omniture

Bandar Xi'an Bawakan Pemasangan Seni Pahlawan Terracotta ke Bandar Berlin

Xi'an Anjur Acara Pertama untuk 'Geocaching' Pahlawan Terracotta di Berlin
Xi'an Chinese Art Academy
2018-12-11 19:37 457

BERLIN, 11 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Pada 6 Disember lalu, dua seniman yang terkenal dari bandar Xi'an, China mengunjungi Berlin untuk memasang lebih 100 replika pahlawan terracotta di atas bot yang belayar menyusuri Sungai Spree di tengah-tengah Berlin. Pemasangan seni tersebut merupakan sebahagian daripada acara pertama yang mana En. Wang Ben, pelukis dan pengerusi Xi'an Chinese Art Academy dan En. Zhang Deyong, jurukhat dari Xi'an, mendemonstrasikan seni Cina tradisional mereka dan mengumumkan permulaan permainan geocaching selama empat hari di bandar Berlin.

"Saya berasa amat gembira kerana acara 'Xi'an Bertemu Berlin' berlangsung di Berlin," kata Cik Chu Huizi, wakil daripada Kedutaan Cina ke Jerman. "Ini merupakan kali pertama Tentera Terracotta dipersembahkan dalam bentuk yang amat interaktif di luar China, seperti pemasangan seni atau geocaching dan hebat rasanya untuk warga Berlin mengalami keajaiban Tentera Terracotta dengan cara ini."

Acara pertama ini menjadi tuan rumah kepada 100 individu dalam pelayaran menyusuri sungai Spree, dengan demonstrasi seni lukis langsung daripada seniman Xi'an. Para hadirin berpeluang untuk menangkap foto pemasangan seni ini berlatarbelakangkan mercu tanda Berlin yang terkenal seperti Reichstag dan Paul Lobe-Haus.

"Saya berasa amat teruja untuk berada di Berlin bagi berkongsi Xi'an bersama bandar ini," kata En. Wang Ben, pelukis terkenal dari Xi'an. "Seni ialah aspek utama dalam budaya Berlin dan kami ingin mencipta cara unik bagi mempersembahkan bandar kami kepada warga Berlin. Kami berharap agar usaha ini dapat membantu untuk membina penghubung antara Berlin dan Xi'an serta membolehkan kami untuk berkongsi budaya satu sama lain."

Selepas berlangsungnya acara ini, penduduk Berlin diundang untuk menyertai permainan geocaching pada hujung minggu, berakhir pada jam 8:00 malam hari Ahad, 9 Disember. Para peserta menggunakan lokasi yang dihoskan pada laman sesawang acara www.XianBerlin.de untuk mencari miniatur pahlawan terracotta yang disembunyikan di sekitar Berlin. Sebaik sahaja peserta menjumpai satu daripada 25 figura yang tersembunyi, mereka boleh menghantarnya kepada umum di Facebook atau Instagram menerusi foto yang menggunakan tagar #XianBerlin untuk dimasukkan bagi memenangi lawatan untuk dua orang ke Xi'an pada tahun 2019.

Pemenang dipilih dan diumumkan pada 11 Disember susulan pengakhiran rasmi pertandingan berkenaan.

Source: Xi'an Chinese Art Academy
Keywords: Travel