omniture

QATAR TOUR 2019: HARI PERTAMA PENUH AKSI DI DOHA UNTUK PARIS SAINT-GERMAIN

Paris Saint Germain Football
2019-01-17 04:03 1430

DOHA, 17 JANUARI 2019 /PRNewswire/ -- Pada hari Isnin, 14 Januari, bagi sebahagian daripada acara Qatar Tour, para pemain Paris Saint-Germain telah menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh kelab tersebut dan rakan kongsi Qatar nya.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8481251-paris-saint-germain-football-qatar-tour/

Qatar National Tourism Council (QNTC) telah membawa Neymar Jr., Gianluigi Buffon, Angel Di Maria dan Thiago Silva ke tengah padang pasir untuk merakam tayangan iklan bagi prestasi, intensiti dan ketabahan para atlit.

Alphonse Aréola, Thilo Kehrer, Presnel Kimpembe, Thomas Meunier dan Christopher Nkunku merupakan antara penumpang-penumpang pertama yang menaiki laluan metro yang bakal dibuka tidak lama lagi, menuju ke Stadium Al Wakrah, serta menikmati lawatan eksklusif di sekitar arena tersebut yang sedang berada di dalam pembinaan bagi menyambut Piala Dunia FIFA 2022.

Dani Alves, Edinson Cavani, Marquinhos, Kylian Mbappé, dan Marco Verratti membentuk satu kumpulan di Kempinski Hotel bagi membuat rakaman iklan untuk bank Qatari, QNB

Jurulatih Thomas Tuchel dan Maxwell menjelajah kemudahan-kemudahan sukan yang ada di Aspire Complex dan menghadiri sesi latihan pemuda di samping jurulatih-jurulatih Aspire Academy.

Lebih daripada 300 kanak-kanak telah hadir di acara perasmian Paris Saint-Germain's Doha Academy pada hari ini. Dengan kehadiran para pemain iaitu Presnel Kimpembe, Layvin Kurzawa, Moussa Diaby, Stanley Nsoki dan Colin Dagba, kanak-kanak turut gembira mengambil gambar bersama mereka dan mendapatkan tanda tangan di Akademi tersebut yang terletak di kawasan Qatar Foundation.

Kerjasama terkini di antara Paris Saint-Germain dan pereka fesyen dari India, Manosh Arora, telah ditonjolkan di Kempinski Hotel. Marco Verrati dan Eric Maxim Choupo-Moting berada di dalam barisan yang sama dengan model-model fesyen bagi menggayakan pelbagai rekaan antarabangsa yang julung kali dilancarkan di Qatar.

Para peminat Qatar berkumpul beramai-ramai di sesi tanda tangan yang dianjurkan di butik Saint-Germain di pusat membeli-belah Villagio. Thomas Meunier dan Thilo Kehrer berkongsi detik-detik istimewa dengan para penyokong yang hadir.

Di Pantai Katara di utara Doha, para pemain bola sepak termasuk Christopher Nkunku, Alphonse Areola dan Sébastien Cibois mencuba nasib dalam menentang para pemain eSports profesional bagi Paris Saint-Germain. Ahmed Al-Meghessib dari Qatar dan Rafael Fortes dari Brazil, turut dikenali sebagai "Rafifa 13".

Beberapa pemain penting turut mengambil bahagian di dalam sesi soal jawab dengan pelbagai media tempatan dan antarabangsa. Dan sebagai penutup kepada hari yang sibuk, satu sesi latihan telah diadakan di padang Aspire Zone.

https://www.multivu.com/players/uk/8481251-paris-saint-germain-football-qatar-tour/ 

Source: Paris Saint Germain Football
Keywords: Sports Travel