pelaburan untuk Industri Perkhidmatan Moden Chengdu menerusi tema 'Era Baharu, Saluran Baharu, Peluang Baharu' berjaya diadakan di Singapura.
Persidangan Promosi Pelaburan untuk Industri Perkhidmatan Moden Chengdu menerusi tema 'Era Baharu, Saluran Baharu, Peluang Baharu' berjaya diadakan di Singapura.

Cik Liu berkata bahawa Singapura dan Chengdu telah menyediakan asas kukuh untuk menjalin kerjasama. Di ASEAN, Singapura merupakan salah satu rakan dagangan utama Chengdu. Beberapa syarikat terkenal di Singapura termasuk CapitaLand dan Yanlord telah mengukuhkan kehadiran di Chengdu, yang mana secara keseluruhan, syarikat-syarikat tersebut terlibat dalam 468 projek pelaburan manakala 24 syarikat berpangkalan di Chengdu termasuk Haite High-Tech, New Hope Liuhe dan Tongwei melabur di Singapura. Selain itu, Taman Inovasi Teknologi Tinggi Singapura-Sichuan, ditubuhkan bersama-sama oleh wilayah Sichuan dan Singapura, bagi menyediakan platform untuk menjalin kerjasama. Lanjutan selatan ke Unit Tren China-Eropah yang menghubungkan Chengdu dan Singapura, digelar sebagai "Koridor Selatan", mewujudkan saluran logistik baharu yang pantas dan mudah serta melanjutkan kerjasama ekonomi dan perdagangan. Di persidangan ini, Cik Liu turut mengundang para tetamu dan syarikat-syarikat yang hadir untuk mengunjungi Chengdu, mempelajari tentang tawaran yang dapat disediakan oleh bandar tersebut dan meninjau peluang-peluang perniagaan.

Di acara ini, satu pembentangan tentang projek-projek berpangkalan di Chengdu meliputi lima sektor utama disampaikan kepada para hadirin. Pembentangan ini merupakan kemuncak acara berkenaan yang mendorong hampir 100 syarikat tempatan memilih untuk hadir, antaranya, Singapore International Personnel Exchange Center dan Amber Business Consulting Co., Ltd.. Melihatkan potensi yang serta merta dikenal pasti oleh ramai hadirin, ada antara mereka yang mula berunding dengan rakan-rakan sejawat Chengdu mereka sewaktu acara ini masih berlangsung.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181205/2318055-1

Source: Chengdu Municipal Commission Of Commerce
from common-pcom:html:key:en_segment_includes_releases_right_column_video_module_shtml

Featured Video

Related Keywords:

Banking/Financial Service

Trade show news

from common-pcom:html:key:en_segment_includes_overall_segment_footer_shtml
Advanced Search
Search
  
  1. Products & Services
  2. News Releases
  3. Knowledge Center
  4. Journalists & Media
  5. Multimedia Theater
  6. Contact Us