omniture

Firma Teknologi Pemasaran Prestasi selesaikan Pembiayaan USD 10MM

iKala
2019-01-16 02:26 1618

TAIPEI, Taiwan, 16 Januari 2019 /PRNewswire/ -- iKala, salah satu rakan kongsi Google Cloud yang terbesar, telahpun menyelesaikan pembiayaan siri A+ olehnya dengan menambah saiz pusingan A terdahulu kepada USD 10MM dengan pihak pelabur yang sama. Selain menyediakan teknologi awan dan AI kepada pelanggan korporat, iKala kini menggunakan keupayaan ini untuk menangani beberapa masalah paling penting dalam pengiklanan. "Sebenarnya, ia merupakan suatu kejutan gembira buat saya apabila teknologi awan dan AI kami dapat diperluas dengan mudah bagi membantu pengiklan melaksanakan pemasaran prestasi dan memperuntukkan belanjawan iklan mereka dengan amat bijak. Inilah yang kami gelar sebagai 'Awan untuk Pemasaran (C4M),'" kata Ketua Pegawai Eksekutif iKala Sega Cheng.

Pengasas-pengasas Bersama iKala: (Dari kiri) Keynes Cheng, Candy Hsu, Sega Cheng, Frank Gong
Pengasas-pengasas Bersama iKala: (Dari kiri) Keynes Cheng, Candy Hsu, Sega Cheng, Frank Gong

"KOL Radar", enjin carian pihak pengaruh yang dilancarkan oleh iKala pada Jun lalu, didatangkan dengan matlamat bercita-cita tinggi untuk "mengaturkan maklumat pihak berpengaruh dan menjadikannya boleh diakses dan berguna untuk pengiklan." iKala menggunakan AI secara meluas untuk mengukur prestasi pemasaran pihak berpengaruh dan turut memberi cadangan pihak berpengaruh yang tepat kepada pengiklan. KOL Radar telahpun digunakan oleh lebih 4,000 pengiklan di dunia, termasuk beberapa buah syarikat Fortune 500. Menurut Mediakix, sebuah firma pengiklanan, saiz pasaran bagi pemasaran pihak berpengaruh akan berkembang daripada USD 1.6B pada tahun 2018 kepada USD 10B pada tahun 2020.

Satu lagi produk, "Shoplus", ialah jawapan iKala kepada dagangan sosial dalam pasaran ASEAN. Dianggarkan bahawa terdapat 2 juta penjual sosial di Thailand dan 51% pembeli belah dalam talian membeli barangan melalui media sosial. Shoplus merupakan aplikasi percuma namun lengkap untuk peniaga melaksanakan e-dagang melalui rangkaian sosial, menerusi pengurusan pesanan lengkap, khidmat pelanggan, pembayaran, logistik dan ciri-ciri iklan. "Ia juga melibatkan pengukuran prestasi penjual sosial, membantu mereka melakukan lebih baik dalam menjual dan seterusnya memasarkan semula," kata Sega Cheng. Dilancarkan pada September lalu, Shoplus telah mengumpulkan lebih 70,000 peniaga di Thailand dan Vietnam, menjangkakan daya tarikan yang lebih kuat ke hadapan memandangkan saiz pasaran untuk iklan e-dagang akan berganda setiap tahun, menurut DMA.

"Terdapatnya anjakan paradigma yang jelas dalam pengiklanan, orang ramai beralih kepada pemasaran berasaskan prestasi, dan bukannya mengejar impresi maksimum," kata Sega Cheng, "dan usaha untuk menyelesaikan masalah-masalah pengukuran penting ini benar-benar memerlukan pembelajaran mesin dan bakat AI terbaik. Oleh itu, sekiranya anda ingin menangani cabaran dan membangunkan aplikasi AI pada skala global, anda dialu-alukan untuk menyertai kami." Beroperasi di Thailand, Vietnam, Taiwan, Singapura, Jepun dan Hong Kong, iKala akan meluaskan pasukannya secara agresif daripada 100 kepada 150 kakitangan pada tahun 2019.

"Kami melakukan banyak kemajuan menarik dalam menggunakan pembelajaran mesin secara meluas," simpul Sega Cheng, "dan saya berasa gembira kerana apa yang kami lakukan merupakan AI bertumpu manusia yang sebenar, justeru menjadikan orang ramai sekali lagi bernilai." Bermula daripada tapak yang kukuh melalui infrastruktur awan, kini iKala komited untuk menjadi peneraju dalam teknologi pemasaran prestasi.

Latar Belakang iKala  

iKala ialah sebuah syarikat teknologi pemasaran dipacu-AI. Beribu pejabat di Taiwan dan beroperasi di Singapura, Taiwan, Jepun, Thailand dan Vietnam, iKala mengkhusus untuk membangunkan teknologi pemasaran prestasi yang dapat membantu pengiklan dan pemasar melakukan pekerjaan dengan lebih baik. Lebih 4,000 pengiklan dan jenama, termasuk syarikat-syarikat Fortune 500 menggunakan teknologi iKala bagi mendekati dan menjual kepada pelanggan mereka. iKala diiktiraf oleh Google sebagai Rakan Kongsi Teknologi Google dan Rakan Kongsi Ulung Google Cloud.

Laman Sesawang: https://ikala.tv/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190114/2345747-1

Source: iKala
Keywords: Advertising Computer/Electronics Electronic Commerce Social Media Corporate Expansion Financing agreements Data Analytics