omniture

Maison Perrier-Jouet Bawakan Alam 'Art of the Wild' di Faena Hotel, Miami

Maison Perrier Jouët
2018-12-08 02:11 1498

MIAMI, 8 Disember 2018 /PRNewswire/ --

Pengambilalihan luar biasa, tak disekat, tidak diduga

Maison Perrier-Jouët membawakan EDEN by Perrier-Jouët: pengalaman imersif dengan nikmat seketika, yang berlangsung di Faena Hotel, serentak dengan Design Miami/, pameran seni kontemporari yang mendapat kerjasama Syarikat Pengeluar tersebut sejak tujuh tahun lalu. Pada 5 Disember, nama-nama tersohor di Miami berhimpun untuk meneroka Art of the Wild, suatu alam mewah sebagaimana yang dilihat oleh Syarikat tersebut untuk mempesonakan semula saban hari melalui kehadiran alam semula jadi yang tak tersekat. Ia terus memikat Miami dengan program acara yang padat.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: http://www.multivu.com/players/uk/8461451-maison-perrier-jouets-art-of-wild-universe/  

Maison Perrier-Jouët kini menguasai Miami, yang mana ia memperkenalkan EDEN by Perrier-Jouët: suatu jemputan untuk menyelami hubungan Syarikat Pengeluar ini dengan seni dan alam semula jadi yang kembali ke asal usulnya. Ia merupakan persekitaran ideal untuk menghamparkan Art of the Wild, visi Syarikat Pengeluar ini terhadap dunia yang tidak diduga dan menyeronokkan, dengan alam semula jadi menonjolkan sifatnya menerusi seluruh sifat kebebasan dan keriangannya. Menonjolkan semangat bertenaga ini, Winnie Harlow menganjurkan sebuah parti pada 5 Disember yang membolehkan orang ramai dari segenap lapisan masyarakat dihimpunkan demi pengalaman champagne yang unik.

Syarikat Pengeluar ini menghamparkan Art of the Wild dengan menyediakan ruang ini di pantai. Ia dipadankan dengan grafik yang dicipta oleh Luftwerk, pasangan kreatif yang ditugaskan oleh Syarikat Pengeluar pada tahun lalu untuk mengintepretasikan warisan kebudayaannya, khususnya motif anemon yang direka pada tahun 1902 oleh Emile Gallé - salah seorang pakar Art Nouveau - yang menghiasi botol daripada koleksi Perrier-Jouët Belle Epoque. Penggabungan ini diteruskan dengan perjalanan realiti maya yang bermula di tengah-tengah alam semula jadi Art of the Wild yang amat memukau dan membawa tetamu-tetamunya meninjau bilik bawah tanah Syarikat di Epernay, Champagne. Mengakhiri acara tersebut, pondok foto dengan gaya yang sama disediakan untuk merakam detik-detik penting temasya tersebut.   

Dicipta untuk Syarikat oleh pereka British Bethan Laura Wood, HyperNature menonjolkan bentuk pokok dengan kehadiran yang mewah dan bersemangat. Ia menawarkan pengalaman champagne baharu yang unik yang mana seruling boleh "dipetik" terus dari dahan, sama seperti anggur yang dapat dipetik dari pokok anggur. Ia turut dipamerkan di Ruang Istirehat Pengumpul Design Miami/ sepanjang pameran.

EDEN by Perrier-Jouët membawakan dua hari dan malam yang padat dengan acara Art of the Wild, yang membolehkan tetamu merasai seleksi cuvées Maison Perrier-Jouët. Pada 5 Disember, Syarikat Pengeluar ini mengadakan ceramah bersama Bethan Laura Wood, anjuran Dazed Arts. Pada 6 Disember, Maison Perrier-Jouët menyediakan sarapan lewat pagi yang kreatif bersama pereka hidangan makanan Laila Gohar serta koktel matahari terbenam bagi menemani peragaan fesyen musim akan datang peribadi yang memaparkan koleksi barang kemas baharu oleh Jade Jagger. Bahagian terakhir bagi mengakhiri acara tersebut ialah pelancaran Kalendar CR Fashion Book bersama Estee Lauder. Jadual lengkap yang meliputi gaya hidup, fesyen, makanan dan reka bentuk menonjolkan keterbukaan Syarikat terhadap semua bentuk kreativiti.

Di EDEN by Perrier-Jouët, sebagaimana di Design Miami/, Syarikat Pengeluar ini berkongsi pendekatannya terhadap champagne yang membezakannya daripada kod biasa, berasal daripada kebebasan kreatif dan pemerhatian luar biasa terhadap alam sekitar, disokong oleh komuniti yang bersemangat bebas yang berkongsi nilai-nilainya. "Artisans of the Wild" ini terhasil daripada pelbagai bidang kreatif, termasuk reka bentuk, fesyen dan gastronomi - masing-masing diwakili oleh Bethan Laura Wood, Winnie Harlow dan Laila Gohar - selain seni dan hospitaliti. Berserta Artisans of the Wild, Syarikat Pengeluar ini memulakan lembaran baharu untuk suatu kisah yang telahpun diceritakan selama lebih 200 tahun lamanya.

(Foto: https://mma.prnewswire.com/media/794691/Winnie_Harlow.jpg )
Video: http://www.multivu.com/players/uk/8461451-maison-perrier-jouets-art-of-wild-universe/

Source: Maison Perrier Jouët
Keywords: Art Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Trade show news