omniture

Essilor jalin kerjasama dengan Kerajaan Diraja Bhutan demi cita-citanya jadi negara pertama dunia basmi penglihatan kabur

Essilor
2018-12-14 02:54 1303

CHARENTON-LE-PONT, Perancis, 14 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Essilor menyatakan komitmen untuk terus meluaskan perniagaan inklusif uniknya dan program-program kebajikan bagi membasmi masalah penglihatan kabur yang tidak dilindungi dan tidak dibetulkan di Kerajaan Bhutan yang mana 25% penduduknya mengalami ralat reflaktif tidak dibetulkan dan kebanyakan penduduknya berisiko terdedah kepada sinar UVA/UVB disebabkan oleh altitud tinggi.

Hubert Sagnieres, Chairman, Essilor, with Dr. Lotay Tshering, Prime Minister of Bhutan.
Hubert Sagnieres, Chairman, Essilor, with Dr. Lotay Tshering, Prime Minister of Bhutan.

Hari ini, Kumpulan tersebut menandatangani Surat Hasrat bersama Kerajaan Diraja Bhutan dan Badan Monastik Pusat untuk mengukuhkan infrastruktur penjagaan penglihatan negara dengan mampan. Sejajar dengan cita-cita bersama mereka untuk membasmi masalah penglihatan kabur yang tidak dilindungi dan tidak dibetulkan, rakan-rakan kongsi tersebut akan menangani dua penghalang terbesar kepada penglihatan yang baik iaitu akses dan kesedaran, melalui latihan dan pembinaan keupayaan, sokongan kebajikan dan peningkatan kesedaran.

Pengerusi Essilor, Hubert Sagnieres, mengulas: "Penglihatan kabur memberi kesan kepada setiap aspek kehidupan seseorang, memberi impak kepada kebolehan mereka untuk belajar, bekerja, menjalani kehidupan dengan bebas dan merealisasikan potensi penuh mereka. Kami berbangga kerana dapat berkolaborasi dengan kerajaan Bhutan bagi membangunkan strategi dan tindakan yang akan dapat menyaksikan penglihatan yang kabur dihapuskan dari negara tersebut. Ini akan membawa kemakmuran dan kebahagiaan selanjutnya kepada penduduknya dan Essilor berada selangkah lebih hampir yang penting kepada cita-citanya untuk menghapuskan masalah penglihatan yang kurang baik di seluruh dunia dalam satu generasi."

Bercakap tentang perkongsian ini, Menteri Kesihatan Bhutan, Lyonpo Dechen Wangmo berkata: "Saya berasa amat gembira untuk berkongsi, di bawah naungan Yang Mulia Royal Grandmother Ashi Kesang Choden Wangchuck, bahawa Kementerian Kesihatan berbesar hati untuk menjadi rakan kongsi dalam wawasan Essilor untuk membasmi masalah penglihatan kabur. Saya yakin bahawa perkongsian ini menjadi permulaan kepada persahabatan yang penuh belas ihsan dengan matlamat yang sama untuk memberi bantuan kepada mereka yang paling memerlukan."

Bagi menangani masalah kekurangan ahli-ahli profesional penjagaan mata berkemahiran dan akses kepada kaca mata, Essilor akan membawa perniagaan inklusifnya yang paling berjaya, Eye Mitra™ ("Sahabat mata" dalam bahasa Hindi), dari India ke Bhutan. Dengan melatih golongan wanita dan lelaki untuk menjadi penyedia penjagaan penglihatan utama, Essilor akan menyokong mereka untuk membuka kedai-kedai optik dalam komuniti mereka. Ini bukan sahaja akan membantu meningkatkan akses secara mampan kepada penjagaan mata yang berkualiti dan berpatutan, tetapi juga dapat membawa nilai sosioekonomi kepada masyarakat luar bandar.

Untuk membaca teks penuh sila klik di sini.

HUBUNGI


Hubungan media

Komunikasi Misi

Maïlis Thiercelin

Lauren Wyper

mailis.thiercelin@essilor.com

lauren.wyper@essilor.com

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/796908/Essilor_Hubert_Sagnieres.jpg

Source: Essilor
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Not for profit