KUALA LUMPUR, Malaysia, 22 Januari 2019 /PRNewswire/ -- YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia akan mengadakan lawatan kerja ke University of Sheffield Advanced Manufacturing Research Centre (AMRC) pada 24 Januari 2019. Lawatan ini turut disertai oleh Dato' Abdul Rahman bin Mohamed Shariff, Pengerusi Education Malaysia Global Services (EMGS).
Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk meningkatkan kerjasama strategik di antara kedua negara dalam bidang kejuruteraan dan pembuatan. Lawatan ke pusat latihan AMRC merupakan acara kemuncak lawatan kerja tersebut. AMRC juga merupakan role model kepada negara yang berhasrat untuk memajukan ekonomi negara melalui kerjasama erat dengan industri penyelidikan dan inovasi dalam bidang kejuruteraan dan pembuatan.
Universiti ini merupakan 100 universiti terbaik di dunia dan telah melahirkan seramai 1,300 graduan dalam bidang kejuruteraan. Kunjungan YB Dr. Maszlee Malik juga adalah untuk mengadakan pertemuan dengan para graduan bidang kejuruteraan dan meningkatkan peluang kerjasama strategik dengan rakan industri yang berkerjasama dengan universiti tersebut seperti Boeing, Airbus, Rolls-Royce, BAE Systems dan pembuat kereta berprestasi tinggi iaitu McLaren.