omniture

Taman Tenaga Raja Salman Cetus Era Pertumbuhan Baharu untuk Sektor Tenaga Arab Saudi

Saudi Aramco
2018-12-13 22:12 1427

DHAHRAN, Arab Saudi, 13 Disember 2018 /PRNewswire/ --

  • YAM Putera Mahkota pecah tanah untuk Taman Tenaga dengan syarikat-syarikat multinasional  
  • Pelabur dan penyewa tandatangani perjanjian untuk melabur dan mulakan operasi  
  • Taman Tenaga akan menempati kawasan berjumlah 50 kilometer persegi  
  • Pelaburan fasa 1 dijangka cecah $1.6 bilion  
  • Setelah beroperasi, projek ini dijangka menyumbang lebih $6 bilion kepada KDNK Kerajaan Arab Saudi setiap tahun dan mencipta 100,000 peluang pekerjaan langsung dan tidak langsung

YAM Putera Mahkota Mohammed bin Salman bin Abdulaziz hari ini memecah tanah di Taman Tenaga Raja Salman (SPARK) yang terletak di Wilayah Timur Kerajaan Arab Saudi. SPARK ialah projek mega bandar raya tenaga berkeluasan 50 kilometer persegi yang akan meletakkan Arab Saudi sebagai hab tenaga, perindustrian dan teknologi global. Fasa pertama proses pembangunan berkenaan akan selesai menjelang tahun 2021.

generated by system

generated by system

generated by system

generated by system

generated by system

SPARK telahpun menarik pelaburan daripada syarikat-syarikat asing dan tempatan untuk mengeluarkan dan mengilangkan barangan serta perkhidmatan dalam sektor tenaga Kerajaan Arab Saudi. Pelaburan dalam fasa pertama projek ini dijangka mencecah sekitar $1.6 bilion.

Saudi Aramco merupakan aspek penting dalam pembangunan SPARK, membantu menghimpunkan perniagaan bagi memacu kecekapan dan mempromosi pembangunan teknologi, pembuatan dan eksport, selain membina rantaian bekalan tenaga bertaraf dunia. Peranan SPARK bagi mendayakan penyetempatan dalam rantaian bekalan tenaga Arab Saudi selari dengan matlamat strategik program Nilai Tambah Keseluruhan Dalam Kerajaan Arab Saudi (IKTVA) Saudi Aramco.

Menonjolkan peranan SPARK dalam menyerlahkan potensi penuh sumber tenaga Kerajaan Arab Saudi sejajar dengan rancangan transformasi ekonomi Kerajaan tersebut, T.Y.T. Khalid A. Al-Falih, Menteri Sumber Tenaga, Industri dan Mineral serta pengerusi Saudi Aramco berkata: "SPARK ialah salah satu projek negara yang bercita-cita tinggi, mengesahkan komitmen Kerajaan Arab Saudi terhadap Wawasan 2030 dengan mencipta ribuan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, berperanan sebagai pemangkin ekonomi dan memajukan kedudukan kukuh Arab Saudi dalam sektor tenaga global. Proposisi nilai unik taman tenaga tersebut menjadikannya destinasi ideal untuk syarikat-syarikat yang ingin melabur dalam pasaran perkhidmatan tenaga Arab Saudi yang pesat berkembang."

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Saudi Aramco Amin H. Nasser berkata: "Taman Tenaga Raja Salman akan mencetuskan era pertumbuhan baharu untuk salah satu sektor Kerajaan Arab Saudi yang pesat berkembang. Ia akan bertindak sebagai pintu masuk utama kepada ekonomi-ekonomi serantau dengan Saudi Aramco terus menjadi tumpuan industri minyak dan gas dunia. Kami berharap dapat berkolaborasi dengan rakan kongsi kukuh pertama di SPARK, memandangkan kami melabur dalam peluang-peluang perniagaan untuk pelabur-pelabur antarabangsa dan syarikat-syarikat sektor swasta di Kerajaan Arab Saudi. Kami bersama-sama membina hab tenaga bertaraf dunia yang akan mempercepatkan penyelesaian dalam seluruh rantaian nilai untuk beberapa generasi."

Setelah beroperasi, SPARK dianggarkan menyumbang sebanyak lebih $6 bilion kepada KDNK Kerajaan Arab Saudi setiap tahun dan mencipta sehingga 100,000 peluang pekerjaan langsung dan tidak langsung.

Catatan untuk Editor 

  • Saudi Aramco bekerjasama erat dengan Pihak Berkuasa Saudi untuk Bandar Perindustrian dan Zon Teknologi yang memainkan peranan penting dalam membangunkan bandar-bandar perindustrian dengan infrastruktur serta perkhidmatan bersepadu.
  • Dibina di bahagian Timur negara antara Dammam dan Al- Hasa, kawasan ini menempati keluasan lebih 50 kilometer persegi dan akan menghimpunkan kira-kira 300 kemudahan perindustrian dan perkhidmatan.
  • Dua pertiga daripada pembangunan tersebut meliputi tanah perindustrian. Bahagian selebihnya merupakan komuniti guna campur dengan perumahan, pejabat, pusat latihan, hotel dan kemudahan sokongan lain ditawarkan sebagai peluang pelaburan kepada para pelabur hartanah.
  • SPARK telahpun menarik minat daripada pelabur-pelabur antarabangsa utama seperti Schlumberger; Baker Hughes GE; Halliburton; Oilfields Supply Center; Emerson; National Energy Services; Valco; Huatong; Borets; dan Al-Rushaid Group.
  • Saudi Aramco akan memindahkan ibu pejabat operasi Penggerudian dan Kerja Pulih ke SPARK.
  • Zon logistik moden menghubungkan kepada kereta api GCC masa depan akan menawarkan pelbagai perkhidmatan luas dan melibatkan pelabuhan darat pedalaman, kawasan terikat dan taman logistik dengan gudang, antara lain. Pelabuhan darat yang amat berautomatik itu dijangka mempunyai kapasiti kargo tahunan sebanyak 8 juta tan metrik.
  • Taman tersebut menyumbang kepada misi Saudi Aramco untuk membangunkan sektor negara bagi industri dan perkhidmatan berkaitan tenaga.

Latar Belakang Saudi Aramco 

Saudi Aramco ialah sebuah syarikat tenaga dan kimia bersepadu yang terkemuka di dunia. Kami didorong oleh kepercayaan utama kami bahawa tenaga ialah suatu peluang. Bermula dengan mengeluarkan kira-kira satu daripada setiap lapan tong bekalan minyak mentah dunia hinggalah kepada membangunkan teknologi tenaga baharu, pasukan global kami berdedikasi untuk mencetuskan impak positif dalam segala-gala yang kami lakukan. Kami menumpu untuk menjadikan sumber-sumber kami lebih mampan dan lebih berguna, menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran jangka panjang di seluruh dunia. http://www.saudiaramco.com

Hubungi: international.media@aramco.com

 

Source: Saudi Aramco
Keywords: Oil/Energy Utilities