omniture

Pelabur antarabangsa Jim Rogers lahirkan rasa optimis tentang masa depan China dalam rancangan berbahasa Cina Everlasting Classics

CCTV.com
2019-01-30 16:28 873

BEIJING, 30 Januari 2019 /PRNewswire/ -- Setelah menjalankan kajian mendalam tentang China, Jim Rogers, seorang pelabur antarabangsa yang memulakan kerjaya beliau dalam industri kewangan pada tahun 1980 dan menjadi salah seorang pelabur yang tersohor di dunia, menyatakan bahawa China merupakan satu-satunya negara di dunia yang telah mengalami beberapa tempoh kemakmuran dan "abad ke-21 menjadi milik negara ini". Sejak beberapa tahun yang lalu, beliau telah membuat pelaburan besar dalam beberapa sektor Cina, antaranya pertanian, penjagaan kesihatan dan perlindungan terhadap alam sekitar. Pada 28 Januari 2019, bersama-sama dua orang anak perempuan beliau iaitu Happy dan Bee, menjadi tetamu jemputan terkenal dalam satu episod bagi musim kedua Everlasting Classics CCTV.

Everlasting Classics ialah sebuah rancangan puisi dan pertunjukan muzik berbahasa Cina yang disiarkan secara rutin di CCTV-1, saluran utama China Central Television (CCTV). Dalam rancangan tersebut, Happy dan Bee menyanyikan sebuah lagu berbahasa Cina berdasarkan petikan daripada ABC of Sound Meters in Chinese Poetry, satu kompilasi bahan bacaan untuk melatih kanak-kanak menguasai peraturan dan bentuk komposisi puisi klasik dan fonologi yang ditulis semasa Dinasti Qing. Selepas persembahan selesai, mereka berkongsi pengalaman mereka dalam mempelajari Bahasa Cina. Setiap episod, yang dibahagikan kepada dua sesi - persembahan muzik menerusi puisi oleh peserta-peserta diikuti dengan ulasan oleh hakim-hakim jemputan - direka untuk menyampaikan konsep dan kepentingan puisi klasik Cina dengan menggabungkannya bersama muzik.

Jim Rogers' family as guests on Everlasting Classics, a Chinese language poetry and music show regularly broadcast on CCTV-1
Jim Rogers' family as guests on Everlasting Classics, a Chinese language poetry and music show regularly broadcast on CCTV-1

Selepas mengadakan persembahan oleh anak-anak perempuan beliau, Rogers berkata di atas pentas bahawa beliau telah melakukan sesuatu yang dianggap sebagai pelaburan paling penting dalam pendidikan anak-anak perempuan beliau: menggalakkan mereka sejak kecil untuk belajar Bahasa Cina. Legenda pelaburan moden di Wall Street itu menyebutkan bahawa hanya dalam tempoh 30 tahun sejak beliau pertama kali menjejakkan kaki ke China pada tahun 1984, negara ini mengalami tempoh pertumbuhan ekonomi yang paling menarik dan mempelajari Bahasa Cina menjadi kunci untuk membuka pintu masa depan. Penampilan beliau dalam program budaya berbahasa China yang dijadualkan secara tetap melalui saluran TV paling berwibawa di negara Cina menjadi bukti pengiktirafan Rogers bahawa pentingnya budaya Cina dan kepentingan pertumbuhan ekonomi negara ini.

Episod yang menampilkan anak-anak perempuan Rogers mula menerima maklum balas positif daripada penonton Cina sebaik sahaja penghargaan penutup mula dipaparkan. Kefasihan Happy dan Bee dalam Bahasa Cina dan ulasan Rogers tentang China semasa rancangan berkenaan menarik perhatian para penonton yang turut sama yakin dengan peranan masa depan China di persada antarabangsa. Selain itu, penceritaan semula oleh Rogers tentang kisah bagaimana beliau mengurus pendidikan anak-anak perempuan beliau dalam rancangan tersebut mencetuskan perbincangan antara penonton Cina dan menjadi bukti kepada kesan hebat budaya Cina dalam pasaran antarabangsa. Inilah sebab utama mengapa semakin ramai warga asing ingin tahu tentang China dan mempelajari Bahasa Cina, malah ingin bekerja, menetap dan melabur dalam negara ini.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190128/2358164-1

Source: CCTV.com
Keywords: Art Entertainment Television