omniture

Penaiktarafan Jenama HONOR Bakal Percepat Pertumbuhan Perniagaan

HONOR
2019-01-25 12:53 367

Pelancaran HONOR View20 akan menandakan lembaran baharu untuk jenama teknologi yang digemari oleh belia global  

PARIS, 25 Januari 2019 /PRNewswire/ -- HONOR, e-jenama telefon pintar yang terkemuka, secara rasminya mengumumkan penaiktarafan jenama HONOR hari ini di upacara Pelancaran Global HONOR View20 di Paris. Penaiktarafan tersebut mendedahkan logo baharu, slogan baharu iaitu "HONOR MY WORLD" serta perkongsian jenama baharu sepenuhnya bersama MOSCHINO, VIVIENNE TAM dan Fortnite.

"Prestasi perniagaan kukuh HONOR pada tahun 2018 menyaksikan peningkatan 170% berbanding tahun sebelumnya dalam pasaran luar negara kami. Ini membawa kami lebih hampir dengan matlamat kami untuk menjadi jenama telefon pintar global '5 Terbaik' dalam tempoh tiga tahun. Kami menyasarkan untuk menjadi jenama teknologi yang digemari oleh belia global. Agar dapat memenuhi dengan lebih baik keperluan orang muda terhadap teknologi, reka bentuk, ekspresi peribadi dan penglibatan komuniti, kami menaik taraf jenama kami. Penjenamaan baharu ini akan menandakan langkah seterusnya dalam pertumbuhan perniagaan global kami," kata En. George Zhao, Presiden HONOR.

En. George Zhao berucap di upacara Pelancaran Global HONOR View20 di Paris dengan Logo Baharu
En. George Zhao berucap di upacara Pelancaran Global HONOR View20 di Paris dengan Logo Baharu

Semasa CES 2018, HONOR mula menyebutkan tentang sasaran untuk menjadi jenama telefon pintar global '5 Terbaik' dalam tempoh tiga tahun. Dalam tahun pertama peluasan HONOR ke pasaran-pasaran luar negara, matlamat ini telahpun dicapai di banyak negara. Menurut laporan GfK terkini, HONOR kekal sebagai jenama "2 Terbaik" di Rusia dan menjadi jenama "4 Terbaik" di Itali, Jerman, Finland, Arab Saudi, UAE, Ukraine dan jenama "5 Terbaik" di Perancis, UK serta Republik Czech.

Bagi memahami, menghormati dan berhubung dengan golongan muda seluruh dunia 

HONOR berdedikasi untuk menjadi jenama teknologi yang digemari oleh belia global. Buat golongan muda yang lahir dalam era digital, teknologi telah menyepadukan teknologi tinggi sepenuhnya ke dalam kehidupan harian mereka. Minat mereka terhadap reka bentuk unik turut mendorong HONOR untuk mencari inspirasi baharu. Dengan mengutamakan golongan muda, HONOR menyediakan satu siri produk: HONOR Magic 2 yang menonjolkan idealisme teknologi, HONOR View 20 yang memperlihatkan teknologi unggul serta HONOR 10 yang menunjukkan teknologi bergaya.

Menurut kajian oleh World Youth Congress & Disrupt Creative, 52% daripada golongan muda menggambarkan diri mereka sebagai warga global manakala 65% memilih untuk berkongsi hak milik. Golongan muda meminta ekspresi yang lebih peribadi dan interaksi komuniti berbanding sebelum ini. Berhubung nilai-nilai ini, HONOR membangunkan satu komuniti HONOR yang besar untuk berhubung dan terlibat dengan erat bersama belia global. 21 Fans Clubs HONOR di seluruh dunia mengadakan lebih 200 Acara Peminat pada tahun 2018. Setakat ini, bilangan peminat HONOR berdaftar telah melebihi 120 juta orang, satu bilangan yang tidak dapat dibayangkan untuk jenama yang begitu baharu.

Bagi memenuhi HONOR baharu 

Agar seiring dengan trend estetik antarabangsa, HONOR memperkenalkan logo baharu, menaik taraf kepada huruf-huruf besar untuk "HONOR" serta menambah warna yang mengesankan. Konsep warna yang mengesankan memperlihatkan sisi kemesraan dan keriangan teknologi serta kepelbagaian budaya belia. Reka bentuk kreatif ini membolehkan HONOR menyatukan teknologi estetik dan teknologi termaju bagi membangunkan produk-produk yang lebih bergaya untuk belia global.

HONOR komited untuk menawarkan teknologi dan reka bentuk rintis, pengalaman pengguna pintar dan diperibadikan, gaya hidup digital semua-senario yang bergaya kepada belia seluruh dunia dan bagi menetapkan trend budaya perintis serta gaya hidup yang moden. Selari dengan slogan baharunya, "HONOR MY WORLD", HONOR menggalakkan orang muda di seluruh dunia untuk bertindak dan menikmati setiap detik dalam kehidupan mereka.

Bagi mendekati belia global menerusi jenama-jenama kegemaran golongan muda

Dengan menjalin kerjasama bersama jenama-jenama yang dikagumi oleh golongan muda seluruh dunia, HONOR berusaha untuk meluaskan sempadan jenamanya dan menawarkan produk-produk berkualiti tinggi yang dapat memenuhi keperluan mereka.

Hari ini, HONOR mengumumkan perkongsiannya dengan MOSCHINO, satu langkah penting yang pertama untuk Penjenamaan HONOR baharu pada tahun 2019. Kolaborasi bersama MOSCHINO ini memperlihatkan penyatuan rentas sempadan antara fesyen berkualiti tinggi dan teknologi termaju.

HONOR juga telah memulakan jalinan kerjasama dengan Vivienne Tam, pereka fesyen antarabangsa. Dengan memperkenalkan falsafah rekaan VIVIENNE TAM kepada produk-produk HONOR, HONOR mendemonstrasikan transformasinya kepada jenama teknologi yang mengikut trend.

Di samping itu, HONOR berusaha untuk meningkatkan pengalaman pengguna dan menghargai setiap pandangan yang dapat memberi lebih kepuasan kepada pengguna. Bagi meraikan pelancaran HONOR View20, HONOR berkolaborasi dengan Epic Games bagi mendorong pengalaman permainan mudah alih Fortnite ke tahap seterusnya. Sebagai sebahagian daripada kolaborasi ini, pemilik-pemilik HONOR View20 akan mendapat akses eksklusif kepada pakaian HONOR GUARD di Fortnite.

Latar Belakang HONOR 

HONOR ialah e-jenama telefon pintar terkemuka. Jenama ini dicipta bagi memenuhi keperluan pengguna natif digital menerusi produk-produk yang dioptimumkan dengan fungsi internet, yang menawarkan pengalaman pengguna yang unggul, mengilhamkan tindakan, memupuk daya kreativiti dan memperkasa golongan muda untuk mencapai impian mereka. Dengan berbuat demikian, HONOR telah menjadikan dirinya unik dengan menonjolkan keberaniannya melakukan perkara dengan cara berbeza serta mengambil langkah yang diperlukan untuk mengalu-alukan kehadiran teknologi dan juga inovasi terkini untuk pelanggannya.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi HONOR secara dalam talian di www.hihonor.com atau ikuti kami di:
https://www.facebook.com/honorglobal/
https://twitter.com/honorglobal
https://www.instagram.com/honorglobal/
https://www.youtube.com/c/honorofficial/  

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190123/2353865-1

Source: HONOR
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Wireless Communications Licensing/marketing agreements