omniture

Huion pamer paparan pen Kamvas Pro di CES Las Vegas 2019

Huion
2019-01-12 00:57 1413

Rangkul dunia, cipta masa depan. Peranti input grafik kreatif bersedia bantu impian jadi kenyataan

LAS VEGAS, 12 Januari 2019 /PRNewswire/ -- Sebagai persada global untuk inovasi, CES juga berperanan sebagai tempat perhimpunan dunia buat semua yang berkembang maju dalam perniagaan teknologi pengguna. Sebagai penginovasi teknologi serta pemikir kreatif, Huion turut menghadiri acara ini bagi menyambut ketibaan tahun 2019.

Huion hadiri Pameran Elektronik Pengguna Las Vegas 2019
Huion hadiri Pameran Elektronik Pengguna Las Vegas 2019

"Maklum balas pelanggan bukan sahaja memberikan kami hala tuju kepada pembangunan, tetapi juga harus dianggap sebagai sebahagian daripada standard produk kami," kata Henry Xu, Ketua Pegawai Eksekutif HUION Animation Technology, "yang akan menjadi laluan yang diambil oleh Huion beberapa tahun akan datang." Dengan itu, produk-produk terkini yang dibawa ke CES oleh Huion semestinya dapat menggamit perhatian komuniti CG serta pekerja-pekerja kreatif.

Paparan Pen Kamvas Pro 13

Kamvas Pro 13, telah menjadi salah satu peranti input grafik paling popular dalam pasaran global pada tahun 2018 sejak dilancarkan. Selain daripada skrin berlaminasi penuh, yang membantu menghilangkan perbezaan visual antara kursor dan mata pen, Kamvas Pro 13 juga mempunyai beberapa spesifikasi teknikal yang cemerlang. Sebagai contoh, kadar laporan utama industri 266PPS bukan sahaja dapat mengelakkan pengguna daripada mengalami ketinggalan maklum balas dan garisan terputus-putus, tetapi juga memberi manfaat sepenuhnya kepada 8,192 tahap kepekaan tekanan, yang membolehkan pengguna mengekspresikan diri mereka dengan bebas dan tepat. Hasil daripada gamut warna sRGB 120%, karya yang terhasil menjadi lebih hidup, justeru intipati karya dapat disampaikan dengan lebih baik melalui persembahan warna yang lebih beraneka.

Selain itu, pen digital yang direka oleh Huion dibangunkan secara eksklusif dengan mata pen yang fleksibel untuk menghasilkan input garisan yang lebih baik dengan tahap tekanan berbeza-beza serta berus yang dicondongkan pada sudut +60. Dua butang pada pen diprogramkan masing-masing sebagai pemadam dan klik-kanan pada tetikus yang setara asalnya, dengan ciri cembung untuk mencegah klik yang tidak disengajakan.

Paparan Pen KAMVAS Pro 13
Paparan Pen KAMVAS Pro 13

Paparan Pen Kamvas Pro 22

Teknologi resonans elecktromagnet tanpa bateri yang diaplikasikan oleh Huion membolehkan pengguna mencipta dengan lebih kefleksibelan. Tiada lagi wayar pada pen apabila bekerja dan tiada lagi berlakunya bateri rendah apabila inspirasi tercetus. Paparan pen Kamvas Pro 22 dibangunkan dengan teknologi EMR, dihasilkan untuk memudahkan pengguna mereka bentuk dengan lebih baik. Kaca antisilau dengan permukaan berkabut diaplikasikan pada Kamvas Pro 22 dapat melindungi mata pengguna daripada silau yang berbahaya dan sekaligus memberikan pengalaman melukis di atas kertas yang sebenar.

Paparan produk 

Lebih banyak produk baharu dicipta oleh Huion akan diperkenalkan pada tahun 2019. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk, sila layari www.huion.com.

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan tentang produk, sila hubungi pengurus di talian +86-182-1916-9409 atau emelkan kepada service@huion.com.

Latar Belakang HUION

Huion Animation Technology Co., Ltd. ditubuhkan pada tahun 2011. Sebagai sebuah perusahaan berteknologi tinggi negara dengan pelbagai paten dikeluarkan dan keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bebas, Huion kini menjadi pengeluar kedua terbesar untuk peranti lukisan digital dan input grafik. Huion mereka bentuk, mengeluarkan dan memasarkan tablet pen serta paparan pen bagi siri Kamvas dan Inspiroy termasuk peranti input grafik lain yang pelbagai jenisnya. Huion turut menyediakan penyelesaian OEM dan ODM individu. Tatkala industri berkembang, pengalaman pengguna yang lebih baik akan dihasilkan oleh Huion.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190110/2343712-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190110/2343712-1-b

 

Source: Huion
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Trade show news