omniture

MGI Umum Pencapaian 1,000 Penjujuk Dipasang dan Buka Program Akses Awal untuk Penjujuk Daya Pemprosesan Ultra Tinggi Rintis, MGISEQ-T7

MGI
2019-01-09 19:32 764

SAN JOSE, Calif., 9 Januari 2019 /PRNewswire/ -- MGI, ditubuhkan pada tahun 2016 sebagai subsidiari peneraju genomik global BGI Group, mengumumkan bahawa ia telah mencapai kejayaan baharu dengan 1,000 penjujuk MGI dipasang di 16 negara. Ketua Pegawai Operasi MGI Dr. Hui Jiang turut mengumumkan ketersediaan program akses awal MGI untuk penjujuk genetik daya pemprosesan ultra tinggi terbaharunya, MGISEQ-T7, semasa pembentangan di Minggu Focus@JPM China pada sebelah malam Persidangan Penjagaan Kesihatan J.P. Morgan tahunan ke-37.

Ketua Pegawai Operasi MGI Dr. Jiang Hui di Persidangan Penjagaan Kesihatan J.P. Morgan tahunan ke-37
Ketua Pegawai Operasi MGI Dr. Jiang Hui di Persidangan Penjagaan Kesihatan J.P. Morgan tahunan ke-37

MGISEQ-T7 amat meningkatkan kelajuan, daya pemprosesan dan kefleksibelan penjujukan DNA dengan mendayakan operasi serentak namun bebas sehingga empat sel aliran dalam satu operasi. Platform sel aliran-kuad yang inovatif membolehkan berbilang sel aliran dengan panjang dan aplikasi bacaan berbeza diproses secara berasingan pada bila-bila masa. Penjujukan PE150 mengambil masa kurang daripada 24 jam pada muatan penuh untuk siap. Teknologi proprietari MGI, termasuk DNBseq™ digunakan dalam T7, memberikan ketepatan yang amat tinggi dan meningkatkan kecekapan melalui penaiktarafan kepada sel aliran, bendalir dan sistem biokimia serta optik. Platform ini dapat menghasilkan sehingga 6Tb data harian, bersamaan dengan sehingga 60 genom manusia keseluruhan dalam sehari.    

Penjujuk Genetik daya pemprosesan ultra tinggi MGISEQ-T7
Penjujuk Genetik daya pemprosesan ultra tinggi MGISEQ-T7

Teknologi MGI meningkatkan tahap kelajuan, kecekapan dan kemampuan projek-projek kesihatan dengan populasi besar. Pada masa lalu, program 100,000-populasi-genom mengambil masa empat hingga enam tahun untuk siap, namun kini dengan menggunakan enam penjujuk MGISEQ-T7, projek-projek sedemikian dapat diselesaikan hanya dalam tempoh setahun, pada kos yang jauh lebih rendah.

Program akses awal ini menyokong kolaborasi bagi pembangunan teknologi dan aplikasi genetik. Ia membolehkan penyesuaian instrumen dan reagen serta model kewangan yang inovatif. MGI merancang untuk meluaskan program ini ke peringkat antarabangsa pada tahun akan datang. Platform MGI mendapat sokongan seluruh dunia, dengan lebih 135 penerbitan menggunakan penjujuk MGI serta lebih 20 petabait data terhasil.

Kemajuan Teknologi Penjujukan Proprietari MGISEQ/BGISEQ
Kemajuan Teknologi Penjujukan Proprietari MGISEQ/BGISEQ

Selain portfolio produk penjujuknya, MGI membangunkan portfolio produk melibatkan stesen kerja penyediaan sampel automatik bagi memenuhi keperluan penjujukan genomik dengan daya pemprosesan ultra tinggi. Dr. Jiang turut memperkenalkan siri produk stesen kerja MGISP untuk penyediaan sampel, siri produk MegaBOLT untuk mempercepatkan analisis bioinformatik dan sistem perisian ZLIMS untuk pengurusan makmal dengan proses penjujukan NGS.

Penjujuk Genetik MGISEQ-2000
Penjujuk Genetik MGISEQ-2000

Di Persidangan Penjagaan Kesihatan J.P. Morgan, MGI turut mengumumkan satu perkongsian global dengan Paragon Genomics, peneraju bagi penyelesaian pengayaan sasaran dan penyediaan pustaka berasaskan amplikon untuk cerakinan penjujukan generasi seterusnya (NGS). MGI akan mengedarkan Panel NGS CleanPlex® Paragon Genomics untuk digunakan dengan platform penjujukan MGI di kesemua wilayah kecuali A.S. dan Paragon Genomics akan mengedarkan sistem stesen kerja penyediaan sampel automatik MGI di A.S. dan Kanada.

Latar Belakang MGI

MGI Tech Co., Ltd. (MGI), subsidiari BGI Group, komited untuk mendayakan penyelesaian penjagaan kesihatan yang berkesan dan berpatutan untuk semua. Berdasarkan teknologi proprietarinya, MGI mengeluarkan peranti penjujukan, peralatan, produk guna habis dan reagen untuk menyokong penyelidikan sains hayat, perubatan dan penjagaan kesihatan. Platform berbilang omik MGI melibatkan penjujukan genetik, spektrometri jisim dan pengimejan perubatan. Menyediakan penyelesaian waktu nyata, komprehensif dan bertahan lama, matlamatnya adalah untuk membangunkan dan mempromosi instrumen sains hayat termaju untuk penjagaan kesihatan masa depan.

Latar Belakang BGI Group

BGI ditubuhkan pada tahun 1999 dengan visi untuk menggunakan genomik demi manfaat manusia dan sejak itu menjadi salah sebuah organisasi genomik yang terbesar di dunia. Dengan tumpuan terhadap penyelidikan dan aplikasi dalam bidang penjagaan kesihatan, farmaseutikal, pemuliharaan dan alam sekitar, BGI memiliki rekod prestasi terbukti bagi penyelidikan berprofil tinggi yang inovatif, yang telah menghasilkan lebih 2,130 penerbitan. Matlamat BGI adalah untuk menjadikan genomik canggih mudah diakses oleh komuniti penyelidikan global dan pasaran klinikal dengan menyepadukan rangkaian teknologi utama yang paling luas dalam industri, termasuk platform penjujukan milik BGI, ekonomi bidangan dan sumber bioinformatik berkepakaran. BGI turut menawarkan portfolio luas melibatkan produk-produk ujian genetik transformatif untuk penyakit-penyakit utama, membolehkan penyedia perubatan dan pesakit seluruh dunia merealisasikan janji diagnostik berasaskan genomik dan penjagaan kesihatan diperibadikan.

HUBUNGAN MEDIA

Kristi Heim, Timbalan Pengarah Komunikasi BGI
+1 206-778-7411 
kheim@genomics.cn

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190107/2339802-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190107/2339802-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190107/2339802-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190107/2339802-1-d

Source: MGI
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)