omniture

Suning bakal Pamer yang Terkini dalam Inovasi Peruncitan Pintar dan Kediaman Pintar berasaskan AI di CES 2019

Suning Holdings Group
2019-01-07 11:20 894
  • Penjual omnisaluran terbesar China bakal hadiri acara Januari di Las Vegas
  • Reruai 26030 bakal libatkan pembantu beli belah 'Magic Runway' dan 'Biu Robot'
  • Dr Jack Jing, Ketua Pegawai Operasi Suning Technology Group bakal bincang strategi RaaS Suning

LAS VEGAS, 7 Januari 2019 /PRNewswire/ -- Suning, syarikat gergasi komersial yang menduduki tempat kedua dalam kalangan perusahaan milik bukan kerajaan terkemuka China dan pemilik-pemilik Suning.com, sebuah syarikat jualan Fortune Global 500, akan mempamerkan operasi dan inovasi omnisaluran utamanya dalam bidang Peruncitan Pintar dan Kediaman Pintar di CES 2019, Las Vegas pada minggu hadapan.

Reruai Suning berada di #26030 di Kawasan LVCC S2
Reruai Suning berada di #26030 di Kawasan LVCC S2

Reruai Suning yang bertemakan 'Suning - Penjual Omnisaluran Terbesar China' dan terletak di Reruai 26030 di Kawasan LVCC S2, akan membawakan visi futuristik Peruncitan Pintar dan Kediaman Pintar kepada pengunjung dengan membawakan beberapa aplikasi komersial berasaskan AI dalam portfolio perniagaan semasa Suning.

Dr Jack Jing, Ketua Pegawai Operasi Suning Technology Group, yang akan mendedahkan lebih lanjut tentang strategi RaaS (Peruncitan sebagai satu Strategi) Suning berdasarkan konsep Peruncitan Pintar di CES 2019 berkata: "Kami teruja untuk menghadiri CES 2019 dan mendemonstrasikan lebih lanjut tentang amalan Peruncitan Pintar kami berserta kemajuan yang dicapai oleh kami dalam AI, termasuk di pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) Silicon Valley kami. Kami tidak sabar-sabar untuk mengalu-alukan pengunjung ke reruai kami dan menunjukkan kepada mereka bagaimana kami menggunakan teknologi AI untuk memahami tabiat pengguna, meramal trend penggunaan, membimbing pembuatan dan menyediakan pengguna dengan produk dan perkhidmatan yang pelbagai dan diperibadikan."

Aplikas-aplikasi dan produk-produk dipacu teknologi terkini yang dipamerkan di reruai Suning tahun ini akan menonjolkan:

  • The Magic Runway. Projek terkini yang terhasil daripada 'Makmal Aplikasi Inovasi' Pusat R&D Silicon Valley Suning, pengalaman maya dikuasakan oleh AR ini membolehkan pembeli belah mencuba pakaian berbeza dengan hanya beberapa gerakan isyarat sahaja, tanpa perlu meluangkan berjam-jam dalam bilik acu. Kemas kini baharu yang ditunjukkan di CES 2019 akan menjadi fungsi jurugaya pintar yang dapat mengesan jantina dan usia pengguna bagi menyediakan cadangan pakaian. Teknologi ini juga akan digunakan di Minggu Fesyen New York pada bulan September dan dijangka akan dibangunkan untuk senario beli belah berbeza demi menampung keperluan generasi pengguna baharu yang dipengaruhi oleh AI.

    Bill Shao, Pengarah Makmal Aplikasi Inovasi Pusat R&D Silicon Valley Suning, menambah: "Kami mendapati bahawa pengguna meluangkan banyak masa menunggu bilik acu kosong bagi mencuba pakaian. Sebagai penjual pintar, Suning ingin mewujudkan pengalaman beli belah yang lebih cekap, mudah dan menarik untuk mereka dan kami telah mencipta The Magic Runway untuk tujuan berkenaan. Kami merancang untuk mengaplikasikannya kepada pusat beli belah Suning sendiri di China bagi mengamalkan tabiat penggunaan masa depan."
  • Aliran penumpang kedai fizikal dan analisis agihan haba. Menggunakan pengecaman wajah dan visualisasi data bagi mengumpul dan menganalisis maklumat dalam kedai untuk segmentasi dan pemprofilan pelanggan, teknologi ini dapat menghitung dengan tepat aliran penumpang dan merekodkan pilihan keutamaan pelanggan. Peta haba kemudiannya dihasilkan berdasarkan analisis haba, yang menggambarkan taburan aliran penumpang. Ini dapat membantu pengendali kedai meramalkan aliran dan menganalisis tabiat pengguna, meningkatkan kecekapan dan pengurusan barangan. Teknologi ini digunakan secara meluas di outlet-outlet jualan Suning dan dapat memperkasa perniagaan di kedai.
  • Biu Robot. Robot beli belah AI berasaskan pengecaman emosi, Biu Robot boleh dianggap sebagai sebuah mesin layan diri pintar. Robot ini dapat meronda dalam lingkungan tertentu di mana-mana tempat membawa barangan dan menggunakan teknologi pengecaman berat bagi mengenal pasti sebarang barangan yang diambil oleh pelanggan yang lalu lalang. Pelanggan kemudiannya dapat membuat bayaran hanya dengan mengimbas kod QR pada robot ini. Biu Robot dapat digunakan dengan mudah dan bersifat anjal untuk digunakan dalam pelbagai senario, justeru membantu meningkatkan operasi peruncitan pintar automatik.

Suning akan turut mempamerkan kemajuan terkininya dalam Kediaman Pintar seperti 'Magic Mirror'Biu Smart Speaker dan PPTV Quantum dot TV, menampilkan platform Biu OS yang dibangunkan oleh Suning yang berasaskan IoT dan kawalan suara pintar perintis. Pada 7 Januari, Dr Jing akan turut berucap di China Night, sebuah acara yang bersama-sama dianjurkan oleh Konsulat Jeneral China di San Francisco dan Jawatankuasa Penganjur bagi Ekspo Teknologi Maklumat China (CITE). Ia diwujudkan bagi memudahkan komunikasi antara syarikat-syarikat Cina dan luar negara serta akan membangunkan platform untuk menonjolkan peluang-peluang.

Reruai Suning akan ditempatkan di Reruai 26030 di Kawasan LVCC S2.

Latar Belakang Suning 

Ditubuhkan pada tahun 1990, Suning ialah salah sebuah syarikat perusahaan komersial terkemuka di China yang mempunyai dua syarikat awam di China dan Jepun. Pada tahun 2018, Suning Holdings menduduki tempat kedua antara 500 perusahaan milik bukan kerajaan terbaik di China dengan pendapatan tahunan mencecah 80.85 bilion USD (557.9 bilion RMB). Dengan misi "Menerajui Ekosistem merentas Industri dengan Mencipta Kualiti Kehidupan Elit buat Semua", Suning memperkukuh dan mengembangkan perniagaan utamanya melalui lapan industri vertikal: Suning.com, Logistik, Perkhidmatan Kewangan, Teknologi, Hartanah, Sukan, Media & Hiburan dan Pelaburan. Suning.com tersenarai dalam Fortune Global 500 bagi tahun 2018. Untuk maklumat lanjut kunjungi www.suningholdings.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190104/2338711-1

Source: Suning Holdings Group
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Retail New products/services Trade show news