omniture

Huawei Lancar Suis Pusat Data Pertama Industri Dibina untuk Era AI: CloudEngine 16800

Huawei
2019-01-10 17:17 858

BEIJING, 10 Januari 2019 /PRNewswire/ -- Hari ini, Huawei memperkenalkan suis pusat data pertama dalam industri yang dibangunkan untuk era Kecerdasan Buatan (AI) -- CloudEngine 16800, di majlis pelancaran produk rangkaiannya untuk Musim Bunga 2019 yang bertemakan "CloudEngine Dibangunkan untuk Era AI". Huawei menakrifkan tiga ciri untuk suis pusat data dalam era AI: cip AI terbenam, kad talian 48-port 400GE setiap slot dan keupayaan untuk berkembang menjadi rangkaian pemanduan berautonomi serta menggabungkan teknologi AI kepada suis pusat data dengan inovatif. Penggunaan pervasif AI akan membantu para pelanggan mempercepatkan proses transformasi pintar.

Menurut Wawasan Industri Global (GIV) Huawei 2025, kadar penerimaan AI akan meningkat daripada 16% pada tahun 2015 kepada 86% pada tahun 2025. Keupayaan untuk memanfaatkan AI bagi membentuk semula model perniagaan, membuat keputusan dan meningkatkan pengalaman pelanggan akan menjadi daya penggerak utama. Kevin Hu, Presiden Barisan Produk Rangkaian Huawei, berkata, "Dunia pintar yang terhubung sepenuhnya pantas menghampiri. Pusat-pusat data menjadi teras dalam infrastruktur baharu seperti 5G dan AI. Huawei akan mula memperkenalkan teknologi AI kepada suis pusat data, membawa rangkaian pusat data daripada era awan kepada era AI."

Dengan kedatangan era AI, kuasa pengkomputeran AI dipengaruhi oleh prestasi rangkaian pusat data, yang menjadi kesesakan utama dalam proses komersial AI. Bagi Eternet tradisional, kuasa pengkomputeran AI bagi pusat data hanya dapat mencecah sehingga 50 peratus lantaran kadar kehilangan paket sebanyak 1/1000. Dalam masa yang sama, industri berharap jumlah data tahunan seluruh dunia akan meningkat daripada 10 zetabait pada tahun 2018 kepada 180 zetabait (180 bilion terabait) pada tahun 2025. Rangkaian pusat data 100GE sedia ada tidak akan berupaya mengendalikan lambakan data yang diramalkan. Selain itu, kaedah-kaedah O&M manual tradisional tidak akan berupaya memenuhi keperluan memandangkan bilangan pelayan pusat data terus meningkat dan rangkaian pengkomputeran, rangkaian storan dan rangkaian data menjadi tertumpu. Oleh itu, penting agar teknologi inovatif dibangunkan dan diperkenalkan bagi meningkatkan keupayaan O&M pintar.

"Suis pusat data yang dibangunkan untuk era AI mempunyai tiga ciri," kata Kevin Hu, iaitu "cip AI terbenam, kad talian 48-port 400GE setiap slot dan keupayaan untuk berkembang kepada rangkaian pemanduan berautonomi."

Suis pusat data pertama industri dengan cip AI terbenam, mencapai kuasa pengkomputeran AI 100%

CloudEngine 16800, suis pusat data pertama dalam industri yang memanfaatkan kuasa cip AI berprestasi tinggi terbenam, menggunakan algoritma iLossless yang inovatif untuk melaksanakan pengesanan-auto dan pengoptimuman-auto bagi model trafik, merealisasikan kependaman lebih rendah dan daya pemprosesan lebih tinggi berdasarkan sifar kehilangan paket. CloudEngine 16800 dapat menangani kekangan kuasa pengkomputeran yang disebabkan oleh kehilangan paket pada Eternet tradisional, meningkatkan kuasa pengkomputeran AI daripada 50 peratus hingga 100 peratus serta meningkatkan Operasi Input/Output Setiap Saat (IOPS) storan data sebanyak 30 peratus.

Kad talian 48-port 400GE bagi setiap slot dengan kepadatan tertinggi industri, memenuhi keperluan pertumbuhan trafik 5-kali ganda dalam era AI

CloudEngine 16800 mempunyai platform pensuisan perkakas yang dinaik taraf dan menerusi seni bina ortogonnya, dapat menangani pelbagai cabaran teknikal seperti transmisi isyarat berkelajuan tinggi, pelesapan haba dan bekalan kuasa. Ia menyediakan kad talian 48-port 400GE bagi setiap slot dengan kepadatan tertinggi industri serta kapasiti pensuisan 768-port 400GE terbesar dalam industri (lima kali ganda berbanding purata industri), memenuhi keperluan penggandaan trafik dalam era AI. Selain itu, penggunaan kuasa setiap bit dikurangkan sebanyak 50%, bagi memastikan operasi yang lebih mesra alam.

Mendayakan rangkaian pemanduan berautonomi, mengenal pasti kerosakan dalam beberapa saat dan mengesan kerosakan secara automatik dalam beberapa minit

CloudEngine 16800 dibenamkan dengan cip AI, meningkatkan tahap kecerdasan peranti yang digunakan pada pinggir rangkaian dan membolehkan suis ini untuk melaksanakan inferens setempat dan proses membuat keputusan yang pantas pada waktu nyata dengan ketara. Dengan kecerdasan setempat CloudEngine 16800 dan penganalisis rangkaian terpusat, FabricInsight, seni bina O&M AI teragih mengenal pasti kerosakan dalam beberapa saat dan mengesan kerosakan tersebut dalam beberapa minit, justeru membantu mempercepatkan kemunculan rangkaian pemanduan berautonomi secara automatik. Di samping itu, seni bina ini meningkatkan kefleksibelan dan kebolehaturan sistem O&M dengan ketara.

Leon Wang, Pengurus Besar Domain Rangkaian Pusat Data Huawei, berkata, "Suis pusat data siri CloudEngine Huawei dilancarkan dengan jayanya kepada kegunaan komersial untuk lebih 6000 pelanggan, membantu transformasi digital untuk pelanggan industri seperti kewangan, Internet dan pelanggan pembawa. Huawei melancarkan CloudEngine 16800 untuk membantu pelanggan-pelanggan mempercepatkan transformasi pintar, mencapai penggunaan AI secara pervasif dan bersama-sama membina dunia pintar yang terhubung sepenuhnya."

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services