omniture

Panduit Peroleh Pengeluar Penyelesaian AV Global Terkemuka, Atlona

Panduit Corp.
2019-01-24 10:01 3226

TINLEY PARK, Illinois, 24 Januari 2019 /PRNewswire/ -- Panduit Corp., peneraju global bagi penyelesaian infrastruktur elektrik dan rangkaian yang inovatif, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh pengeluar AV bertaraf global, Atlona. Atlona mereka bentuk dan membangunkan produk-produk inovatif yang memenangi anugerah untuk pelbagai pasaran AV dan IT komersial serta kediaman di seluruh dunia termasuk dalam sektor pendidikan, perniagaan, kerajaan, hiburan dan penjagaan kesihatan. Kategori-kategori produk Atlona termasuk AV berangkaian, pengagihan isyarat, kolaborasi tanpa wayar dan pengautomatan sistem AV. Penyelesaian ini membolehkan pereka sistem, penyepadu, perunding dan pemasang memudahkan pemasangan, meminimumkan penyelenggaraan dan memaksimumkan ciri serba boleh penyelesaian kawalan automatik ulung.

Atlona becomes a Panduit company in a joint meeting at the Atlona Headquarters in San Jose, California. Pictured are (Left to Right): Marc Naese, Panduit SVP Network Infrastructure Business; Dennis Renaud, Panduit CEO; Ilya Khayn, Atlona CEO and Co-founder; Michael Khain, Atlona VP Product Development/Engineering and Co-founder
Atlona becomes a Panduit company in a joint meeting at the Atlona Headquarters in San Jose, California. Pictured are (Left to Right): Marc Naese, Panduit SVP Network Infrastructure Business; Dennis Renaud, Panduit CEO; Ilya Khayn, Atlona CEO and Co-founder; Michael Khain, Atlona VP Product Development/Engineering and Co-founder

"Atlona telah menjadi peneraju dalam membangunkan teknologi AV termaju yang merangkumkan potensi penuh penumpuan infrastruktur AV dan rangkaian," jelas Dennis Renaud, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Panduit. "Penyelesaian utama dalam industri mereka melengkapi portfolio infrastruktur fizikal luas Panduit yang akan membolehkan kami menawarkan pelanggan dengan penyelesaian hujung-ke-hujung yang berkualiti tatkala mereka beralih kepada sistem infrastruktur rangkaian yang semakin rumit." Penyelesaian AV yang inovatif ini disokong oleh jaminan memenangi anugerah Atlona selama 10 tahun.

Ilya Khayn, Ketua Pegawai Eksekutif Atlona menambah, "Terdapatnya sinergi yang padu antara syarikat-syarikat kami termasuk budaya dalam menyediakan produk-produk yang inovatif, berkualiti tinggi dan dipacu pelanggan, berserta keupayaan sokongan pelanggan yang cemerlang. Perkongsian ini akhirnya akan menyediakan saluran pasaran kami dengan penyelesaian bersumber tunggal dan meluaskan jejak kami di seluruh dunia."

Sebagai sebahagian daripada pemerolehan tersebut, pasukan Atlona akan menyertai kumpulan perniagaan Perusahaan Panduit. Atlona akan terus menyediakan perkhidmatan kepada pelanggannya dari ibu pejabat globalnya di San Jose, California untuk semua pertanyaan berkaitan jualan, sokongan pelanggan dan latihan.

Sejak tahun 1955, budaya rasa ingin tahu dan minat Panduit terhadap penyelesaian masalah mendayakan hubungan yang lebih bermakna antara matlamat perniagaan syarikat-syarikat dan kejayaan pasaran mereka. Panduit mencipta infrastruktur fizikal, elektrik dan rangkaian serta penyelesaian AV termaju untuk persekitaran dalam seluruh perusahaan, bermula dengan pusat data kepada bilik telekomunikasi, daripada meja kerja ke lantai kilang. Beribu pejabat di Tinley Park, Illinois, AS dan beroperasi di 112 lokasi global, reputasi terbukti Panduit terhadap kepimpinan kualiti dan teknologi, digandingkan dengan ekosistem rakan kongsi yang mantap, membantu menyokong, mengekalkan dan memperkasa pertumbuhan perniagaan dalam dunia yang terhubung.

Hubungan Media:
Dawn Leach
Pengurus Jenama Global
Panduit Corp.
+1-708-532-1800 x81316
dawn.leach@panduit.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190122/2353240-1

Source: Panduit Corp.
Keywords: Banking/Financial Service Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Acquisitions, mergers, takeovers