omniture

Sebagai Institusi Tuan Rumah Pertama dan Satu-satunya di China untuk Amgen Scholars Program, Tsinghua University Terima Permohonan Global

School of Pharmaceutical Sciences, Tsinghua University
2018-12-10 23:00 944

BEIJING, 10 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Pada bulan November 2018, Amgen Foundation meluaskan Amgen Scholars Program (ASP) kepada 24 institusi pendidikan dan penyelidikan ulung di seluruh dunia. Tsinghua University terpilih sebagai institusi tuan rumah Cina yang pertama dan satu-satunya untuk ASP dan kini menerima permohonan global.

ASP ialah program penyelidikan musim panas siswazah yang diasaskan oleh Amgen Foundation melalui komitmen pelaburan sebanyak $74 juta selama 16 tahun. Program selama 8-10 minggu ini merekrut mahasiswa cemerlang dari seluruh dunia yang mempunyai minat yang tinggi dalam bidang bioperubatan, sains hayat atau bidang-bidang berkaitan, bagi menjalankan penyelidikan termaju di makmal-makmal dan institusi-institusi bertaraf dunia. Setakat ini. seramai 5,400 mahasiswa dari sekitar 600 universiti di 33 negara telahpun menyertai ASP.

Institusi-institusi tuan rumah ASP bagi tahun 2019-2022 terdiri daripada 24 universiti terkemuka di dunia, seperti Harvard University, Stanford University dan University of Cambridge, selain termasuk empat institusi tuan rumah ternama dari Asia: University of Tokyo, Kyoto University, National University of Singapore dan Tsinghua University. Sebagai institusi tuan rumah yang pertama dan satu-satunya untuk ASP di China, Tsinghua akan memanfaatkan sepenuhnya keupayaan dan bakat penyelidikan bertaraf dunia miliknya, di samping bekerjasama erat dengan Amgen Foundation bagi menawarkan peluang kepada para cendekiawan muda yang berpotensi tinggi dan berkaliber tinggi untuk mengambil bahagian dalam usaha penyelidikan perintis.

ASP Tsinghua akan memilih 15 calon dari seluruh dunia, yang akan digandingkan dengan mentor sukarela semasa mendaftar. Mereka akan berpeluang untuk mengambil bahagian dalam projek-projek penyelidikan bioperubatan perintis di kemudahan-kemudahan makmal canggih, bersama-sama para saintis kanan dan fakulti Tsinghua yang terkemuka. Latihan yang imersif dan intensif ini akan membantu para ilmuwan meningkatkan kemahiran eksperimen mereka, memperoleh pengalaman sebenar dan membina asas yang kukuh demi kemajuan mereka yang selanjutnya. Selain itu, para peserta Amgen Scholars Program akan digalakkan untuk berinteraksi dengan mahasiswa Tsinghua dan menghadiri pelbagai seminar, simposium dan acara perangkaian di Tsinghua dan institusi-institusi tuan rumah yang lain.

Beberapa tahun kebelakangan ini, Tsinghua University aktif berusaha untuk memupuk bakat-bakat yang pelbagai dan memudahkan kolaborasi antarabangsa selain mencipta kemajuan penting dalam pembangunan bakat dipacu inovasi. Kolaborator koresponden utama Tsinghua untuk ASP ialah School of Pharmaceutical Sciences (SPS), yang memainkan peranan penting dalam pembangunan sains hayat universiti dan penyelidikan bioperubatan perintis. ASP akan berperanan sebagai yang pertama daripada banyak kolaborasi masa depan antara Tsinghua University dan Amgen Foundation.

Permohonan global untuk ASP Tsinghua kini dibuka. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.sps.tsinghua.edu.cn/amgenscholars.html#

Source: School of Pharmaceutical Sciences, Tsinghua University
Keywords: Education Health Care/Hospital Higher Education Medical/Pharmaceuticals New products/services