omniture

Park Place Technologies Peroleh CMG-Nicsa, Penyedia Penyelesaian IT Amerika Latin

Park Place Technologies
2018-12-14 01:40 1221

Pembelian perlihatkan pemerolehan keempat Park Place bagi 2018 

CLEVELAND, 14 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Park Place Technologies mengumumkan pemerolehan operasi Amerika Latin CMG-Nicsa, penyedia penyelesaian IT, infrastruktur sokongan dan perkhidmatan penyumberan luar di Amerika Latin dan Caribbean. Pemerolehan ini membolehkan Park Place Technologies, firma penyelenggaraan pusat data pasca jaminan terbesar dunia, untuk menawarkan perkhidmatannya kepada pelanggan yang berpangkalan atau menjalankan operasi di seluruh Amerika Latin.

Pelanggan-pelanggan Park Place Technologies akan mendapat manfaat daripada pusat panggilan mantap CMG-Nicsa dan penyediaan perkhidmatan lapangan, menyediakan jurutera-jurutera yang bertutur dalam bahasa Sepanyol dan Portugis. Bagi menyokong pemerolehan ini, Park Place Technologies akan membuka pejabat atau meluaskan pejabat CMG-Nicsa sedia ada di Uruguay, Argentina, Mexico dan Brazil. Park Place Technologies akan turut membuka Pusat Operasi di Uruguay dan Makmal Ujian serta Gudang Komponen di Mexico.

"Dengan CMG-Nicsa, kami memperoleh penyedia unggul bagi perkhidmatan penyelenggaraan pihak ketiga di Amerika Latin," kata Chris Adams, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Park Place Technologies. "Dengan fokus tertumpu pada kecemerlangan perkhidmatan dan pengetahuan setempat yang mendalam tentang landskap Amerika Latin, CMG-Nicsa berjaya membangunkan hubungan pelanggan jangka panjang yang mantap dan menjana nilai penting di wilayah LATAM dan Caribbean untuk pelanggan globalnya. Melalui pemerolehan ini, Park Place terus meluaskan kedudukan pasaran global kami sebagai peneraju jenama penyelenggaraan pihak ketiga. Proposisi nilai kami kepada pelanggan kami kini termasuk organisasi penyerahan perkhidmatan Amerika Latin terbesar dan penyedia penyelenggaraan pasca jaminan."

"Sebagai sebuah syarikat yang meluangkan masa untuk memahami keperluan sebenar pelanggan kami, kami berharap dapat bekerjasama dengan Park Place Technologies untuk membawa portfolio perkhidmatan penuh mereka ke rantau ini dan terus berkembang menerusi pengalaman pelanggan dan sokongan berkualiti tinggi yang diwujudkan oleh kami di Amerika Latin dan Caribbean," kata Christian Gouveia, pemilik bersama, CMG-Nicsa. "Kami teruja untuk memanfaatkan model jualan Park Place dan perkhidmatan pemantauan jarak jauh dipacu AI ParkView™ di rantau ini dan menggabungkan keupayaan dan pengalaman kami untuk terus menyokong dan memperkasa pelanggan Park Place tempatan dan global kami."

Gouveia akan menyandang jawatan baharu sebagai Pengurus Besar, LATAM dan Caribbean untuk Park Place Technologies, bagi menyelia operasi dan pertumbuhan berterusan.

Ini merupakan pemerolehan keempat buat Park Place Technologies pada tahun 2018, susulan pemerolehan Origina Technology Services berpangkalan di Ireland, Axentel Technologies berpangkalan di Singapura dan Solid Systems CAD Services (SSCS) berpangkalan di Houston. Pemerolehan ini akan bersama-sama terus meluaskan dengan ketara kehadiran Park Place Technologies di seluruh dunia dan memperlihatkan komitmen Park Place Technologies dalam memenuhi keperluan yang semakin meningkat untuk kumpulan pelanggan globalnya.

Latar Belakang Park Place Technologies
Ditubuhkan pada tahun 1991, Park Place Technologies menyediakan kaedah alternatif pasca jaminan untuk storan, pelayan dan penyelenggaraan perkakasan perangkaian untuk pusat-pusat data IT. Dengan akses 24/7 kepada pusat hubungan global, sokongan daripada jurutera paling termaju dalam industri dan pelbagai perkhidmatan memenangi anugerah yang utama dalam industri seperti ParkView™, Park Place Technologies memperkasa pelanggan-pelanggannya untuk meningkatkan kepantasan operasi dan memaksimumkan masa hidup. Menerusi lebih 15,000 pelanggan, termasuk semua OEM tahap satu, perkhidmatan Park Place Technologies tersebar merentas 36,000 pusat data di lebih 115 negara.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.parkplacetechnologies.com

Media Park Place Technologies

Jennifer Deutsch
jdeutsch@parkplacetech.com 
440-683-3105

Michael Miller
mmiller@parkplacetech.com 
440-683-9426

Andrea Farias
H+K
Andrea.Farias@idealhks.com 
55 11 99313-3112

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/535647/Park_Place_Technologies_Logo.jpg

Source: Park Place Technologies
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Acquisitions, mergers, takeovers