ABU DHABI, UAE, 23 Januari 2019 /PRNewswire/ --
Litar Yas Marina akan mengalu-alukan pemandu-pemandu rali terbaik dan terpantas di dunia sempena FIA WORLD RALLYCROSS CHAMPIONSHIP sulung yang diadakan di Pulau Yas, Abu Dhabi.
Tiket-tiket kini mula dijual bagi perlumbaan pembukaan siri 11-pusingan yang mengujakan, kali pertama perlumbaan kejohanan diadakan di Timur Tengah.
Dalam satu lagi pencapaian pertama yang mengujakan dan dramatik buat Litar Yas Marina, FIA WORLD RALLYCROSS CHAMPIONSHIP 2019 akan membawakan perlumbaan malam yang pertama seumpamanya, dengan kereta-kereta menguasai trek litar buatan khas di bawah lampu limpah.
Diadakan pada hujung minggu 5 hingga 6 April 2019, penganjuran oleh Litar Yas Marina untuk Kejohanan antarabangsa tersebut meningkatkan lagi kelayakannya sebagai 'Tempat Pertemuan Juara-juara'.
Tiket untuk dua hari (Jumaat dan Sabtu) akan melibatkan aksi di litar, luar litar dan selepas perlumbaan yang terbaik dengan sesi-sesi latihan serta kelayakan selain hari perlumbaan akhir yang mengujakan dan juga perlumbaan sokongan. Para peminat juga boleh mengambil bahagian dalam jelajah lorong pit awam akses penuh dan pengalaman Rallycross yang dicipta khas.
Kaum keluarga dapat memanfaatkan sepenuhnya masa mereka di Pulau Yas dengan memilih Pas X-Parks yang sentiasa popular apabila membeli tiket mereka untuk FIA WORLD RALLYCROSS CHAMPIONSHIP. Tiket-tiket eksklusif tersebut memberi akses kepada Litar Yas Marina selain akses tanpa had ke Ferrari World Abu Dhabi, Yas Water World atau Warner Bros World Abu Dhabi mulai Khamis hingga Ahad.
Tiket-tiket hujung minggu berharga daripada AED 395 untuk kemasukan umum North Grandstand, AED 595 untuk North Club Lounge dan AED 1,495 untuk Yas Central Hospitality.
FIA WORLD RALLYCROSS CHAMPIONSHIP merupakan sebahagian daripada kalendar acara sukan bermotor sepanjang tahun yang menarik, komprehensif dan dinamik daripada Litar Yas Marina yang melibatkan kejohanan tempat duduk tunggal, perlumbaan ketahanan, acara seret gaya jalanan dan FORMULA 1 ETIHAD AIRWAYS ABU DHABI GRAND PRIX akhir musim.
Sebagai sebahagian daripada hujung minggu yang padat, Litar Yas Marina akan berubah menjadi festival hiburan di dalam dan luar litar, menerusi aktiviti-aktiviti mesra keluarga, pelbagai pilihan makanan dan minuman, cabaran go-kart, sesi bertemu-dan-beramah mesra dengan pelumba, pertunjukan muzik langsung dan persembahan oleh para pemuzik dan penghibur, berserta konsert selepas perlumbaan Hari Jumaat yang eksklusif untuk pemegang-pemegang tiket. Butiran lanjut tentang konsert selepas perlumbaan akan diumumkan tidak lama lagi.
Untuk maklumat lanjut tentang tiket, harga dan pakej, sila kunjungi: http://www.yasmarinacircuit.com
Sumber: Yas Marina Circuit