omniture

Mesyuarat untuk tingkatkan ketersambungan China-Singapura diadakan di Chongqing

China-Singapore (Chongqing) Demonstration Initiative on Strategic Connectivity Administrative Bureau
2019-01-12 00:06 1301

CHONGQING, China, 12 Januari 2019 /PRNewswire/ -- Mesyuarat keempat bagi jawatankuasa pelaksanaan Inisiatif Demonstrasi terhadap Ketersambungan Strategik China-Singapura (Chongqing) dan Dialog mengenai Pembinaan Bersama Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu diadakan dengan jayanya di Perbandaran Chongqing China pada 7 dan 8 Januari.

Wakil-wakil daripada kementerian-kementerian Cina termasuk Kementerian Perdagangan dan Kementerian Luar Negeri, ketua-ketua perusahaan milik negeri termasuk China Railway Corporation dan China COSCO Shipping Corporation Limited, delegasi-delegasi daripada 12 wilayah dan bandar Cina serta wakil-wakil daripada lingkungan politik, perniagaan dan media Singapura, Vietnam, Thailand, Kemboja dan Filipina menghadiri mesyuarat ini.

Mesyuarat ini bersama-sama dipengerusikan oleh Chan Chun Sing, Menteri Perdagangan dan Industri Singapura dan Tang Liangzhi, datuk bandar Perbandaran Chongqing.

Mesyuarat keempat jawatankuasa pelaksanaan Inisiatif Demonstrasi terhadap Ketersambungan Strategik China-Singapura (Chongqing) telahpun diadakan dari 7 hingga 8 Januari di Chongqing.
Mesyuarat keempat jawatankuasa pelaksanaan Inisiatif Demonstrasi terhadap Ketersambungan Strategik China-Singapura (Chongqing) telahpun diadakan dari 7 hingga 8 Januari di Chongqing.

Mesyuarat ini menyemak laporan tentang kemajuan terkini projek ketersambungan dan pembinaan koridor perdagangan darat-laut serta mengesahkan lima projek mercu tanda termasuk koridor baharu darat-laut, saluran data khas China-Singapura, zon demonstrasi untuk kerjasama kewangan, taman perindustrian penerbangan dan sidang kemuncak kewangan.

Chan Chun Sing berkata di sebalik fahaman perlindungan perdagangan global, projek ketersambungan ini telah menghubungkan China dan Singapura dengan dunia. Ia telah menonjolkan keazaman China untuk membuka pintu dan menyepadukan ekonominya kepada dunia.

Projek ketersambungan strategik ini ditandatangani pada November 2015 di Singapura. Kini, projek kolaborasi pihak ketiga telah menjadi platform penting untuk mengukuhkan perkongsian kerjasama komprehensif antara China dan Singapura.

Tang berkata, untuk langkah seterusnya, mereka akan memperdalam dan mengukuhkan projek ketersambungan, mengukuhkan komunikasi dan kolaborasi, menumpu pada projek-projek utama, meluaskan bidang kerjasama, menonjolkan tugas-tugas utama, mendorong pembaharuan dan inovasi, melanjutkan hasil dalam membuka pintu dan melibatkan lebih banyak pihak ke dalam projek.

Dialog mengenai Pembinaan Bersama Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu telahpun diadakan di Chongqing, 8 Januari.

Dialog mengenai Pembinaan Bersama Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu telahpun diadakan di Chongqing, 8 Januari.
Dialog mengenai Pembinaan Bersama Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu telahpun diadakan di Chongqing, 8 Januari.

Tang berkata bahawa beberapa pencapaian rintis dalam perkhidmatan kewangan, industri penerbangan, logistik dan maklumat pengangkutan serta teknologi komunikasi dibuat dalam pembinaan koridor perdagangan darat-laut, hasil daripada sokongan pemimpin-pemimpin daripada kedua-dua negara dan pihak-pihak berkaitan.

Beliau mencadangkan agar kedua-dua pihak harus melakukan usaha selanjutnya untuk mempromosi ketersambungan; mengukuhkan kerjasama antarabangsa; dan meningkatkan kesan yang tersebar daripada koridor untuk menggalakkan kerjasama kakitangan, logistik, modal dan maklumat antara barat China, anggota-anggota ASEAN dan lain-lain.

Chan berkata bahawa projek ketersambungan dan pembinaan bersama koridor perdagangan darat-laut menepati aspirasi yang sama antara kedua-dua negara bagi meningkatkan kesalinghubungan dan memperkukuh kerjasama. Ia akan meningkatkan daya saing kedua-dua negara dan mendorongnya ke arah kemakmuran. Beliau mencadangkan agar kedua-dua pihak memainkan peranan koridor perdagangan darat-laut sepenuhnya, mengurangkan kos pembiayaan untuk perusahaan di barat China serta mengukuhkan ketersambungan serantau, antara rantau dan di dunia.

Menteri tersebut berkata, untuk mengurangkan kos operasi dan menggalakkan kemajuan ekonomi yang lebih besar, kedua-dua pihak harus menambah baik jaringan pengangkutan demi mencapai ketersambungan antara data, bakat, teknologi dan kewangan.

Untuk terus meluaskan "lingkungan rakan" koridor perdagangan darat-laut, kerajaan-kerajaan Chongqing, Guangxi, Guizhou, Gansu, Qinghai, Xinjiang, Yunnan dan Ningxia menandatangani perjanjian pembinaan bersama untuk koridor perdagangan darat-laut pada 7 Januari.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190109/2342471-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190109/2342471-1-b

 

Source: China-Singapore (Chongqing) Demonstration Initiative on Strategic Connectivity Administrative Bureau
Keywords: Banking/Financial Service Construction/Building Telecommunications Transportation Trade policy